Tuesday, November 27, 2007

Wisdom yang kita kutip di pagi hari


Kalau kau boleh bercakap, kau patut boleh mendengar.


| Links to this post

Thursday, November 22, 2007

Makhluk asing kat mana pun, kepala mesti kat atas, kaki mesti kat bawah, tangan mesti berbentuk tangan, mata mesti macam mata



Kenapa?














Krik krik krik



















Oh. Aku lupa. Kau dah dibisukan.


| Links to this post

Berkongsi



Mudah.

Kau ada maklumat. Yang tak kau perlukan. Secara virtualnya, tidak berguna. Sampaikan pada kawan. Yang memerlukan. Kawan dapat maklumat. Kau dapat tolong kawan [dan untung-untung dapat makan free].

Kau menang. Dia menang.

Semalam aku berbual dengan Encik Azam. Pensyarah aku di INTEC dulu. Datang ke sini menanda kertas peperiksaan. Aku tunjukkan blook-blook [tak tahu? pergi gugel!] yang bersidai-sidaian dalan rak buku aku. Cikgu kata, ini manis bagus. Beliau bercerita pengalaman mengembara ke Morocco, ke Eropah, ke Burma, ke Thailand. Dulu. Masa muda. Dan beliau kata, bagus kalau dapat tulis pengalaman tu dan kongsi dengan orang lain.

Aku terfikir.

Tulis untuk berkongsi. Aku dapat mengimmortalkan memori aku. Kau dapat baca.

Kau menang. Aku menang.

Pergi ke sini dan meneka-nekalah maksud vokabulari yang tertera. Kau dapat belajar vokabulari. Orang memerlukan dapat beras. Konglomerat kapitalis dapat mengiklan.

Kau menang. Orang memerlukan menang. Konglomerat kapitalis menang.

Kalau kau nak menang ekstra. Atau kau rasa vokabulari Inggeris kau cukup mantap sudah. Sampaikan pada kawan-kawan kau yang rasa-rasa boleh menerima manfaat dari ini. Sekali lagi, kawan dapat improv vokabulari. Kau dapat tolong kawan [dan makan free].

Kau menang. Dia menang.

Aku menang.


| Links to this post

Monday, November 19, 2007

Bersin



The price for quarter Chicken Tandoori: AUD 4.50.

The price for half Chicken Tandoori: AUD 15.00.

A joyful evening: Priceless.

Nisbah harga Ayam Tandoori yang separuh dan yang suku tak tally. Aku, Naz, Farah, Nani dan Seman [serta ahli rombongan halimunan: Acap] cuba merungkai misteri tersebut.

Kami beranggapan ini konspirasi peringkat tertinggi. Demi kepentingan pihak-pihak tertentu. Yalah, semenjak kawasan ini buka, hanya restoran ini yang jadi tumpuan.

Mungkin dalam ayam yang separuh itu, ada yang 'hantu'. Yang tidak kelihatan. Yang diletakkan di situ untuk menjamin restoran ini terus menjadi tumpuan orang ramai. Supaya restoran yang hujung sana lingkup.

Mungkin juga ada ayam-ayam yang tidak berdaftar, mereka tidak mendaftar sendiri tapi tiba-tiba nama mereka muncul untuk ditandoorikan. Juga soksek-soksek kedengaran, ayam bawah umur yang belum layak ditandoorikan sebenarnya turut ditandoorikan.

Mungkin ini antara sebab mengapa restoran ini terus unggul [atau diunggulkan]. Lagipun, papan-papan iklan di kampung-kampung penuh dengan iklan restoran ini. Orang kampung tak pernah tahu sangat tentang restoran yang satu lagi. Kecuali kalau kami petang-petang duduk sama berbual dengan pakcik makcik di hujung kampung. Atau mendengar dari kampung-kampung sebelah.

Kami membuat resolusi. Kami akan menghantar memorandum kepada Tok Penghulu. Menuntut sistem harga Ayam Tandoori yang lebih bersih dan adil. Maka berjalan kakilah kami beramai-ramai ke kediaman Tok Penghulu.



| Links to this post

Kemas kini dan chow!



Dulu rak buku aku penuh. Satu baris. Padat. Tak boleh nak masukkan buku lain lagi dah. Waktu tu separuh buku aku dah mula tersebar kat Adelaide ni.

Sekarang bilangan buku makin susut. Kira-kira bodoh aku memberitahu bahawa aku patut mempunyai satu setengah baris rak penuh dengan buku.

Kalau kau ada pinjam buku aku, sila lapor diri. Aku nak kemas laiberi aku. Oh, aku perlu kemas rumah sebenarnya. Pack. Dan pindah.

p/s:
Itu bukan gambar buku aku.


| Links to this post

Sunday, November 18, 2007

Proses. Bukan Tapis. ver 1.5


Tak. Aku tak fokuskan pada Friendster.

Aku melihat komen-komen beberapa orang di blog-blog mereka. Tentang Bersih. Tidaklah perlu aku perturunkan di sini apa isinya komen-komen itu. Tidak ada apa yang berbaloi untuk dikongsikan.

Cuma selepas membaca komen-komen itu, aku semakin yakin, memang ramai di antara kita terlalu bahlol untuk memproses maklumat. Lain yang berlaku, lain yang kita cerita. Aku tak salahkan kau. Zam yang bertaraf wazir pun begitu. Pernah dengar kepimpinan melalui teladan?

Selepas sehari aku peramkan tulisan separuh masak aku, datanglah mesej Friendster. Penuh inbox aku. Jadi aku gunakan Friendster sebagai contoh. Sebab hal itu mudah.

Aku tak fokuskan pada Friendster. Tak.

p/s:
Pernah terfikir kenapa aku disablekan Haloscan and Blogger comments?


| Links to this post

Saturday, November 17, 2007

Proses. Bukan tapis. ver 1.0



Membaca adalah satu skil yang penting. Setaraf dengan beladiri agaknya.

Kalau membaca itu penting [atau kalau kita mahu luaskan ruang lingkup perbincangan, ambil kira juga semua aktiviti absorb info lainnya, menonton filem umpamanya], mengapa kadang-kadang membaca [atau apa jua aktiviti absorb info] dihalang-halang. Kerajaan menghalang tayangan sesetengah filem atau mak bapak tak bagi kita baca sesetengah buku [Permata Yang Hilang umpamanya, haha].

Tidaklah banyak sangat aku membaca. Maksud aku, aku muda lagi. Dan aku tahu ramai pembaca catatan aku ni yang lebih tua berumur. Aku anggap, kau baca lebih daripada aku.

Cuma, makin lama [dan makin banyak, dan aku menjadi semakin berumur juga] aku membaca, aku mendapati hasil pembacaan aku kadang-kadang jauh melangkaui ruang perbincangan. Melangkau bukan bermakna aku tersasar. Lebih tepat lagi kalau aku katakan: hasil pembacaan aku, boleh aku ekstrapolatekan ke bidang-bidang yang tidak semestinya berkaitan tetapi mempunyai sedikit persamaan [dan aku akan elaboratekan tentang ini lebih lain kali].

Memanglah boleh kita marah kerajaan kerana mengharamkan sesetengah buku atau filem. Tapi aku rasa, langkah macam itu perlu. Kita kebanyakannya terlalu bodoh dan bahlol untuk memproses maklumat. Sebagai contoh mutakhir [bukanlah mutakhir sangat, tapi selalu diulang-ulang]: Friendster is closing down. Dulu datang bertan-tan mesej kata Friendster nak tutup. Sekarang, dah up sikit, datang pulak mesej bertan-tan kata Friendster nak tutup dan 'ye la ada sorang member aku dah kena tutup akaun dia'.

Satu mesej bodoh macam tu, dan kau terus gelabah [dan nanti juga aku akan tulis kenapa projek media sosial macam ini takkan tutup].

Kalau Friendster nak tutup sebab sesak, apa jadah diorang join projek OpenSocial? Nak tambah masalah? [Baca jawapan rasmi Friendster kat sini].

Sebab tu, yang salah bukan Karen Armstrong bukan Amy Hempel bukan Orhan Pamuk, yang salahnya kau yang bahlol. Benda sesimpel Friendster tu pun tak boleh proses. Inikan pula bila nak cerita hal besar-besar. Jadi, jangan harap kau dapat baca buku Richard Dawkins atau Karen Armstrong [oh, sebelum lupa, tengok ini]. Sebab tu, kau tak boleh tengok The Last Communist, kerajaan bimbang nanti kau merengek-rengek kat mak ayah minta dihantar belajar falsafah Komunisme, uih jangan main.

Sebab tu, banyak buku-buku yang diharamkan di Malaysia. Selain sebab yang jelas seperti porno dan sewaktu dengannya, banyak buku yang membawa idea boleh buat Malaysia ni kacau bilau, tunggang terbalik agaknya bila sampai dekat orang yang percaya Friendster is closing down.

Yang salahnya bila kita sibuk nak menapis, tapi tak pula mengajar [atau sepatutnya sebagai seorang manusia normal, sendiri mahu belajar] bagaimana memproses maklumat. Biar aku rephrase ayat pertama aku: Memproses maklumat adalah satu skil penting. Membaca, tidak.

Sekarang, forwardkan catatan ini ke 10 orang kawan kau, kalau tidak, bekalan oksigen ke peparu kau akan dimatikan.

Melawat lawatan
Senarai sebahagian buku yang diharamkan di Malaysia [tak, bila pergi blog tu aku tak pula suruh kau pergi minta baptis kat mana-mana gereja]


| Links to this post

Wednesday, November 14, 2007

Ape dia?



Kalau kau baca ini dan kau ada blog, apa kata kalau kau tulis satu catatan tentang Wikipedia. Apa saja. Pandangan, tohmahan, kejian dan penghargaan. Apa saja.

Kalau rajin, guna fungsi Link to this post tu. Ya, aku tahu. Blogger kurang seksi tanpa Trackback. Doakan Blogger cepat-cepat bangunkan fungsi itu.


| Links to this post

Sunday, November 11, 2007

Stupidity live across the world


NST said: Illegal gathering causes traffic chaos in city

The Star said: Road closures, checks causes massive jam in Klang Valley

bukhariramli said: GoogleNews sudah

Dan aku nak tanya, siapa rakyat Malaysia yang turut bersama-sama aku menggelakkan Zam Al Jazeera semalam? :P


| Links to this post

Zzzzzzzzzzzzzzzam



Aku tengok ni (video Youtube).

Aku belajar satu. Nak jadi Menteri Penerangan tak perlu fluent dalam English. Yang perlu: emo. Kalau orang tanya lain, jawab lain.

Apsal kau tak tulis panjang-panjang jembut? Tanya kawan-kawan aku.
Sebab aku malas. Penat dah berdiskusi ngan ramai orang. :P


| Links to this post

4K vs 40K



40,000. Utusan kata 4,000.

Naz kata: 4000 tu FRU dia je kot.
Aini kata: Dia tak pandai estimate. Fail mod math.
Azmir kata: Ngantok tu. Typo.


| Links to this post

Saturday, November 10, 2007

Maskot DiGi


Sumber: Photopages Malaysiakini

Hari ni. Sambil-sambil stadi. Banyak sangat pendapat bertukar-tukar. Sempat aku berbual dengan Azwan. Dengan Yabbna. Dengan Wok. Dengan Hijaz. Semua tentang Bersih.

Banyak sangat diperkatakan, diberitakan, dicanangkan, diperhimpunanagungkan, digegarkan, diyoutubekan, distatuskan, diforwardkan. Semua tentang Bersih.

Cuma satu ayat. Yang buat aku berfikir lebih. Dia kata: 'Rasa sedih sebab benda macam tu jadi dekat negara sendiri'. Dan aku rasa, bagi kami, rasa tu lebih-lebih lagi. Kerna kami, menonton dari luar. Semua tentang Bersih.

Laporan AlJazeera [Youtube video]


| Links to this post

What Do English Language and a Spaceship Have in Common?


English?
Some of my friends asked me. Why the hell am I writing in English now?

OK guys, the truth is [ehem, drum roll please]: I didn't wake up one morning and said 'hey I should start writing in English'. What did happen, still does actually, was I'm increasingly thinking in English when I'm writing in Bahasa Melayu [or Malaysia. hurm, or Melayu, deng! I'm not sure].

I realised this when I was writing a paperwork, which without any specific reason I chose to write it in Bahasa Melayu. The words in my mind that time were almost all, if not entirely, in English. And I had to think hard to get their suitable counterpart in Bahasa Melayu.

One more thing, it was not until I finished the post that I realised I'm writing in English. Thihi.

Soyuz?
bukhariramli now is the new bukhariramli. bukhariramli now is a motivated positive-thinking all-can-do highly-inspired highly-effective already awaken-the-giant-within person. Thanks to the government's plan to buy Soyuz, the very spaceship which Sheikh Muszaphar Shukor flew to ISS, recently. In an interview [you can find the video, somewhere in youtube], Datuk Seri Jamaludin Jarjis said, "kalau kita boleh bawa (menatang Soyuz tu) ke Malaysia sebagai tanda sejarah telah dicipta, ini akan membangkitkan semangat anak muda kita".

I believe, every young Malaysians, in Malaysia or overseas, will be inspired. No more negative thinker, yeay! Everyone will be bersemangat!

And obviously all you bastard out there who complain about this don't know what you're talking about. Build a replica of Soyuz? Nonsense dude. Of course, we have engineers with the capabilities of rebuilding the Soyuz thingy with the exact specification, materials and whatnot. Buuuuuut, the fake one can't provide the 'kuasa sakti' to boost our spirit. If we were to have that bloody spaceship, it's gotta be the real one.

And make sure put a big 'Made in Russia' sticker on the body of the capsule.

Yes, what they do have in common is: both of them are imported and will make us feel better [picture Italian sofa or Japanese car].


| Links to this post

Sunday, November 04, 2007

Pelangi datang lagi


Don't count the days
By the leaves that fall
By the rain that drops
By the thunders that strike
Let's count life
By the rainbow
By the blooming flowers
By the singing birds
Cause life is precious and meaningful
A gift from Allah the Almighty
...
Mirwana
G.E.N.E.R.A.T.I.O.N.S.
1996


Count your blessing. If you happen to be counting things you want but still don't have, please count things you don't want and still don't have. (Hint: You can start with A-alphalipoprotein Neuropathy all the way down to Zygomycosis)


| Links to this post

Saturday, November 03, 2007

Web 2.x?



Media Sosial
E eh. I do have a blog actually. How come I forgot? :-"

Media SoSial
With so many applications and far too many invitations i.e. zombie this, vampire that, counter strike this, quiz this, poke me, spank me, kill me, that are cluttering my inbox [and they do give me headache, even if that headache merely means clicking ignore for the same applications for the hundredth times], I officially announce that I, for now, am putting my Facebook account on hold. Will stick to Friendster and Shelfari, though.

Media-media Sosial
OpenSocial is now live. Expect more and more applications. Deng! But that's a different story. The interesting questions now [at least for me] are, will Facebook join the bandwagon? Is this really Google and konco-konco VS Facebook? And what will happen to Microsoft?

We'll see how well OpenSocial will work. Certainly, Facebook won't die. Err.. don't know. It's unpredictable. At least, maybe this will not happen.

MEDIA Sosial

Just take a look. A picture worth more than a thousand words. But Google is worth more than Proctor and Gamble and Walmart and banking conglomerate, Citi Group. It's also worth more than the big three US car makers put together. Wowla!

Media
Back to Malaya. No live telecast throughout Umno general assembly this year. Sorry guys, no more keris waving this time.


| Links to this post

December 2007 October 2007 Home