Monday, August 27, 2007

Dynamic & Control [ini adalah nama subjek aku, aku terpandang nota kuliah ketika mencari tajuk]


Caca merba
'Plans are useless', Winston Churchill kata, 'planning is invaluable'.

Sepanjang bulan ini, hidup aku tidak berapa nak tersusun. Event sana, event sini. Nak buat itu, nak buat ini. Terlalu banyak yang perlu disusun. Aku mungkin ada plan, tapi aku tiada planning.

Nampaknya aku perlu kembali ke habit 2: Begin with the End in Mind.

Dan lepas aku senaraikan apa yang ingin aku capai untuk semester ini, aku perlu lompat ke habit 3: Put First Things First.

Ucapkan selamat untuk aku. Hip hip, horey!

Tukar ganti
Aku rasa kecaca merbaan ini menyumbang sesuatu yang buruk. Aku tak kata semua ini sebagai sesuatu yang tidak sihat, tetapi cara aku menerima dan adaptabiliti aku yang kurang efisien. Aku perlu buang sikap ini.

TAPI [besar tapinya di situ] membuang tabiat buruk bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai orang selalu kata, berubah bukan mudah, perlu sikit-sikit. Kata Anthony Robbins pula, perubahan boleh berlaku secara instan! Lebih instan berbanding mi instan!

Kata dia lagi, manusia biasanya bergerak ke arah pleasure dan cuba sedaya upaya menjauhi pain. Sesuatu yang lebih kurang selari dengan pandangan Steven Levitt: bagaimana manusia bertindak, bergantung kepada insentif yang diperoleh.

Dan seperti kata bijak pandai [kalau kau berkongsi pandangan ini, bolehlah dikira kau agak bijak pandai juga]: If you have enough whys, then hows is not your problem. Sebab yang kuat membolehkan perubahan secara instan berlaku. Aku pernah mencuba metod ini beberapa kali. Dan rasanya, teori ini terbukti benar. :D

Jadinya, mengikut kata Robbins, untuk mengubah sesuatu sikap, kita perlu menempelkan pain yang sangat ekstrem kepada sikap yang lama. Dan itu saja tidak cukup, kerana kekosongan itu perlu diisi dengan sikap yang baru, jadi perlu pula menempelkan pleasure yang ekstrem kepada sikap yang baru.

Buat apa aku membebel kat sini? Sebenarnya, aku menulis dan mengemas kini laman ini hanyalah dengan tujuan untuk memuaskan satu orang. Catatan aku lepas ini, aku akan menulis kenapa aku menulis blog [atas permintaan rakan-rakan yang tidak berapa sebaya] dan akan aku beritahu siapakah seorang itu.

Nanti

Macam banyak perkara yang boleh aku tulis sepanjang bulan merdeka ini. Semuanya berkait dengan pengalaman aku terlibat dalam penganjuran semua aktiviti dalam bulan merdeka ini. Nantilah. Aku men'tanah rezab Melayu'kan semua cerita itu. Macam tanah rezab Melayu, aku simpan semua cerita-cerita ni dulu. Dan macam tanah rezab Melayu juga, boleh je idea aku tu hilang bila-bila.


| Links to this post

Sunday, August 26, 2007

Herbert Spencer kata, the great aim of education is not knowledge but action, so ni aku nak eksyen la ni


The ten habits of highly effective brain

Book, bertindak weih, bukan eksyen, bukan berlagak!
Ooo.


| Links to this post

Sebuah indikator mudah menunjukkan bahawa sama ada kau tak prihatin atau orang di atas tak prihatin atau kedua-duanya sekali


Siapa duta Malaysia ke Australia?

nota kaki:

Soalan ini muncul ketika aku bertepuk-tepuk bahu dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia sebelum Merdeka Gala Dinner anjuran Australia Malaysia Business Council di Adelaide Hilton, malam tadi.


| Links to this post

Konon macam nak tulis panjang-panjang, ye ye je


Ok ok. Aku tipu. Aku kata hujung minggu lepas hujung minggu yang panjang. Tapi minggu ni laaaaaaaaaaaaaaagi panjang. Bukan hujung minggu. Tapi minggu! Bermula dengan episod-episod 'kematian' dan reinkarnasi Mitsubishi Magna [cumanya, masih dalam bentuk Mitsubishi Magna, bukan Chevy Camaro atau BMW M5]. Jadi, terimalah sebuah cerita agung bernada kesibukan.

Kebah
Selepas dibiarkan lebih kurang dua hari, aku rasa tempoh itu sudah cukup memadai. Maka bersama Qusyairi, bermusafirlah aku ke bengkel Encik Pak [yang menyambut aku dengan 'apa macam?' masa aku hantar kereta itu hari]. Ok, aku bukan nak ambil kereta, tapi nak ambil barang-barang milik Kelab UMNO yang bersemadi dalam kereta. Mana tau, kereta aku dah siap. Teruslah boleh ditunggang pulang. Well, kadang-kadang hidup memang sebegitu. Kau berjalan ke telefon dan telefon berbunyi atau kau keluar rumah dan bas sampai ngam-ngam.

Karnival Malaysia
Akan aku tulis kemudian beserta gambar.

Amazing Race
Akan aku tulis kemudian beserta gambar.

Dan beberapa lagi projek mega yang terpaksa dirahsiakan dahulu. Haha.


| Links to this post

Friday, August 24, 2007

Pintu (tidak) suka hati


Sebuah kenderaan beroda empat yang dibiar bersendirian, kerna tidak sihat, akhirnya berjaya dibawa berjumpa doktor. Beliau ditinggalkan sehari semalam kerna aku belum belajar bagaimana nak menteleportkan objek besi gergasi ni. Berikut ialah kronologi bergambar proses pemindahan kereta tersebut.


Mula-mula, pakcik tu sangkutkan kabel dekat tow bar kereta.

Kabel itu dikawal dengan alat kawalan jauh. Untuk tarik kereta naik ke atas platform tu. Dengan alat kawalan jauh tu, pakcik tu aku tengok macam tengah main kereta mainan.

Aku dan Wok yang kekaguman.

Kereta pun ditarik sambil pakcik tu main-main stereng.

Ok. Kereta dah naik dengan sempurna.

Sekarang, naikkan platform pula.

Lagi naik...

Ok. Siap! Aku dan Wok yang senyum berpuas hati dengan perkhidmatan ini.

Pelakon Utama: Mitsubishi Magna 2.6L 1996
Pelakon Tempelan: Book + Wok
Penaja Lokasi: Granada Motor Inn
Perkhidmatan Penundaan: Miller Auto Towing
Kamera: N 73
Jurukamera: Nazira


| Links to this post

Wednesday, August 22, 2007

Hantu


Soalan aku semalam:

15 April 1987. 7000000 [juta la wei!] kanak-kanak di Amerika Syarikat tiba-tiba hilang. Ke manakah hilangnya mereka? Diculik? Dighaibkan oleh David Coperfield? Mati kerna wabak mengejut? Dibuang daerah? Atau apa?

Kadang-kadang, kita rasa tiada apa sangat perkara-perkara kecil ni. Dosa kecil, umpamanya. Selalu sangat kita perlekehkan. Kalau yang belajar pula, ujian-ujian atau esainmen yang minggu-minggu tu kita longkangkan. Well, pepatah Melayu cakap: Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Satu masa dulu, Lembaga Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat membuat peraturan baru yang mewajibkan, untuk setiap anak yang disenaraikan dalam borang 1040, Social Security Number disertakan. Agak-agaknya, sebelum itu ramai ibu bapa yang tulis je nama anak, walaupun yang tak wujud, semata-mata untuk mendapat pulangan cukai. Jadi, 15 April 1987, bila peraturan baru dilaksanakan, 7000000 kanak-kanak - yang sebelumnya hanya wujud di atas kertas untuk mendapat pulangan cukai - hilang secara tiba-tiba.

Agaknya, seorang bapa kata, ok kot, seorang je. Yang seorang lagi cakap, anak aku dah lima, tambah seorang je pun lagi. Tapi bila dah ramai-ramai buat macam tu, satu per sepuluh daripada semua kanak-kanak sebenarnya hanyalah pengundi hantu ilusi. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Sama la kot macam markah aku nanti, esainmen kecil-kecil ni yang bikin gempar nanti. OK, aku nak sambung buat esainmen. Zzzzzzzzzz...

Rujukan:
Borang 1040
Who Are the Ineligible EITC Recipients? National Tax Journal, December 2000


| Links to this post

Tuesday, August 21, 2007

...atau aku tulis dua belas ribu seratus tiga puluh empat patah perkataan



Novel yang aku cari. Tapi bila dah jumpa, aku tak beli sebab aku dah ada soft copy. Terima kasih lanun-lanun semua!



Iklan yang aku jumpa yang aku rasa menarik dan aku tangkap gambarnya. Yang atas, aku jumpa di Unley Shopping Centre. Yang bawah aku jumpa masa makan McFlurry.



Bila bosan, aku belek-belek buku dekat kedai...

...atau makan [dekat sini, untuk mengembek di kandang kambing tanpa melupakan asal usul, roti canai kami makan dengan tiramisu]...

...atau pergi Galeri Seni [dah setahun setengah, baru pertama kali aku jejakkan kaki ke sini]...

...atau makan [dekat sini, aku makan naan cheese + ayam tandoori. nyum nyum]...

...atau minum [di Malaya, Hungry Jack ialah francais Burger King]...

...atau merenung siling...

...sambil meneka-neka macam mana la rupa rumah baru famili aku [adik aku dah cop semua bilik yang best. deng!]


| Links to this post

Kalau aku malas menulis, aku suruh kau tulis...


Soalan:

15 April 1987. 7000000 [juta la wei!] kanak-kanak di Amerika Syarikat tiba-tiba hilang. Ke manakah hilangnya mereka? Diculik? Dighaibkan oleh David Coperfield? Mati kerna wabak mengejut? Dibuang daerah? Atau apa?


| Links to this post

Monday, August 20, 2007

Garam yang dicampak ke dalam dohyo mungkin tersesat ke dalam bancuhan perapan satay


Hujung minggu ini rasanya hujung minggu yang panjang bagi aku. Atau secara opsyenalnya, bulan kelapan ini sendiri merupakan bulan terpanjang untuk tahun ketujuh setakat ini [bagi yang slow: lapan = ogos, tujuh = 2007].

Menonton di pinggir dohyo
Tengah hari Sabtu, aku hadir [atau lebih tepatnya lagi, menjadi tuan rumah] ke tayangan filem Sumolah anjuran Kelab UMNO. Sebelumnya, ramai yang bertanya, sama ada secara terus kepada aku atau melalui utusan-utusan sulit, mengapa Sumolah dan tidak Leftenan Adnan atau Sarjan Hasan? Secara personalnya, bagi aku, ini bukan masa untuk kita semata-mata mengenang pejuang kemerdekaan [walaupun secara amnya, filem-filem 'kemerdekaan' seperti itu tidak menonjolkan ramai lagi pejuang kemerdekaan yang tersembunyi atau disembunyikan dicelah-celah lipatan sejarah], tetapi mencari jalan mengisi kemerdekaan itu adalah lebih penting. Atau bagi mereka yang sudah terlalu mual dengan kalimah kemerdekaan, penambahbaikan dan pembangunan diri adalah sesuatu yang lebih penting.

Aku ada menulis sedikit reviu yang teramat simpel untuk filem ini. Kalau rajin, aku akan mendigitalkan ia dan bolehlah aku pindahkan ke sini. Nanti.

Pengaruh media massa
Dengan kalimah-kalimah Boleh Sushi, Diamond Sushi, Abang Sushi dan Kampung Sushi masih terngiang-ngiang di salur auditori, kami [aku, Hadi, Nani dan Nazira] menjelajah bandar Adelaide mencari sesuap [bersuap-suap, mungkin] sushi. Ini kali pertama aku membeli sushi sendiri [walaupun orang lain bayar]. Sebelumnya aku hanya, ehem, mem'pau' rakan-rakan yang tidak bersalah.

Pelan-pelan kayuh
Hari Sabtu juga merupakan kali pertama aku berbasikal secara rasmi [sebelum ini sekadar main-main] dari unibersiti ke rumah. Bukanlah satu pencapaian agung untuk mengubah dunia, tetapi cukuplah untuk aku berasa sedikit konfiden dengan stamina yang ada.

Mengipas api gas
Sebelah malamnya, dalam sejuk-sejuk malam, kami berdiri berkeliling api sambil membalik-balikkan satay. Hassif diberi tugas yang sangat signifikan malam itu: mengipas api gas. Haha. Dan sesi bual-bual kosong yang mengiringinya membuatkan aku cepat-cepat pening kepala. Makin lama, aku makin yakin yang inilah grup paling banyak mencetuskan gosip untuk diri sendiri yang pernah aku melibatkan diri dengan.
Terima kasih kepada peserta-peserta acara bakar satay sambil makan sambil YM [ehem!] sambil borak sambil gosip diri sendiri: Acap, Hassif, Fahmi, Izi, Intan, Aini, Aishah, Nani, Farah, N, Apam, Hijaz, Wok, Hadi, Nazira dan aku. Lain kali kita buat BBQ mega pula.

Penyalahgunaan instrumen tradisi
Hari Ahad yang sepatutnya sempoi dan relaks dimulai dengan acara praktis dikir barat, satu acara yang tidak pernah disaksikan bandar Adelaide serba permai ini. Walaupun pertama kali berlaku, setakat ini, progres yang ditunjukkan amat memberangsangkan. Idea-idea inovatif timbul-timbul satu-satu, banyak-banyak macam cendawan lepas hujan. Dan macam cendawan, tidak semua idea boleh digunapakai. Instrumen yang terhad menyebabkan kami terpaksa mencari jalan alternatif. Setakat ini kompang telah berjaya digunakan sebagai gendang ibu, gendang anak, gong, caklempong dan topi keselamatan serbaguna.

Minda dan Hati
Program ini kembali dengan sedikit [ya, sedikit] perisa kemerdekaan. Anjuran Kelab UMNO dan MASCA SA. Ulasan dan topik diskusi akan dipindahkan daripada bentuk cakap-cakap ke bentuk tulis-tulis. Nanti.

Dan ini berita yang baru diterima. Sebuah kereta Mitsubishi Magna terpaksa dibiarkan bersendirian kerana tidak mampu berjalan pulang. Semua usaha yang kami fikirkan munasabah untuk memulihkan beliau kembali telah menemui jalan buntu. Adeh!


| Links to this post

Tuesday, August 14, 2007

L A P A N


Bagi mengisi lompong-lompong kegembiraan dalam hati aku sekarang, dua tab Firefox aku tertayang dua laman yang tajuknya bermula dengan life of [life of mine + life of chasing butterfly]. Shamaz, rakan sekelas aku masa Year 11 dulu, menyarankan supaya aku menjawab tag beliau [dan Aini, yang tidak pernah menjadi rakan sekelas aku, menyuruh aku menulis sesuatu].

Jeng jeng jeng. Lapan perkara rawak tentang diri seorang bukhariramli:

Satu. Sejak kebelakangan ini, aku suka turun ke dapur [perhatikan kalimah turun. maknanya, rumah aku dua tingkat beb! sesuatu yang jarang dimiliki disewa pelajar Malaysia di sini], dan mengisar lobak merah. Ya, jus lobak merah adalah minuman rasmi bukhariramli sekarang! Namun, jus tembikai atau lebih tepatnya lagi, punch tembikai ibu aku masih lagi all time favourite. Aku masih percaya bahawa memakan lobak merah, atau meminum jusnya boleh mengurangkan dependensi aku terhadap kaca mata. Oh ya, dulu masa aku tolong-tolong [aku rasa kata kerja yang digandakan membawa konotasi tidak serius atau main-main. sebagai contoh, bandingkan mandi-manda dengan mandi, makan-makan dengan makan, minum-minum dengan minum] ayah jaga kedai, aku selalu kunyah lobak merah.

Dua tingkat, rumah sewa, jus lobak merah, jus tembikai, percaya lobak merah sebagai pencerah mata, rasa kata ganda membawa konotasi main-main, jaga kedai ayah dan kunyah lobak merah. OK! Cukup lapan perkara rawak tentang seorang bukhariramli.

Aku mahu tag Aini. Dia selalu buat bodoh kalau kena tag.


| Links to this post

Dalam lumpur


Bilah-bilah kipas berputar-putar, tak bersungguh. Menghasilkan sedikit bunyi. Aku pun sendiri pun tak pasti, mana datang bunyi itu. Putaran bilah kipas atau detikan jam yang semacam mengejek aku tu. Dan aku sendiri tak pasti memang betulkah ada kipas yang terpasang dalam bilik aku waktu musim salju macam ni? Atau saja buat pembuka cerita yang bombastik. Nanti aku pastikan sama ada aku sedar atau dah separuh tenggelam dalam dunia mimpi.

Naning Pranoto bilang, tulis saja seperti bernafas. Yang aku mengerti, maksudnya mungkin lebih kurang begini, tulis saja seolah menulis itu adalah bernafas dan perbuatan bawah sedar lainnya. Tidak perlu tunggu waktu sesuai. Tulis saja seperti menulis itu adalah satu proses automatikal sensasi.

Agaknya kalau betullah menulis itu bernafas, aku rasa aku mungkin sedang sesak nafas. Macam ada berkilo-kilo kahak pekat dalam tekak dan hidung aku agaknya.

Oi, aku perlukan CPR!


| Links to this post

Sunday, August 12, 2007

PTS tiada cawangan di Parkside ke?


Kadang-kadang, ada masanya kita nak lari daripada semua benda. Bukan, bukan. Bukan lari sebab nak lari. Bukan lari nak selamatkan diri atau apa. Cumanya malas. Malas dengan benda-benda yang baik dipenuhi dengan benda-benda yang tak baik, yang kurang molek, yang personal, yang tak profesional dan tak... hurm, tak apa lagi? :P

Menyedari [atau perasan] yang aku berbakat dalam bidang penulisan, aku cuba-cuba untuk menulis cerpen atau catatan atau entah apa-apa lagi yang boleh. Sekadar supaya aku tak membiarkan terlalu lama sehingga tumpul berkarat nanti. Rasanya dah lama sangat aku tinggalkan era sajak aku dan ya, cerpen juga.

Tapi, setiap kali aku [cuba] menulis, aku dapat rasa terlalu banyak perkara yang ingin aku selitkan. Terlalu banyak rasa, nada, warna dalam tulisan aku. Aku rasa, aku patut tuliskan apa aku mahu tulis-tulis sebelum aku mula menulis. Supaya kerja menulis aku tidak diganggu dengan sampah-sampah yang belum dibuang. Agaknyalah!

Siapa ada tips menulis [selain daripada tulis, tulis lagi, lagi tulis, lagi-lagi tulis] yang boleh dikongsi? Kursus KJ Method terlalu jauh dari gapaian aku. Haha.


| Links to this post

Saturday, August 11, 2007

Kaca mata


... bersambung

OK. Untuk apa aku bercerita tentang John D. Rockefeller?

Aku teringat seorang sahabat aku berkata, 'Islamkan penuntut ilmu. Jangan terlalu nak Islamkan ilmu'. Ungkapan itu boleh diterima dengan bermacam-macam tafsiran. Tapi pokoknya di sini, bagi aku yang terlibat dalam diskusi ekspres itu, sebagai seorang Muslim, kita perlu menilai semua yang datang kepada kita dalam bentuk tulisan, video, audio dan sebagainya melalui kaca mata seorang Muslim.

Aku ada terbaca cover belakang sebuah buku motivasi Islam, kononnya, yang sekarang bertakhta di kepala katil aku. Ditulis di situ, lebih kurang begini bunyinya, 'Hari ini begitu banyak buku-buku motivasi yang ditulis penulis-penulis motivasi barat dengan acuan barat... bla bla bla'. Ya, memang buku-buku John C. Maxwell, Anthony Robbins, Spencer Johnson, Napoleon Hill dan lain-lain ditulis mengikut acuan mereka, tapi bagi aku, itu bukan alasan untuk kita menolak ilmu.

Tesis untuk catatan aku yang dah masuk episod ketiga [kalau itu yang kau cari] ini ialah: Siapa kita menentukan bagaimana kita melihat sesuatu.

Sesuatu itu boleh jadi apa sahaja: buku, animasi, filem, muzik, video, audio, alam sekitar, perhimpunan, muzium dan ubat gigi, misalnya.

Dan tesis ini, yang juga menjadi tunjang diskusi ekspres aku tadi, bersifat serampang dua mata. Yang pertama, bagi individu yang cenderung melihat sesuatu dari barat sebagai buruk, keji dan tidak Islamik. Bagi aku, lihatlah, bacalah apa yang buruk sekalipun, takkan kita terpesong kalau kita lihat dan baca sesuatu dengan kaca mata yang betul.

Dalam hal ini, Ustaz Hasrizal rasanya boleh dikagumi. Banyak buku-buku 'barat' yang dia Islamkan [hoi, ini ayat hip! jangan serang aku sebab ayat ni macam kau buat dulu-dulu]. Tapi yang paling jelas ialah 7 Habits tulisan Steven Covey. Para pendakwah tersayang sekalian, belilah satu buku ini dan fahamkan. Rasanya kau akan perform better. Rasanya kau takkan buat benda-benda merapu dan tak masuk akal lagi. Atau kalau kau rasa kurang selesa, cari website Ustaz Hasrizal, pergi ke sana dan fahamkan. Beliau ada mengupas bahagian-bahagian dalam buku ini dari persepsi dakwah [setakat hari ni, hosting website tu masih dilanda masalah].

Yang kedua, bagi yang melihat sebagai semua yang datang dari barat best, canggih, hip, cool dan sebagainya. Macam seorang kawan aku, yang membaca satu buku ni dan terus rasa penulis tu sangat hebat, genius dan cool. Sepatutnya, sebagai seorang Muslim, kita lihat perkara itu dari sudut pandangan seorang Muslim. Dan mencari nilai-nilai yang diajar Islam dalam buku-buku itu.

Membaca buku Anthony Robbins misalnya, aku mendapati ada nilai-nilai akhlak Islamiyyah terselit di celah-celah tulisan beliau. Dan walaupun ada antaranya tidak berkait secara langsung, tetapi masih ada asasnya dalam Islam. Hal ini boleh menambah keimanan dan kepercayaan kita dan mungkin kita akan beroleh keyakinan bahawa dengan mengamalkan Islam secara penuh, masalah akhlak, masalah pengurusan, masalah kepimpinan, masalah produktiviti, masalah rasuah, masalah persahabatan akan selesai [ya, aku tau yang menulis ni pun bukan baik sangat].

Dan kalau kita baca biografi John D. Rockefeller sendiri, kita dapat tengok pesanan doktor beliau. Pesanan yang ketiga ialah: Berhenti makan sebelum kenyang. Agak-agak mana aku pernah dengar benda tu sebelum ni ek...



| Links to this post

Thursday, August 09, 2007

Pelangi lepas cerah


[Pak Cik John D. masih mahu berehat. Atau dalam erti kata lain, treasure hunt aku terlalu berbelit untuk aku tamsilkan ke dalam bentuk tulisan. Err, aku pun tak tau makna tamsil]


Dua tiga hari ni baru aku menghargai fungsi handsfree pada telefon bimbit. Ok la, aku guna untuk dengar lagu, so alang-alang dah ada, jadi handsfree jugalah! Orang sana call, orang sini call.

Sempena Hari Kemerdekaan ke-50 ni, satu perkara yang belum pernah dilakukan cuba dilakukan: menggabungkan kesemua pertubuhan pelajar Malaysia1 di Adelaide di bawah satu payung dan bergotong menganjurkan Program Bulan Merdeka.

Seperti kebanyakan perkara mulia [dan keji] di dunia ini, cakap lebih senang daripada buat. Mencantumkan banyak-banyak kepala dan dimorphkan menjadi satu naga berkepala banyak bukan satu tugas mudah. Silap-silap, satu kepala akan pancung kepala yang lain. Tapi, ehem, sebab dah satu badan, nak buat macam mana beb. Kepala banyak, badan satu jugak apa.

Mencantumkan kepala-kepala yang banyak dan pelbagai kecenderungan, warna, inklinasi emosi dan genre musik itu saja sudah amat payah. Belum kira nak mengajurkan Merdeka Grand Dinner [dan macam-macam program sebelumnya] lagi.

Malam tadi, menguruskan hal makanan untuk Merdeka Grand Dinner. Aku patut tabik pada Presiden MASCA SA, Gurvir kerana kemahiran beliau berunding [berperang?] dengan manager Kopi Tim membuahkan hasil yang berbuah-buah [sementara aku dan Zafir mengambil angin malam di luar]. Kau patut tengok macam mana mamat ni berunding. Dari deal yang dah memang mantap, dia tambah satu menu. Tambah satu menu. Tolak satu menu. Tambah satu menu. Tambah harga. Tambah menu. Tambah menu. Tolak menu. Tambah harga. Tambah menu. Tambah menu. Tambah menu. Tambah menu. Tolak menu. Tambah menu. Tolak harga. Dan voila! sebuah deal yang cantik menarik tertarik kau memang da bomb. Berunding, selain marketing adalah perkara yang aku mahu belajar [tadi Hadi cakap, aku boleh jadi orang marketing yang mantap, sebab aku keji. cet!]

Ya, kadang-kadang dalam buat perkara macam ni, orang tu mengata orang ni, orang ni mengata orang tu dan orang yang tiada kena mengena, yang tahu bercakap banyak pun nak mengata juga. Dan kadang-kadang, aku sendiri rasa lemas, rimas dan tersepit [antara MASCA dan UMNO]. Tapi, masalah akan jadi masalah kalau kita iktiraf ia sebagai masalah. So, biarlah. Let it be.

Balik pukul 3 pagi. Kelas aku pukul 9 sampai 6. Letih wooo. Tapi letih akan tersejat secara tiba-tiba walaupun dalam musim sejuk kalau kau disambut dengan ini.


Ini cek clickbank aku yang pertama. Ya, tak banyak [dah tu? kau ingat aku saja hitamkan?]. Tapi, ok la untuk kerja tak sampai sejam. Tak sangka pun dapat cek ni. Aku rasa dah lama aku tinggalkan benda ni. Mungkin akan jadi pemangkin semangat untuk aku melebarkan sayap dalam bidang ini?

Dan ini.

Berdasarkan sampul surat, aku hadir atas kapasiti sebagai VP Kelab UMNO. Bukan IT Director MASCA. Kerusi MASCA bagi la kat orang lain. Hip hip horey!

Nota kaki:

1. Pertubuhan terlibat ialah:
Malaysian Students' Council of Australia, SA (MASCA SA)
Kelab UMNO SA (UMNO SA)
Malaysian Islamic Society of SA (MISSA)
Malaysian Students Association UniSA (MySA)


| Links to this post

Monday, August 06, 2007

Menjual diri [macam hapa je bunyinya tajuk ni]


[kita rehatkan cerita John D.]

Dalam lab ElectroPneumatic aku, kami diberi satu set soalan kuiz selepas selesai Part A [mengenal pasti dan mempelajari basic ElectroPneumatic]. Dalam kuiz tu ada satu soalan berbunyi: What marks should you get for this quiz and why?

Soalan semacam ini sangat praktikal bunyinya bagi aku. Aku boleh bagi kau berapa kau nak, tapi kenapa?

Soalan semacam ini memaksa kita, selain meminta, menyediakan rasionalnya permintaan kita itu. Labih proaktif. Soalan semacam ini memaksa kita mengetahui nilai diri sendiri [seperti Mick Cope, Anthony Robbins dan kawan-kawannya canangkan]. Dan selain daripada mengenal pasti apa yang kita tahu, amat penting juga untuk memberitahu yang kita tahu.

Macam yang selalu diperkatakan dalam Marketing, kau boleh ada produk yang terbaik di dunia, tapi takkan ada orang nak beli kalau kau tak mampu hebahkan kebaikan produk tu.

Dan beberapa hari lepas, waktu aku isi borang satu pertubuhan ni, ada satu soalan berbunyi: Apa trait personaliti anda yang unik dan bagaimana anda mampu menggunakan trait personaliti itu untuk kebaikan bersama? [Of course soalan tu dalam bahasa inggeris]


Tangan Danny menyibuk.


Circuit yang aku design dan lukis sorang-sorang.
Mat saleh lagi dua orang tu memang tak boleh harap.
Bukti Malaysia Boleh [ceh, macam caption surat khabar Malaysia je].


| Links to this post

Friday, August 03, 2007

Oh, tak boleh habis lagi rupanya...


...bersambung

Talian hayat
Ok. 45 tahun! Mari kita tengok apa yang berlaku sebelum 45 tahun tu bermula...

Doktor-doktor John D. [lebih mengancam ditulis begini] memaksa beliau memilih: Bersara atau mati. Beliau boleh pilih duit [dan kerisauan dan ketakutan dan kekudukutan] beliau atau hidup.

Dan doktor John D. beri beliau 3 perkara yang mesti dipatuhi. Kita tengok satu-satu.

1. Elakkan risau. Jangan risau tentang apa jadah sekalipun, dalam apa keadaan sekalipun.
2. Berehat. Dan selalu buat senaman ringan.
3. Jaga diet. Amalkan berhenti makan ketika masih sedikit lapar.

John D. patuh. Semuanya. Beliau mula belajar main golf. Mula berkebun. Mula borak-borak, gosip-gosip dengan Cik Bedah sebelah rumah, mula main tenis, mula bernyanyi nada riang. Dan mungkin semua ini menolong menyelamatkan hidup John D.

Tapi, John D. juga buat satu benda yang lain. Malam-malam yang beliau tak dapat tidur tu, John D. mula berfikir tentang orang lain. Untuk pertama kali dalam hidup, beliau berhenti memikirkan tentang berapa banyak duit yang beliau boleh dapat dan mula membayangkan berapa banyak kebahagiaan boleh beliau beli dengan duit sebanyak itu.

Tabur-tabur
Atau dalam erti kata lain, John D. mula beri duit-duit beliau pada orang lain. Memang susah pada mulanya. Tapi beliau teruskan juga. John D. dapat tahu tentang sebuah kolej yang hampir ditutup sebab tak dapat bayar mortgage, dan beri duit yang mencurah-curah ke ladang gandum untuk membantu kolej itu berkembang menjadi apa yang kita namakan sekarang sebagai University of Chicago. Seronok agaknya orang tua ni, beliau buka Rockefeller Foundation, pertubuhan yang beroperasi dalam arena antarabangsa.

China. 1932. Kolera [mengingatkan aku pada novel Gabriel Garcia Marquez yang akan mengingatkan aku pada novel Cinta Hari-hari Rusuhan pula: Love in the Time of Cholera] merebak di seluruh Peking. Ramai yang mati dan orang yang masih hidup pergi ke Rockefeller Medical College untuk divaksin. Semuanya gara-gara Rockefeller Foundation.
Kalau dengan Standard Oil John D. memberi dunia mopoli terbesar dalam sejarah, Rockefeller Foundation memberi satu bentuk bantuan besar yang tak pernah dilihat sejarah. John D. tahu yang di seluruh dunia ada banyak gerakan yang baru nak mula. Yang masih terkial-kial nak mula. Penyelidikan, kolej baru buka, doktor bertarung dengan penyakit, tapi kerap kali semuanya jadi sejarah sebab: kekurangan duit. John D. berhasrat membantu mereka bukan untuk memonopoli mereka [haha!], tapi untuk membantu mereka membantu diri sendiri.

Sekarang, kau dan aku boleh berterima kasih kepada John D. sebab duit beliau yang membantu penyelidikan yang menghasilkan penisilin dan berdozen-dozen lagi penemuan [spinal meningitis yang sebelumnya membunuh empat saripada lima, malaria, tuberculosis, influenza, diphtheria dan kawan-kawan mereka yang lain].

Apa jadi pada John D.?
Bila beliau beri duit pada orang lain, beliau mula mendapat ketenangan. John D. puas hati. John D. sudah berubah dan dia takkan risau lagi dan takkan tak boleh tidur malam lagi. John D. tak mahu risau walau sedikit bila Standar Oil kalah dalam perbicaraan terpanjang dalam sejarah setakat itu [5 tahun peguam John D. bertekak di mahkamah]. Sewaktu Judge Kenesaw Mountain Landis mengumukan keputusan, peguam-peguam John D. bimbang yang beliau tak mampu menerimanya.

Dan apa yang John D. cakap? 'Don't worry Mr Johnson, I intend to get a night's sleep. And don't let it bother you either. Good night!'

Ayat itu datang daripada seseorang yang tak boleh tidur kerana USD 150!

bersambung...

Coming up next: Apa jadah aku cerita pasal John D.?


| Links to this post

September 2007 July 2007 Home