Macam catatan yang panjang, tapi aku tiada stamina untuk habiskan sekali duduk
Hari-hari dalam sejarah
1870. John D. Rockefeller, William Rockefeller, Samuel Andrews, Henry Flagler dan Stephen V. Harkness berpakat menubuhkan sebuah syarikat minyak bernama Standard Oil. John D. Rockefeller dilantik sebagai Presiden.
1872. John D. Rockefeller mula mendapat status jutawan. Dalam usia yang muda. Tiga puluh tiga secara spesifiknya.
1882. Standard Oil berkembang menjadi apa yang dikatakan sebagai monopoli terbesar yang pernah disaksikan dalam sejarah [melalui satu bentuk usahasama untuk mengumpulkan semua pegangan yang dirangka peguam-peguam John D. Rockefeller: Standard Oil Trust].
Ya ya. Standard Oil terus memonopoli. John D. Rockefeller terus kaya. Tengok serpih kekayaan mungkin sudah memadai:
1911. Standard Oil didapati bersalah oleh Supreme Court of The United States atas tuduhan mengamalkan monopoli. Undang-undang mengunyah Standard Oil dan ptuih! ptuih! ptuih! Serpih-serpihnya ditaburkan. 34 serpih semuanya.
Exxon dan Mobil bersekedudukan pada 30 November 1999. Exxon + Mobil = ExxonMobil. Syarikat gas dan petroleum terbesar dunia. ExxonMobil adalah serpih-serpih legasi tinggalan Standard Oil.
Serpih-serpih lain: Sohio, Amoco, Arco [semuanya sekarang ditelan BP]. Kyso, Socal [dua-dua ditelan Chevron, salah satu syarikat tenaga terbesar dunia]. Dan segala jadah syarikat lagi. Pokoknya, kau dapat idea ni: John D. Rockefeller kaya dan berjaya.
Tapi
1892. John D. Rockefeller diserang satu macam kebengongan penghadaman. John K. Winkler [salah seorang penulis biografi John D. Rockefeller] cakap: Dia nampak macam mumia [merujuk pada John D. Rockefeller].
John T. Flynn [seorang lagi penulis biografi] cakap: Bila dia tengok cermin, dia nampak orang tua, kerja tak berkesudahan, kerisauan berpanjangan, malam-malam tanpa tidur dan hari-hari tanpa senaman, tanpa rehat.
John D. Rockefeller mengaut pendapatan sejuta dollar seminggu, tapi hanya membelanjakan dua dollar seminggu untuk makanan. Kerna hanya itu yang doktor benarkan: biskut-biskut dan susu asidik. Sedih betul. Lelaki terkaya di dunia. Tapi tak dapat mengecap kekayaan sendiri. Dan bukan rahsia lagi, John D. Rockefeller menderita atas sikap beliau yang workaholic. Kerja gila-gila. Dan terlalu sayang duit [tak perlu diceritakan satu hari John D. Rockefeller terpaksa balik dan tidur kerana terlalu resah 'membazirkan' USD 150 untuk membeli insurans bagi menghantar barang bernilai USD 40,000. Gila kudukut orang tua ni!].
John D. Rockefeller menderita dan jatuh sakit kerana: risau dan takut! Dan worry adalah penyebab utama penuhnya wad-wad hospital, bak kata Dale Carniege. Dan seperti yang diungkapkan Ida Tarbell [seorang penulis biografi terkenal]: I know no companion so terrible as fear.
Tapi [ini tapi sekunder, menapikan tapi yang tadi]
John D. Rockefeller terus hidup dalam tempoh yang orang kata, masa kecederaan. Berapa lama masa kecederaan dia? 2 tahun? 5 tahun? Hurm. 98 tolak 53 .... 45 tahun kalau tak silap. Macam mana orang tua yang dying ni boleh hidup selama tu?
bersambung...
[kalau kau rajin, boleh jawab soalan terakhir aku tu]
| Links to this post





