Wednesday, June 27, 2007


Ada siapa mahu aku updet?
Cukup 118, aku updet.

Iklan:
Manusia bionik dicari. Sila hubungi aku untuk maklumat lanjut.


| Links to this post

Sunday, June 24, 2007

Aku Tanpa CintaMu Akustika



| Links to this post

Thursday, June 14, 2007

Cuba


Ini tulisan eksperimentasi.

N tulis [setelah dikosmetikkan]: Book, kau tulis pasal menteri, ada 18 komen pasal Aini. Kalau kau tulis pasal Aini, sure ada 118 komen pasal Aini.

Mari kita uji kebenaran nostramadus amatur kita ni. Jadi, sebelum tamat tempoh hal ini [dan apabila pakatan francais kami bersetuju untuk mendaftarkan haknya dan sementara kawan aku yang lain-lain leka dengan topik yang satu itu], aku mahu tulis tentang ini: Aini dan Olga tiada kena mengena hidup mati. Dan satu lagi, Olga itu tidaklah kelakar apabila dibiar berkeliaran sendirian. Kelucuan hanya datang setelah nama Aini dinomborpletkan pada tubuh Olga tersebut.

Sekian terima kasih.

p/s:
Fuh! Menjadilah!



| Links to this post

Tuesday, June 12, 2007

Cuba II


Kalau kau ada kredit kad yang boleh kau guna sesuka hati [kerna ayahanda kau orang besar, rumah kau besar, kereta pun banyak, bila minyak naik kau tak perlu ubah gaya hidup, orang gaji kau ada 2-3 orang, atau Bill Gates itu pak cik kau, Warren Buffet pak ngah kau dan Larry Page sepupu kau], apa agaknya benda yang kau rasa kau nak beli secara atas talian?





| Links to this post

Monday, June 11, 2007

Simpan dalam peti


bukhariramli kini bukan bukhariramli yang selalu-selalu. Bukan juga bukhariramli kini bukhariramli yang baru. Tapi bukhariramli kini ialah bukhariramli yang dulu-dulu.

p/s:
Ada sesuatu di sini.



| Links to this post

Saturday, June 09, 2007

Sebalik Tabir


Pizza 30 keping dah kami teleportkan. Dari atas kaunter kedai pizza tu ke dalam rongga-rongga lompong kereta aku. Aku cakap pada Ringgo: Elok-elok wei. Nanti terpeleot pizza tu.

Ringgo: Kadang-kadang kita panggil orang mat kan? Kau tau kat Negri Sembilan orang panggil apa?
Aku: Apa?
Ringgo: Jang, o jang!
Aku: So?
Ringgo: Kereta kau banyak junk.
Haha.

Cekap betul diorang ni. On time siap! Kertas-kertas bernama dollar bertukar tangan. Aku menghasut bro tu bagi aku resit.

Seminit..

Dua minit..

Tiga minit..

Empat minit..

Lima minit..

zzzzzzz....

Ringgo: Eh! Lama betul diorang buat resit ni. Resit tadi kau order tomato ke cili? Tomato la. Aku tak suka cili. Pedas!
Aku: Tomato kot. Masam sikit la tapi.
Ringgo: Tak kisah.



| Links to this post

Thursday, June 07, 2007

Kesebuahan


Aku berjaya mengurangkan dependensi aku terhadap kenderaan beroda empat yang aku dinamakan Mitsubihi Magna 2.6 itu. Tapi kesian dia. Dah 3 hari aku tak hangatkan dia. Dah la suhu lokal amat-amat rendah, sekarang. Esok pagi, ingatkan aku supaya warm up enjin kereta.

Ramai bertanya pada aku, maksud tulisan semalam. Siapa dapat kupas coretan Seindah Suria dengan tepat?



| Links to this post

Wednesday, June 06, 2007

Seindah suria


Satu
Dia nampak aku. Dia senyum.
Aku ... blur.

Dua
Dia nampak aku. Dia senyum.
Aku ... aku sengih.

Tiga
Dia nampak aku. Dia senyum.
Aku ... senyum juga.
Well, takkan orang senyum aku nak marah-marah? Nak masam-masam?


| Links to this post

Monday, June 04, 2007

Pop


Soalan ni aku peram lama dah. Dulu aku nak tanya. Tapi kau sibuk tengok Af [dan berdebat kat @15]. Ni sementara ada masa sempat ni, sebelum start la ratib karaoke 50 jam tu, kalau hidup kau penuh dengan spora-spora kebosanan, terimalah coretan terperam aku...

----------------------------------------

Bila aku tak dapat dihubungi [atau dibuat apoinmen dengan atau diajak keluar dengan], kawan-kawan yang aku suka selalu cakap: Sibuk macam menteri!

Minda aku yang penuh kuriousiti dan penuh semangat inkuiri lalu mencetuskan renaissans bertanya, soalan: Jadi menteri, sibuk ke?

[Penafian: Soalan ini boleh kau pandang dari segala jadah sudut yang kau nak [i.e. ingin tahu yang meluap-luap atau sekadar pertanyaan nakal seorang anak muda] melainkan memperkecilkan tugas menteri. Terima kasih]



| Links to this post

simfoni melodi harmoni hadhari


Argh! Apasal diorang buat masa aku takde kat Malaysia? Boleh aku jadi sebahagian daripada event bersejarah negara.

Malaya dah maju. Ada ratib karaoke 50 jam. Ada mat rempit berwawasan harapan masa depan negara ke kutub utara. Tapi kita tak lupa asal usul kita. Kita ada Mawi [alim]. Ada Mashitah Ibrahim [boleh berceramah agama].

Aini's Kamon La Weih
Azwan's Ironi Kan?


| Links to this post

Saturday, June 02, 2007

simfoni melodi harmoni


runtuhkan kelesuan ini
dan di atas puing-puingnya
kita cantumkan serpih-serpih kekuatan

robohkan kerunsingan ini
dan di atas puing-puingnya
kita sinergikan fragmen-fragmen keyakinan


| Links to this post

Friday, June 01, 2007

Balik dari kutub


Soal
Scorpion kale ape?

Graviti

Kadang-kadang [atau selalu-selalu], selain mata, tangan aku juga seberat batu giling bila saja aku masuk ke dalam wilayah dewan kuliah. Aku rasa dekat pintu dewan ada satu device yang akan discaj aku, bila aku lalu.

Pensyarah: Bla bla bla bla bla? Who says yes?
Ada la beberapa kerat angkat tangan.
Pensyarah: Who says no?
Ada lagi beberapa kerat. Kalau di Bolehland tiada orang, ada undi. Di sini, ada orang, tiada undi. Hey hey hey!

Pensyarah: Who didn't vote?
Kalau Rimau ada jurus menterbalikkan soalan. Aku tak tau pensyarah aku pakai jurus apa. Pun masih ramai yang tidak mahu memilih. Tidak memilih untuk memilih. Dan tidak memilih untuk tidak memilih. Memang memilih itu kadang-kadang sesutu yang rumit amat.

Pensyarah: Who didn't raise your hand when I ask for who didn't vote?
Ceh!







Jawab
Kale jengking


| Links to this post

July 2007 May 2007 Home