Monday, April 23, 2007

Bilarindukusebutnamamu



Aku cuti. Dua bulan. Laman ini. Kuatkuasa serta merta. Awas. Rumah tinggal. Bersawang. Serangga makhluk perosak dan haiwan liar.

p/s:
Tulisan aku masih boleh dibaca dalam penerbitan-penerbitan berhampiran anda dengan pseudonim merapu-rapu. Haha :P
See ya later, mate. Cheers!

Yang masih diakandatangkan: Anak Jalanan kosong dua


| Links to this post

Saturday, April 21, 2007

Anak Jalanan kosong satu


Dia tanggalkan overcoat. Melipatnya kemas-kemas, seolah overcoat itu baru dibeli dua tiga hari lepas, kemudian. Bau pungen mencucuk hidung saya. Bau rokok dan hidup jalanan tanpa sabun, tanpa syampu, tanpa krim mandi aromaterapi. Dia tanggalkan satu lapisan lagi. Kali ini cardigan. Yang sedikit berisi. Berisi bersebab. Dan isinya tak mahu saya ingat secara rinci. Mata amatur saya dapat agak, batang-batang merah yang berlilit-lilit pada pinggang dia itu dinamit atau TNT atau C4. Entah! Macam-macam nama bahan letupan mengorbit sekeliling kepala saya.

Pada abdomennya, wayar-wayar berselirat macam spageti warna-warni. Dan batang-batang merah itu macam lilin, candle light dinner barangkali. Cuma spageti yang ini tiada sos pasta dengan cebis-cebis tomato, tiada keju parut ditabur-tabur, tiada ketul-ketul minced meat, tiada lobak merah, yang ada hanya pita kelabu yang melekatkan spageti - oh, dalam kes ini wayar-wayar - itu. Dalam filem yang banyak saya tonton, kamu perlu potong satu wayar untuk menyahaktif bahan letupan itu. Tapi warna apa? Kuning? Hijau? Merah? Ah, saya lupa. Balik nanti saya tonton semula. Kalau saya hidup lagi lepas ni. Dan kalau kamu salah wayar, BOOM! Tak dapat la saya tonton filem itu semula.

Memandangkan saya yang paling hadapan dan paling hampir dengan dia [untuk memudahkan proses naratif ini saya akan gelar dia Encik Zen], dengan bersopan santunnya Encik Zen mengacukan senapang ke arah saya.

"Jangan tembak," kata saya, tangan di udara, tak tahu apa saya cuba gapai. Tapi saya dah tengok cukup filem untuk tahu secara tepat apa perlu saya buat.

Danny yang sedikit berani kata, "Bang, apa yang abang mahu dari kami semua?"

Bam! Menembusi siling. Dan peluru itu pegun di situ. Tiada siapa cedera. Danny berundur, bersandar di pintu bilik mesyuarat.

"Siapa abang kau? Jangan panggil aku abang!"

"Kami nak panggil apa macam tu?" Saya rasa macam saya akan jadi ketua untuk semua tebusan ni. Saya cakap dengan baik dan saya harap dia hargai hormat saya.

"Caltex," jawab dia, pendek [ok, lupakan Encik Zen. kita gelar dia Caltex mulai sekarang]. Caltex? Itu nama stesen minyak. Tapi, saya rasa tiada bantahan. Dan semua dalam bilik itu setuju. Well, siapa mahu bantah dalam kehadiran senapang, spageti berselirat dan lilin romantik berdiameter ekstra besar itu?

bersambung...

Akan datang: Anak Jalanan kosong dua


| Links to this post

Thursday, April 19, 2007

Menternak korpus


Sebahagian besar buku-buku aku terbiar bergelimpangan, tergolek-tergelantang di rumah, di Malaysia [oh, bukan sebahagian besar, tetapi semua minus satu!].

Koleksi buku aku di sini teramat kecil. Satu kerna setahun lepas aku 'terlupa'. Dua aku tak jumpa 'port' menarik untuk aku membarterkan duit halal aku dengan buku. Gedung-gedung kapitalis yang menjual buku meletakkan harga yang buat aku berfikir banyak kali sebelum aku mengekstrak duit daripada dompet/akaun.

Dan lambakan buku menarik di Malaysia [terbitan PTS, DBP, SS etsetera] yang aku tak dapat beli. Ceh!

OK. Kalau hari tu aku kata aku nak pulang kerna tiga F [Famili, Frens, Food]. Aku tambah satu B. Buku!





Rak buku aku.
Ada buku yang Cik Sari Intan pinjamkan.
Ada buku aku yang dipinjam orang.
Tunggu Teduh Dulu di mana?

Dan untuk Naga, ini bukti aku dah beli AKB. Haha.
Untuk Faisal, Kak Nisah dan Zaid Akhtar [kerna John Grisham tak baca tulisan aku, Dale Carniege pula dah ada title mendiang], novel seterusnya boleh kirimkan satu naskah percuma ke mari. Haha.
Dan satu hebahan, siapa pinjam buku aku, lapor diri. Kemaskini laiberi kecil aku sedang dilakukan.


| Links to this post

Tuesday, April 17, 2007

Dalam miting, kami gelak-gelak


Mohd tercicir daripada Bukhari Ramli
Nombor telefon yang bukan primer
Haish! :P

Hibernasi
'Why you're so quiet?'
'Lapar. Tak makan dari pagi'
'Then, kenapa senyap'
'Sssshh. Conserve energy!'

Troli
'Can you get the onion?'
'I don't have a car'
'Get a car, then'
'Berapa mau?'
'What? The car?'
'Hish! Onion la!'

May bounce
'How much is it?'
'What?'
'The cheque'
'Two tousand four'
'Aussie dollar?'
'No, Kenya cents!'

Sehala
'Where's Hindley Street?'
'You know where's Mekong Thai?'
'Near the strip clubs?'
'That's Hindley Street!'
'Strip club tahu, Hindley Street tak tahu'

Dalam laiberi, kami bising-bising.

Makan percuma. Gores sini untuk tiket.


| Links to this post

Wednesday, April 11, 2007

Lagu Ini Hari Ini


Hey kawan
Dunia kita memang berbeza
Jalan kita melencong dan lurus
Namun
Matlamat kita tetap sama
Jadilah insan yang tulus

Hidupku aku yang rasakan
Bukan seperti yang kau andaikan
Tak seindah yang kau anggapkan
Tapi cukup untuk kudendangkan

Lagu ini aku tulis hari ini
Sekadar hanya untuk sendiri renungi
Bukan saling menyalahi
Tiada sebab yang tersembunyi

Duniaku tak seindah pandanganmu
Namun cukup untuk kudendangkan padamu
Lagu ini hari ini

Mereka semua tak peduli
Apa yang telah aku lalui
Ada yang hanya tahu mengeji
Syukur masih ada yang mengingati

Kawan
Lihat diri ku ini
Kita hanya beza rupa
Hakikatnya sama
Tak terhindar salah pada-Nya
Bukankah kita telah berjanji pada Dia
Untuk saling menyayangi
Kasihnya bawa kita ke sana
Ke sana
Ke sana...

Duniaku tak seindah pandanganmu
Namun cukup untuk kudendangkan padamu
Lagu ini hari ini
Untuk kita renung kembali
Bila tiba masanya nanti
Apakah kau masih mendengar
Laguku ini

Ingatlah kita suatu hari nanti
Semua pasti pergi tiada terkecuali
Pergi ke sana menemui Guru sejati
Dia yang bersemayam di 'Arasy yang abadi
Waktu itu lagu ini tiada erti lagi
Dan pastinya tiada yang mendengari
Asalkan siapa yang ada sekarang
Bisa menilai yang boleh dan yang terlarang
Janji dari Ilahmu pasti hadir
Dunia ini pasti berakhir
Ingatlah wahai semua musafir
Hari yang akhir
Hari yang akhir
Kian menghampir
Kian menghampir

Duniaku tak seindah pandanganmu
Namun cukup untuk kudendangkan padamu
Lagu ini hari ini

-Akbar feat. Syah Rizal Mohamed and Mirwana-

La la la la la
-Book-

nota kaki:
Boleh baca ini. Atau versi fill in the blank [oh, in case kalau sudah diisi dan dimodifikasikan, di sana ada lagunya. Untuk didengari kalau berminat barangkali].


| Links to this post

Bila rindu kusebut namamu


OK. Aku dah lepas. Cakap bahasa import ni depan kawan-kawan sebangsa [well, taklah sebangsa sangat. aku ada sedikit kacukan Belanda dan Jerman. agaknya] pun aku boleh a bit jittery. Inikan pula dengan kawan-kawan import [well, sekali lagi, bukanlah diimport sangat mereka ni. aku yang dieksport ke sini]. Dah la mamat-mamat import tu cakap bahasa import tu laju-laju. Salah dengar macam bahasa tagalog pun ada juga. Dan kepayahan ini ditambah dengan aku yang memang suka spontan. Tak suka praktis-praktis sangat.

Aku dah lepas oral presentation ni. Yang penting. Horey! Sekali lagi, ramai-ramai, hip hip horey!

Selepas aku, kawan import aku punya giliran. Dan Umar, secara tiba-tiba, bangun dan jalan menunduk-nunduk di depan [ada lagi akar melayunya di situ]. Jawab telefon rupanya.

Dan Kristin Hansen [anak kepada Head of School ke apa] yang jadi pemeriksa kami, bersuara, lepas Umar duduk kembali di kerusi dia. Di sebelah aku.

'Awak patut tunggu pembentangan tadi habis. Tadi itu kurang adab. Saya perlu tolak daripada markah pembentangan awak nanti'. Ya, aku dah translasikan kepada bahasa melayu.

'Nama awak?' Dia tanya lagi.

'Umar'.

'Apsal kau tak cakap nama kau Bukhari? Biar dia tolak markah Book!' Amir, sebelah aku yang satu lagi.

Duh!


| Links to this post

Tuesday, April 10, 2007

Cuti dua minggu versyen tu poin o


Tahun ini, misi aku beli buku. Rumah api belakang aku tu, dah aku panjat tahun lepas. Hari tu aku hanya melewatinya sambil buat muka kerek. Wohoho.



Dalam berbelanja, ada barang yang kita mahu beli. Ada yang barang yang kita tidak mahu beli, tapi kita beli. Ada barang yang kita tidak terfikir untuk beli, sampailah kita tengok barang tu. Sunday Market ni banyak barang kategori ketiga tu. Bagi aku la.

Batu. Aku perlukan ke?

Wohoho. Telinga babi di situ. Apa nerakakah kegunaannya?

Hoih. Aku rasa ni kategori barang yang junkie kot. Haha.

Ha! Ni kategori barang paling mantap :P

Buku tu tengah bergelak ketawa. Sebab aku tak mampu nak beli diorang. Nanti kau!

Tergolekdok diorang ni. Minta kesian aku la tu. Huh!

Ni pun sama. Huh!

Tuan punya salah satu pasar buku di sana. Tahun lepas ada aku borak sama dia. Aku tanya sejarah pasar buku dia. Mana dia dapat supply. Boleh buat rumah banglo ke meniaga camni. Cukup ke nak beli lampin anak. Nama apa entah dia. Tahun ni dia makin smart. So, layaklah beliau diambil gambarnya. :P

Lompong itu sebelumnya diisi oleh novel-novel yang sekarang ini mengisi lompong dalam rak buku aku.


| Links to this post

Sunday, April 08, 2007

Cuti dua minggu


BBQ

Dua hari lepas. Kerna ramai rakyat Malaysia di sini tiba-tiba ghaib, MASCA [Malaysian Student Council of South Australia] menunda BBQ selamatdatang [ya, sudah bulan april, dan masih selamatdatang] ke satu tarikh yang masih kabur. Sila teliti papan-papan buletin dan tiang-tiang iklan sekitar uni nanti.

BBQ yang satu lagi
Sehari lepas. Anjuran ISSUA [Islamic Student Society of Uni. of Adelaide], tapi aku rasa macam aku pergi event-event MISSA [Malaysian Islamic Society of South Australia]. Patutnya ramai Arab. Ramai Pakistan. Ramai India. Ramai orang-orang Islam yang lain. Tapi, manusia Melayu yang penuh memblanket venue majlis!

BBQ yang lagi satu
Sifar hari lepas. Anjuran Muslim Brothers untuk pelajar-pelajar internasional yang baru TERUTAMANYA. Aku? Aku pelajar lama. Mahu hadir. Tetapi? Aku ke Port Adelaide.

Sunday Market, Port Adelaide
Sifar hari lepas. Anjuran Book dan kawan-kawannya.
'Kalau aku hilang, kau tahu mana nak cari aku kan?' Aku.
'Kedai buku?' Kawan aku.

Yeeha! Aku habis tawaf Sunday Market ni. OK OK, navigasi aku terhad dalam kawasan liputan booth buku-buku lama sahaja. Bermodal lima belas dolar australia, tiga buku aku pindahmilikkan ke atas nama aku. Dan masih banyak buku-buku pujaan aku yang melambai dan mentertawakan aku. Kemampuan fiskal menoktahkan niat aku dan-dan tu juga. Tapi, menghirup udara sekitar buku-buku itu masyuk juga. Mungkin kau tak faham perasaan itu. Sama seperti aku tak faham perasaan kau mencicip kafein bayarlebih di Starbucks bila aku khusyuk menonggang kopi sendirikacau.
Selesai sebaik tergelincir matahari.

Lagi-lagi BBQ
Dan sebuah perjalanan yang begitu advencer lagaknya. Aku pohon untuk ditunda. Ke satu tarikh yang juga agak kabur. Beri ruang manusia-manusia ghaib tadi kembali menjelma.

Nanti:
Akan aku lekatkan gambar-gambar Sunday Market [dan pasar buku itu terutamanya] itu di sini, untuk tatapan pembaca laman ini.


| Links to this post

Thursday, April 05, 2007

Aku dah dua puluh lebih la camtu kan?


Saya mewakili Muhammad-Muhammad yang lain1 mengucapkan selamat Ulang Tahun perkahwinan yang ke-22 kepada ibu dan ayah kami.

Semoga terus berbahagia hingga ke anak cucu2. Dan semoga kasih sayang dan rahmat Allah terus melimpah. Kami sayang ibu ayah.

Nota kaki:
1. Mohd Nurr Faizal, Muhammad Aliff dan Muhammad Hafiz Fauzi. Mereka tak lantik aku. Aku lantik diri sendiri. haha.
2. Cucu ibu ayah, maknanya anak aku [dan adik-adik aku] la kan? Nak anak, aku kena nikah dulu la kan? Nak nikah, aku kena belajar dulu la kan? Nak belajar, aku kena tidur dulu la kan? Kena makan dulu la kan? :P


| Links to this post

Wednesday, April 04, 2007

Kayuh-kayuh


Bila Encik Zen tewas dalam pertarungan yang dia sendiri mulakan dan tergadainya semuanya, dia merasakan amat perlu untuk dia bersorak-sorak. Sorak itu. Sorak ini. Sorak sana. Sorak sini. Dan sorak yang dimenanginya itu mungkin akan dia bingkaikan, diletak bersebelahan sijil-sijilnya untuk ditayangkan kepada tetangga yang bertandang.

Bila Encik Zen mula bergendang dan menari-nari. Apa guna kita turut serta sama penat menari? Tetangganya yang sedikit bijak mungkin akan mencapai kerusi dan koko panas. Duduk menonton sambil mencicip koko penuh aroma. Dalam kedinginan malam. Atau menghirup air kelapa muda [di sesetengah tempat, kau mungkin kenal minuman 'janda pulang'] dalam kehangatan siang. Bukankah sorak Encik Zen tidak kenal waktu?

~ Aku menerima undangan menulis. Untuk sebuah majalah tidak berapa berkala. Di atas adalah keratan contoh catatan yang tidak mungkin akan diterima oleh editornya. haha ~


| Links to this post

Tuesday, April 03, 2007

Masihkah kau ingat


Ya. Otak berkayuh-kayuh. Ilmu-ilmu matematik dan nombor-nombor bersimpang-siur yang semuanya masih eksternal lagi, cuba aku hadamkan. Mahu simpan, mahu sumbat elok-elok pada ruang-ruang lohong kepala aku.

Sunyi. Jam tangan Casio aku [yang kini sedang dipetisejukkan dalam laci aku, ia tercedera, tali besinya putus!] bertik-tik, bertik-tik. Macam mengejek aku. 'Woi labu, aku bergerak, kau tak bergerak-gerak lagi?' Itu kata dia. Agak aku la.

Sesak. Lebuhraya ke otak aku penuh. Macam-macam aku cuba sumbat. Tapi yang tertera pada halaman buku teks tebal tu, tak pula lekat-lekat. Hal-hal lain sangat banyak. Dan kalau aku perturunkan dekat sini. Kau pun tak mahu baca. Haha.

Voila! Ya ya. Sudah dapat. Sebenarnya, macam ni, bila kau differentiatekan benda ni dia akan... tet tenenet tet tet tenenet net tet tenenet. Tona mesej telefon bimbit kawan aku. Lagu kartun. Macam mengejek aku. Dan, benda yang aku voilakan tadi, dah hilang balik. Deng!

Ya. Otak berkayuh-kayuh. Ilmu-ilmu matematik dan nombor-nombor bersimpang-siur yang semuanya masih eksternal lagi, cuba aku hadamkan. Mahu simpan, mahu sumbat elok-elok pada ruang-ruang lohong kepala aku.


| Links to this post

Sunday, April 01, 2007

Cuma menunggu berteduh


Borak-borak Teh Sofia dan Salsabila Fahim. Tentang attachment pada perkara sementara, yang tidak kekal. Di dalam Tunggu Teduh Dulu. Aku tak ingat secara rinci. Dan mahu mencari untuk aku refresh, malas!

Satu
Novel, bagi aku, bukan sekadar cerita. Bukan sekadar fragmen-fragmen kisah fiksyen atau non-fiksyen yang dicantum-cantum macam kolaj. Bukan sekadar kisah terlafaz dalam naskah imajinan penulis.

Novel, bagi aku, macam rujukan. Kerana tidak semua perkara kau akan eksperien dalam hidup. Dan membaca novel memungkinkan kau meminjam kehidupan hamba-hamba Tuhan yang lain. Kalau kau tak sempat baca buku-buku yang grand-grand, kau mungkin akan terbaca tentang orang yang membaca dan mahu mengulas pula tentang buku grand-grand itu. Kalau kau tak sempat memecahkan ruyung-ruyung kau yang banyak itu, kau mungkin akan terbaca tentang orang yang telah memecahkan ruyung mereka dan kau akan tahu sagu itu rupanya bagaimana.

Dan sebab novel, bagi aku, macam rujukan, aku rasa lebih bagus kalau novel yang aku baca itu ada indeks. Kerana novel bukan sekadar cerita yang perlu kita baca mula sampai hujung, ada beberapa titik dalam novel yang mungkin aku mahu imbas dari semasa ke semasa tanpa perlu aku telusuri semula setiap episod dalam kisah itu. Macam buku rujukan atau manual yang boleh aku lompat-baca-lompat-baca, untuk timba hanya apa aku mahu secara partikular.

Dua
Fana. Itu sifat semua perkara yang kau akan jumpa dalam hidup hari-hari kau. Itu tidak jadi masalah. Sebab kau tahu, yang abadi hanya satu. Hanya Tuhan yang satu.

Cuma masalahnya datang bila kita takut pada sifat kefanaan yang ada pada perkara yang fana [hurm.. which is SEMUA perkara / objek / orang yang akan kita kutip dalam hidup hari-hari kita]. Habis, kita mahu tutup semua pintu dan jendela daripada semuanya, hanya supaya kita tak rasa 'kehilangan' satu hari nanti?

Orang / perkara yang aku hadapi dan jumpa setiap hari, bagi aku, semuanya bernilai dan berharga. Dan tidak dapat tidak, aku akan rasa 'kehilangan' bila sampai waktu ia ditarik. Jadi, aku tak pakaikan nilai dan harga pada orang / perkara itu. Aku pakaikan nilai dan harga pada momen-momen yang aku eksperien bersama orang / perkara itu. Kerna aku tahu, momen-momen itu akan terus lekat dalam kepala aku selagi aku tak amnesia. Supaya, bila-bila waktu orang / perkara itu ditarik, nilai dan harga itu masih aku miliki. Yang ditarik hanya tanda harga.

Kerna semuanya sementara. Dan, seperti Saujana lagukan, kerna kita kan akhirnya sendiri...


| Links to this post

May 2007 March 2007 Home