Itu tiang gol wei!
Setiap manusia ada tujuan hidup masing-masing. Sebab musabab kenapa dia dilahirkan. Mungkin berbeza bagi kau yang pakai spek macam Saloma tu dengan kau yang duduk bersandar tepi pasu bunga. Berbeza mungkin kerana environmen dan pengalaman yang membentuk kau. Bergantung kepada kepercayaan kau. Tapi aku jamin walau apa pun anutan, bangsa, warna kulit atau kegiatan masa senggang kegemaran kau, tujuan hidup kau tentunya murni [lainlah kalau kau ahli politik atau presiden amerika].
Tak diundang tetapi dirai
Aku depan rumah Mongger. Telefon, dia tak angkat. Mungkin telefon dia dibuat tukun agaknya. Aku telefon Muadz. Rakan serumah Mongger. Pun tiada di rumah. TAPI, ada sekitar sana. Rumah Uncle yang-aku-lupa-tanya-nama-dia. Uncle tu buat makan-makan. Aku makan ayam bakar, daging panggang, kuey tiaw [kuetiau?], mihun goreng, popia, karipap, jagung bakar, air asam, minum pepsi dan jus epal.
Dan kami berbual macam dah kenal lima belas tahun. Tentang perniagaan makanan, tentang melancong, tentang kerja sambilan, tentang belajar dan ya ya, tentang harga minyak Malaysia!
Muka tembok berdinding simen
OK. Aku tak kenal uncle tu. Tapi aku makan [melantak?] dan berbual macam dah kenal lama. Haha. Tapi alangkah bahagia macam tu. Kalau kita tak kenal, kita berkenalan. Kalau jauh, kita dekatkan. Kalau orang bagi makan, kita makan. :P
Dan selalu juga, aku berbual secara serius, separa serius atau santai, dengan ramai orang yang aku tak kenal atau kenal separuh-separuh je. Orang macam Binjai, Ron, Murai, Kak Wani, Yasir, Akmal dan ramai lagi la. Haha.
Cuma
Yang sedihnya kalau kita yang dah sedia kenal, tapi kita buat macam tak kenal. Yang sedihnya kalau dah dekat, tapi kita buat macam dah jauh. Yang sedihnya kalau sebab nak tegakkan kepentingan peribadi, kita lupa pada tujuan kita hidup. Tujuan utama kita dihidupkan [yang mungkin berbeza bagi setiap orang, mungkin bagi kau untuk berbuat baik pada semua orang, mungkin bagi kau untuk menjaga dunia, mungkin bagi kau untuk menjaga keamanan bumi bagai superhero, mungkin bagi kau menyembah dan beribadah pada Yang Esa, tapi yang pentingnya, bertelagah dan mencarut satu sama lain bukan tujuan kau hidup].
Atau
Bila kau ada kedudukan dalam masyarakat. Dan tentunya kau perlu berkhidmat pada masyarakat. Tapi sebab kepentingan personal, dan kau bertelagah dengan puak tu, puak ni, khidmat kau tidak optimum. Sampai kau lupa tujuan apa sebenarnya kau dapat kedudukan dalam masyarakat. Untuk berbakti kepada masyarakat. Untuk kontribut! Kontribut dude! Bukan bergaduh!
Preeeeet!!
Bagi aku hidup aku terlalu pendek untuk dibazirkan dengan permusuhan.
Ungkapan terungkap
Kawan aku: 'Aku takde masa nak gaduh dengan kau. Ada masa nak sayang kau je'.
Aku pelajar. Bila aku kata masyarakat, aku tak kata masyarakat banyak. Aku mungkin kata tentang masyarakat pelajar. Agaknya! :P
|