Wednesday, February 28, 2007

Ke mana pun aku pergi, bayang-bayang mu mengejar..


Sebagai satu usaha menghargai pembaca-pembaca laman ini, aku berasa adalah sedikit molek kalau aku meminta pendapat kau dalam beberapa hal yang aku rasakan perlu.

Sekarang ini aku dalam dilema, perlu atau tidak aku pulang ke Malaysia waktu musim sejuk nanti?
Kalau perlu, kenapa?
Kalau tak perlu, kenapa?


| Links to this post

Tuesday, February 27, 2007

Tetapi semua diam, tetapi semua bisu...


...tinggal aku sendiri, terpaku menatap langit.
-Ebiet G. Ade-

la la la la la
-Book-


| Links to this post

Monday, February 26, 2007

Yeay! Cikgu tak datang kelas!


Satu
Hari ni hari pertama sekolah. Sudah lama aku dalam summer class. Student tak ramai. Hari ni bila buka sekolah, orang ramai. Penuh! Aku rasa rimas terus-terus.

Makan-makan
Sabtu lepas. Kami buat satu majlis. Macam seminar. Macam majlis sambutan. Macam majlis suaikenal. Macam taklimat. Ntah! Atau semua sekali? Pelajar baru kita bagi maklumat tentang macam mana nak hidup kat sini, mana nak cari makanan halal [makan juga dulu. haha!], mana nak minta tolong, kalau minta tolong jerit 'HELP!' bukan 'TOLONG!', mana nak buat insurans kereta, bil-bil perlu dibayar dan macam-macam lagi la. Aku tak ingat sangat. Aku sibuk keluar masuk. Test drive makanan kat luar. :P

Belacan!
Dah lama aku rasa Adelaide ni kecil. Mana-mana pergi orang tu juga aku jumpa. Sekarang dengan pertambahan pelajar Malaysia ke sini, aku rasa Adelaide makin mengecil. 20 minit aku duduk di Rundle Mall waktu aku tak tahu aku tunggu apa dan apa tunggu apa dan aku kejar apa dan apa kejar aku tadi, aku jumpa dan aku nampak Joe, Kucai, Asri, Farn, Haikal, Naz, Zati, Izy, Aie, Pulong, Anne, Ili, Apam, Alif, Fawwaz, Faris, Besut, Aizat, Pipi dan sangat ramai lagi entiti-entiti Malaysia yang tidak dikenali [baru, sebab tu aku tak kenal sangat]. Penuh!
Lebih mudah jumpa Melayu di sini, berbanding di Malaysia sendiri agaknya. Di mana di sana aku mudah berlanggar bahu dengan pendatang Bangla, Indonesia, Kemboja dan lain-lain negara jiran.


| Links to this post

Thursday, February 22, 2007

Soalan tu boleh juga berfungsi sebagai jawapan sebenarnya wei


Lima minit selepas satu ketika dalam tempoh kempen pemilihan presiden 1988 - ya, kalau kau ingat waktu tu Dan Quayle mencabar George Bush yang dulu, ayah kepada George Bush yang sekarang - sebuah stesyen tivi menjalankan undian [selain daripada menyiarkan akademi fantasia, tivi juga kadang-kadang ada buat undian atau pungutan suara apa] menyuruh rakyat banyak menelefon dan menjawab sebuah soalan: 'Adakah patut Dan Quayle menggunakan pengaruh famili untuk menyertai National Guard dan mengelak ke Vietnam?'

Mesti la makcik-makcik dan pakcik-pakcik tu telefon dan kata: Ey! Tak patut! Ada ke patut? Mana patut!

OK la. Sebab kau cerdik sekarang. Mesti la kau mengutarakan satu argumen, perkara itu tak terbukti lagi betul. Dan kalau kau lawyer, mesti kau familiar pasal soalan yang misleading ni. Tapi rakyat banyak waktu tu terima, tanpa mempersoalkan kebenaran dan secara gear automatiknya menerimanya bulat-bulat.

Kita semua sebenarnya sama macam rakyat banyak Amerika waktu tu. Kita selalu tanya soalan yang tak betul pada diri kita dan selalunya kita akan, secara gear automatiknya, menerima bulat-bulat.

Selalu-selalu kawan-kawan aku [baca: aku] tanya pada diri sendiri, 'kenapa aku malas?' Dan memang la tak tentu lagi mereka [baca: aku] malas. Tapi soalan tu akan diterima terus-terus dan jawapan yang diberi selalunya , 'tak best la jadi rajin', 'rajin tu tak best', dan sewaktu dengannya.

Boleh je mereka [baca: aku] tanya soalan yang lebih bertenaga dan ranggi. Dan melead fikiran ke jalan yang dikehendaki. Seperti, 'macam mana aku nak jadi rajin?' atau 'apa faedah kalau aku rajin?' Dan pastinya soalan ini lebih menguntungkan aku.

Sekarang. Berhati-hati la bila kau [baca: aku] menanya soalan kepada diri sendiri. Memislead diri sendiri bukanlah satu kegiatan yang boleh mencipta keranggian maksimum.


| Links to this post

Tuesday, February 20, 2007

Hahahahahari ni aku ponteng kerjahahahaha


Biasala kan. Demam periksa.


| Links to this post

Monday, February 19, 2007

Tiang gol


Kawan aku akan suruh aku tukar fokus, kalau dia tahu aku tengah cuak sekarang.

Katakanlah aku takut nak periksa. Dan aku asyik fikir aku takut. Kawan aku mesti - ada la seorang tu - akan kata, fikir apa yang kau nak, bukan fikirkan keadaan kau sekarang. Fikir yang kau bersedia, bukan fikir yang kau takut. Kau akan menuju ke fikiran dominan kau. InshaAllah.

Selamat ambil periksa kepada kawan-kawan yang ambil periksa.

p/s:
ada kata-kata galakan untuk orang yang ambil periksa [sekali lagi kepada manusia terlaknat, aku ampunkan dosa kau sebelum kau mula mengarut]?


| Links to this post

Friday, February 16, 2007

Hari ini kita kerja overtime!!!


Setelah beberapa hari mencuba, mulai hari ini, aku akan kemas kini laman ini. Pada setiap hari bekerja. Sabtu Ahad cuti. Hari bersantai. Tapi mungkin sesekali aku akan kemas kini sambil memakai bermuda dan sunglass. Mana tahu.

Aku rasa aku perlu emfasiskan perkara ini, pantakkan betul-betul dalam benak, dalam kepala, biar lekat. Sebab aku mempunyai tendensi untuk tidak menghabiskan sesuatu yang aku mulakan. Jadi, aku akan


| Links to this post

Thursday, February 15, 2007

Lagi lapan sen nak ke dua ringgit


Lima belas minit selepas pukul tujuh pagi sehari lalu, genaplah setahun aku tak balik Malaysia.

Soalan yang aku tanya pada sesiapa yang baru balik dari Malaysia: Malaysia macam mana? OK?

Aku rasa soalan tu makin lama makin penting. Makin lama makin relevan. Memerhati Malaysia dari luar bisa membuatkan sesiapa rasa risau. Dan rasa risau tu berbunga-berbunga, bercambah-cambah, menjalar melilit sesiapa yang memerhatikan dengan khusyuk.

Soalan aku untuk pembaca [dan penulis] yang bijak: Berasas atau tidak kerisauan aku?


| Links to this post

Tuesday, February 13, 2007

Pilihanraya yang satu ni takde siapa mahu boikot pulak ke?


Pencalonan untuk Pilihanraya GJ 2007/2008 telah bermula. Aku membelek-belek calon-calon presiden. Tiada yang asing, mereka kenal aku, aku kenal mereka, semua.

Dan beberapa orang daripada calon-calon boleh dikatakan agak rapat dengan aku. Teman berpillow talk sebelum aku bersungguh-sungguh nak masuk tidur [Adelaide 2.5 jam lebih terkehadapan berbanding Malaysia]. Teman mengumpat-ngumpat. Dan ada yang selalu bagi 'nasihat' kerjaya.

Persoalannya sekarang, siapa yang akan aku pilih? Yang menguntungkan aku sebagai ahli GJ? Dan yang mengambil aku sebagai kroni? :P

p/s:
Ada wakil luar negara?



| Links to this post

Monday, February 12, 2007

Ruang gelap tak tertakluk


Pada satu hari, aku diugut mengambil gambar foto rakan-rakan wanita yang suka diambil gambar foto mereka. Aku duduk secara majestiknya di atas sebuah kerusi kayu. Waku mengacu-acu wajah-wajah mereka untuk aku muatkan dalam ruang fokus kamera digital itu, aku mengundur-undurkan kerusi.

Sesuatu yang aku lupa perhati, jubin-jubin di bangunan lapangan terbang itu mempunyai rongga-rongga kosong, celah-celah antara dua jubin yang berjiran. Kaki kerusi tersangkut pada celah-celah, dan voila! aku jatuh...

Aku pernah jumpa buku-buku berbicara tentang apa aku patut lakukan dalam kebakaran, dalam lif yang terhempas, ketika jatuh dari gunung yang dilitupi salji atau berhadapan dengan harimau kumbang. Orang kata senario kes terburuk.

Aku rasa dalam hidup aku, ada la 2-3 kali aku akan hadapi senario kes terburuk macam tu. Tapi senario kes memalukan, banyak juga aku hadapi. Dan tak pernah aku jumpa buku tentang senario kes memalukan ditulis oleh bijak pandai dalam bidang kemaluan memalukan ini.

Kalau kau dalam situasi aku tadi, apa yang akan kau buat?


| Links to this post

Sunday, February 11, 2007

Datanglah beramai-ramai ke jualan mega mini market Ramli


Kalau dia minta duit, aku boleh faham. Kalau dia ugut aku, aku boleh faham.

Tapi yang aku tak faham, dia minta kopi dan gula. Dan dia bukan minta percuma, dia mahu beli. Hey dude, you have sugar and coffe that I can buy?

Soalan tu aku boleh faham kalau aku berada di mini market ayah aku, di mana aku menjual bagi pihak ayah aku, dan mamat tu membeli bagi pihak mak dia. Atau mungkin bini dia.

Dari jauh lagi, mamat tu dah macam ready-ready nak pau aku. Aku pun dah ready-ready nak kena pau.

Aku genggam penumbuk. Saiz ok. Checked!

Aku agak-agak tinggi mamat tu, tak la tinggi mana, paras bahu aku kot. Checked!

Dan aku ingat balik pesan aku pada seorang kawan, kau betul-betul berani, atau kau buat-buat je berani, they can't tell any difference! Checked!

Dia datang kat aku, melontarkan pertanyaan pelik. Cuma mamat tu tak terlalu bertertib. Checked!

Sebab penjahat bertatasusila macam yang disoal siasat oleh Ethan Hawke dalam MI:3 bagi aku lebih menakutkan. Kalau dalam suasana sebegitu dia mampu mengawal diri setenang air di kali, aku rasa kapabiliti dia tak patut aku persoalkan.

OK. Kegelabahan mamat tu satu advantage bagi aku. Dan aku? Aku buat bodoh, macam aku melayan Encik Zen sebelum ni. Muka aku tetap utuh, muka tebal berdinding simen.

You better don't f**king lie to me! You carry shopping bags, but you don't have coffee and sugar?

Ha? Kalau dia minta duit, aku boleh faham. Kalau dia ugut aku, aku boleh faham.


| Links to this post

Saturday, February 10, 2007

Makin ramai la manusia Melayu di bumi asing ni wei!


Baru

Pelajar baru mula tiba. Pelajar Petronas dan batch pertama pelajar JPA. Pelajar MARA bertolak dari KL malam ini. Sampai pagi esok. Tu aku kena jemput la tu!

Timur
Bumi Adelaide ni terlalu tersusun. Bergrid-grid petak-petak. Jalan lurus-lurus. Hala ke timur. Barat. Utara. Selatan. Memandu pagi-pagi dari airport ke city memang tak seronok. Arah timur. Pagi-pagi waktu matahari terbit. Silau!

Proses
Bagi sesiapa yang mempunyai anak, kenalan, abang, adik yang baru tiba ke bumi ini. Di sini aku perturunkan beberapa prosedur standard yang akan dijalankan terhadap mereka.

Proses: Tiba
Biasanya pelajar Malaysia tiba waktu pagi. Kami yang dah otai ni, akan datang menjemput. Kalau mereka dah mengisi borang untuk diambil pihak unibersiti, kami datang sekadar menunjuk muka. Nampak muka Melayu, kurang sikit cuak, kata seorang kawan aku.

Proses: Bawa
Kami akan hantar ke mana-mana destinasi yang patut. Pelajar Petronas tinggal di The Village [kediaman lama aku]. Pelajar lain biasanya memasang angan-angan untuk menyewa di luar. Dengan 40,000+ pelajar antarabangsa yang baru tiba, kita doakan angan-angan mereka cepat-cepat bertukar jadi kenyataan [kalau tak, lama lagilah diorang dok rumah aku. ha ha].

Proses: Makan tido
Jetlag. Itu normal. Kami bagi makan. Dan kami suruh mereka tidur. Di sini terserlah kesopanan mereka. Suruh makan, dia makan. Suruh tidur, dia tidur. Makan sopan. Selagi tak dipelawa duduk tak mahu duduk. Itu baru sampai, sopan santun, muka kudus-kudus belaka. Kalau dah lama, macam aku la kot, jadi jembalang!

Proses: Road tour
Hidup aku beberapa hari ini di jalanan. Pelajar-pelajar yang mula-mula sampai ni agak bertuah. Tak ramai lagi. Tumpuan lebih sikit la kot. Kami bawa mereka jalan dari rumah ke rumah. Dari Paradise, ke rumah aku yang besar dan mengkagumkan di Parkside, ke Ovingham. Rumah Broadview penghuninya keluar, mungkin lain kali.

Proses: Unibersiti
Kami lontarkan mereka ke unibersiti. Taklimat, seminar, brifing dan entah apa-apa lagi. Akan buat student card, yang berfungsi macam IC di sini. Tak bawa student card, kau boleh dituduh imigran yang illegal.

Proses: Bank
Buka akaun bank. Duit mereka banyak! Biasa la elaun dah naik ni. JPA menghantar duit ke BankSA, MARA hantar ke ANZ Bank [MARA tak kisah sangat, semua bank dia layan] dan Petronas ke Westpac. Aku suka BankSA sebab ada VISA Card. Aku juga ada akaun ANZ. Cet! Cerita pasal aku buat apa? Pasal pelajar baru la!

Proses: Cari rumah
Proses yang tidak aku lalui tahun lepas. Kami akan berusaha mencari rumah-rumah yang berhampiran unibersiti dan dekat dengan rumah-rumah pelajar-pelajar lain. Mudah! Dan daripada seorang pelajar baru, dia ada mendengar kawasan selatan, kawasan aku, ialah black area. Aku rasa pihak yang menabur fitnah tu dengki dengan rumah aku. Kawasan aku kawasan orang kaya. Ha ha.

Proses: Membeli membelah
Kami bawa jalan-jalan dalam city. Biasakan naik bas. Bawa ke CM [Central Market]. Beli sayur, beli ikan, beli ayam, beli daging, beli bawang, beli halia, beli asam jawa, beli garam, beli nata de coco, beli senduk, beli serbuk cili, beli santan dalam tin, beli kacang panjang, beli pisang yang dah turun harga, beli udang, beli rebung dalam tin yang tawar dan ya ya, aku lapar sekarang ni. :P
Kami tunjukkan kedai-kedai menjual daging halal. Roti mana yang boleh makan, mana nak dapat barang murah dan kedai makan mana yang halal.

Proses: Jalan-jalan cari pasal
Macam Myponga Trip tahun lepas. Tahun ni bakal berlangsung sekali lagi trip sebegini. Kami bawa jalan-jalan ke tempat-tempat yang boleh la dikatakan menarik. :P
Ke Myponga, ke Goolwa, ke Victor Harbor. Ramai-ramai, mesti seronok.

Proses: Lantak sama kau
Dah lama tu pandai-pandai la mereka hidup sendiri. Senang kot aku rasa nak hidup kat sini. Rilek je. Mungkin adaptabiliti aku yang tinggi. Agaknya.

Senioriti
Minggu Mesra Pelajar yang tak berapa mesra, yang suruh junior jogging-jogging, suruh junior hafal nama senior, marah-marah junior dan berlagak besar tidak wujud sama sekali di bumi asing ini. Senioriti, kalaupun wujud, amatlah kabur sekali. Bantu-membantu lebih dititikberatkan. Dan percayalah, kalau kau jadi pelajar baru, kau akan rasa sakit hati dengan pelajar otai. Kenapa la kau ni baik gila babi labu? Mungkin itu soalan yang akan kau lontarkan.


| Links to this post

Friday, February 09, 2007

Titik fokus kamera bertalipon bimbit itu sudah lari dan mungkin akan dibaiki


Kau masih di tepi kolam? Bagus!

Imajin kau berada di satu puncak bukit. Dan kau halakan kamera bertalipon bimbit kau ke sebuah kawasan pelupusan sampah yang boleh kau nampak daripada puncak bukit itu. Apa yang akan kawan kau rasa tentang pemandangan di situ bila kau tunjuk gambar itu?

Imajin kau berada di satu puncak bukit. Dan kau halakan kamera bertalipon bimbit kau ke sebuah taman botani yang boleh kau nampak daripada puncak bukit itu. Apa yang akan kawan kau rasa tentang pemandangan di situ bila kau tunjuk gambar itu?

Selalu-selalunya sangat sedikit benda-benda yang tentu. Dan selalu-selalunya apa yang kau rasa terhadap sesuatu, dan apa makna sesuatu pengalaman kepada kau, bergantung kepada fokus yang kau letakkan. Dan aku berkata tentang makna, bukan Magna. Ha ha.

Fokus biasanya bukan realiti sebenar sesuatu, ia hanya satu persepsi terhadap apa sebenarnya sesuatu. Persepsi memberi gambaran. Kawasan pelupusan sampah menunjukkan pemandangan di sana sangat kotor, bau busuk, jijik, keji, hina dina dan menyakitkan mata. Taman botani menggambarkan pemandangan yang cantik, bunga-bunga berkembang, membuai jiwa, jiwang karat dan harmoni.

Kalau kau ada satu miting perniagaan. Dan orang-yang-kau-miting-dengan datang lambat. Apa yang kau rasa kalau kau fikirkan yang orang-yang-kau-miting-dengan datang lambat sebab dia tak kisah, tak prihatin, tak berdisiplin? Kau akan rasa sangat tak best. Dan macam mana kalau kau rasa tak best gila tapi sebab sebenar orang-yang-kau-miting-dengan datang lambat ialah kerana bertungkus lumus mendapatkan deal yang lebih baik bagi perniagaan yang mahu dibawa kepada kau?

Mungkin kita tak patut untuk melompat ke kesimpulan terlalu cepat. Mungkin kita patut memilih apa fokus kita, berhati-hati.


| Links to this post

Monday, February 05, 2007

Terminal


Kat sana makan macam mana ek?

Ikut mulut juga la. Macam kat Malaysia. Tak berubah apa-apa pun.


| Links to this post

Friday, February 02, 2007

Pelan Kecemasan


Sori. Aku lambat. Dah lama kau tunggu kat tepi kolam ni?

Katakan kereta kau rosak. Dan kau sememangnya belum pernah bekerja di mana-mana woksyop. Dan tak pernah pula hati kau terbuka untuk enrol dalam kelas 'Membaiki Kereta for Dungus' atau 'Repair Kereta 101'. Jadi bagi kau [dan aku], membaiki kereta sama susahnya seperti cubaan membedah dan mentransplan organ dalaman seekor penguin.

Apa yang kau buat?

OK. Mungkin kau akan buka hood kereta, bukan kerana kau [dan aku] tahu membaiki kereta, tapi kerana memberitahu orang lain yang kereta kau tak mampu berfungsi dengan kapabiliti penuhnya. Dan sebagai ganti membaiki kereta, mungkin kau ada pelan lain. Talipon teksi, minta ayah / ibu / kakak/ pak mat menghantar kau ke destinasi atau berdoa supaya kau dikurniakan mesin teleport.

Ya, cara ini tak menangani punca masalah ini. Tapi memadai untuk kau menyelamatkan diri seketika daripada masalah kau.

Kalau kau menderita emosi, kau juga boleh cuba cara ini. Sebelum kau tahu yang emosi yang bukan-bukan [i.e malas, sedih, hiba bla bla] itu sebenarnya kawan, bukan musuh dan bagaimana cara kau nak berkawan dengan mereka. Sebelum kau tahu macam mana nak pusing kepala otak kau yang berjambul itu ke arah mana yang kau mahu, perlu untuk kau mencipta satu escapism sementara, di mana kau memanggil teksi tanpa membunuh punca masalah.

Pendek kata, kau perlu ada strategi untuk kau merasa bagus [feeling good], masyuk, syok, best etc.

Di sini aku perturunkan beberapa contoh:
1. Berzikir
2. Menonton rancangan humor
3. Menulis blog
4. Bernyanyi lagu cinta
5. Belok ke pantai, kemudian teriakku

Dalam ruangan komen, kongsikan cara-cara kau membikin hati kau gumbira setiap kali kau merasa tak best [aku tahu aku akan dapat jawapan-jawapan merapu via halo, via YM. sudah nasib aku berjumpa dengan manusia-manusia terlaknat].


| Links to this post

March 2007 January 2007 Home