Monday, January 29, 2007

Remote control


Catatan ini aku tulis ketika baru saja sampai ke [di?] rumah. Selepas menaiki bas 172 dan turun di stop 2 [semakin kecil nombornya, semakin dekat stop itu dengan city]. Selepas print dokumen di Union Resource Centre. Selepas membeli-belah di Woolies, Rundle Mall dengan perut yang kenyang. Selepas membatalkan hasrat mengambil kereta di Paradise [selepas membatalkan hasrat ke Budget Meat]. Selepas makan [bukan makan-makan] di Knoodle. Selepas tutorial. Dan selepas kuliah. Ketika aku merenung kipas yang berputar-putar. Macam roda.

--------------------------------------------------

Macam roda. Kadang-kadang hidup kita di atas. Kadang-kadang kita di bawah. Hidup tak selamanya di atas. Dan tak juga selamanya di bawah. OK. Sekarang. Kalau hidup kau di bawah apa yang kau nak buat? Adakah kau meratap hiba? Adakah kau menyalahkan takdir [langsung menyalahkan Yang Maha Agung]?

Metafora hidup kita di bawah bukan saja teraplikasi ketika kau dibuang kerja, kau gagal periksa atau mangkuk jamban kau pecah. Tapi juga, apabila seseorang buat kau marah dan apabila lampu merah terus-terus merah. Kalau orang buat kau marah, apa kau buat? Kau marah-marah? Teraplikasi juga ketika kau malas dan apabila kau bersedih. Apa yang kau buat dalam keadaan-keadaan macam tu?

--------------------------------------------------

Kawan aku, anak orang senang, baru beli komputer. Orang berduit, beli nak yang mahal. Tapi masalahnya kawan aku ni buta kayu. RAM tu apa pun dia tak tahu. Komputer dia? Tak boleh tahan! Branded. Processor, motherboard, graphic card, bla bla bla. Hebat. Tapi sayang. Dia bukan tahu apa pun. Nak baca manual pun dia malas. Aku dilanda perasaan ingin menghijack komputer tu.

--------------------------------------------------

Orang kata, otak manusia macam superkomputer. Lebih daripada superkomputer malah. Dan kita juga makhluk yang dimuliakan Tuhan kerna kita ada akal. Lebih mulia berbanding haiwan ternak [metafora yang banyak digunakan dalam kalam suci Al-Quran, siap ada sebuah surah dinamakan begitu].

Tapi apa mulianya kita, kalau bila orang buat kita marah, kita naik angin. Kalau lapar, kita makan [melebihi keperluan]. Kalau malas, kita layan malas. Kalau sedih, kita bersedih melampau-lampau?

OK. Mungkin macam komputer, kalkulator, mesin basuh, _____________ [tuliskan gajet kegemaran kau] yang berkuasa tinggi, cuma kita yang tak pernah tahu dan tak pernah mahu cari manualnya. Kita yang tak pernah menggunakan otak yang dianugerahkan dengan kapabiliti penuh, agaknya.

Macam mana kalau kita boleh tukarkan rasa pedih hiba kepada rasa riang girang gumbira macam menukar satu channel ke channel lain di tv?

Selalu-selalu aku rasa malas. Kadang-kadang aku rasa down. Dan bila aku yang happy-go-lucky merry-go-round ini down, memanglah down under ya amat. Apabila rasa-rasa macam ni datang, apa yang aku buat tak lebih hanyalah melayan perasaan. Jarang-jarang aku directkan apa yang aku nak rasa. Jarang-jarang aku tukar channel ke siaran rancangan yang lebih bagus. Tukarkan malas ke rajin. Down ke up.

Mode auto-pilot itu lebih mudah. Dan aku rasa aku tak keseorangan. By default, kita memang begitu. Dan bila aku discover sesuatu tentang NLP, aku rasa otak kita yang sebesar dua genggam agaknya ni, boleh - malah sepatutnya - dikawal oleh kita. Bukan kita biar dia berjalan, berkeliaran dalam mode auto pilot. Macam haiwan ternak.

Dan kalau kau mahu, aku nak ajak kau duduk sebelah aku. Kat tepi kolam ni. Sambil-sambil tu kita sembang-sembang. Sambil jana minda. Macam mana kita nak menala dan mengawal cara otak kita berfikir macam kita tala dan kawal peti tv kita.


| Links to this post

Saturday, January 27, 2007

Iklan ini tidak pernah dibayar siarannya


Ini satu sidang media. Aku pada mulanya ingin membuat satu kejutan untuk kau - pembaca laman ini. Ingin sekali aku memakaikan baju cantik-cantik dan menyapu kosmetik tampak-seperti-natural pada laman ini. Sebab itu dalam diam-diam, aku suntik ubat tidur pada laman ini. Supaya bila ia bangun, selain kau, ia juga akan sendiri terkejut.

Namun kerana kesibukan [kemalasan] dan kejahilan teramat, aku mengumumkan segala usaha menjana template baru, aku hentikan berkuatkuasa serta merta. Sementara itu, kau teruskanlah berpuas hati dengan rupa paras laman ini. Ketahuilah, kecantikan dalaman itu lebih penting dan berharga.


| Links to this post

Monday, January 22, 2007

Ikhlas...


..tapi jaaaaaauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh

-VE
la la la la la
-book


| Links to this post

Bloggers United v.2



This is the official statement of Bloggers United. This statement is jointly drafted by Susan Loone and Sheih of Kickdefella. All those who believe in justice and right to free speech, please sign on and put this up in your blogs. Spread it around; let it grow far and wide. The fight is on! See also Susan Loone.

BLOGGERS UNITED CONDEMN ACTION AGAINST ROCKY & JEFF & DEMAND LEVEL PLAYING FIELD in ALL ACTION AGAINST BLOGGERS

We, Malaysian bloggers, we, who believe in justice and right to free speech, we, who endorse the Bloggers United movement, unanimously condemn the action taken by media conglomerate NST against bloggers Rocky Bru and Jeff Ooi. The action by the newspaper against the duo is an action against all bloggers who believe in their right to free speech, freedom of expression and justice.

The recent event may seem like a grave development in the path of bloggers, but it can never and must never impede or stop us from defending our right to speak, to express, to write and to tell the truth, to be the watchdog, eyes and ears of the people, or simply to share our view, and give fair comment on any subject which involves and affects us as humans, as rightful citizens of this country.

The recent event may very well give the government owned media the opportunity to dictate the so-called ‘truth” but such actions only prove that bloggers must unite, continue to uphold the right to free speech and freedom of expression, fight for justice, even if it is not our own, be more alert, committed to the cause of free speech, relentless and persistence in the face of such persecution like the one which had befallen on the two of us.


What YOU do to any of US, is what YOU do to ALL.


As responsible bloggers, we demand and claim our space on the blogosphere for free and fair comment, where important national issues and prominent personalities are discussed.

Although it may seem as if the NSTP defamation suits will have a chilling effect on freedom of bloggers, as litigation can be expensive and may jeorpadise a blogger’s economic position, we will not be cowed or silenced by those who have no regard for free speech.


If you find our post offensive, you may refute us with correct facts and figures and fair comment, in the spirit of free speech.


The first two cases will have grave impact not only on the internet, but country as a whole as the country celebrates VMY2007. The healthy, mature and democratic growth for free speech and expression in our midst is at stake. The reputation of the nation as it strives to promote our multimedia supercorridor and love for IT will be a national joke for all the world to feast on.


We demand for a level playing field in all action meted out to bloggers and in particular in the defamation proceedings particularly in terms of financial resources and capabilities, and secondly, that the legal rights of bloggers et al are properly protected in keeping with the imperatives of an information society and knowledge economy which Malaysia aspires to become.

For further information, please contact blogger susan loone at susanloone@gmail.com and sheih at kickdefella@yahoo.com.

----------------------------------------

Ok. Mungkin kau tak faham. Dan aku pun malas nak deskribekan kat sini. Kau boleh klik mana-mana link kat bawah ni. Dan dari sana, kau boleh lompat-lompat ke laman-laman lain. Catatan-catatan lain. Dan kalau kau jumpa aku, jangan tanya lagi pasal ni. Baca dulu. Baru kita boleh berdiskusi.

p/s:
Setakat catatan ini ditulis, masih belum kelihatan atau kedengaran apa-apa daripada orang-orang kuat Geju dan 'kawan-kawan yang kita suka'.

Melawat Lawatan
Bloggers United Official Site
Say NO to NSTP

Marina Mahathir's Bloggers Fight Back
A. Kadir Jasin's Blogger Lawan NSTP
Datuk Ruhanie Ahmad's Undang-undang Konvensional Lawan Undang-undang Siber

BusinessWeek's Malaysia Newspaper sues Two Bloggers

International Herald Tribune's Malaysia's Pro-Government Newspaper sues Two Bloggers for Defamation
Malaysiakini's Defamation Suit will Embolden Bloggers Even More


| Links to this post

Saturday, January 20, 2007

Sukan [ya aku tahu tajuk ni cam bodoh]


Beberapa tahun sudah, aku membaca sebuah majalah komik yang aku suka. Yang di dalamnya tidak terkandung lawak super-bodoh. Tidak terkandung lawak berulang-ulang. Tetapi terkandung cerita satira politik atau catatan parodi kehidupan. Majalah gila yang tidak gila.

Teringat aku pada satu ruangan yang diberi nama lebih kurang 'Tips Bola Sepak'. Antara lain disebut dalam ruangan itu ialah:
Turunkan pemain-pemain dari kalangan orang-orang tua, orang-orang cacat dan kanak-kanak. Jadi, pemain lawan pun segan nak menang banyak-banyak. Kalau menang, mereka segan nak sorak kuat-kuat sangat.

Sekarang kau bayangkan sebuah tim bola sepak handalan seperti _________ [isi tim kegemaran kau]. Bersiap beriya. Berlatih beriya. Beriya segalanya. Tapi bila tiba hari perlawanan, lawannya tim bola sepak rumah orang tua seri kenangan. Lain sungguh daripada ekspektasi mereka. Keputusan menghantar pasukan orang tua tu sendiri dah mengubah hala tuju permainan tu.

Dan beberapa tahun sudah juga, aku baca sebuah ruangan sukan. Memperihalkan perlawanan badminton antara pemain Malaysia dan Indonesia. Untuk kejohanan All England kalau tak silap aku. Pemain Indonesia dikatakan tidak all out. Bermain ala kadar. Menyembunyikan kekuatan sebenar mereka. Supaya pemain lawan tidak mampu membaca pergerakan, merungkai strategi dan mengagak taktik. Sebagai persiapan untuk merebut Piala Thomas.

entah:
1. Orang yang belum mengundi boleh diundi ke?
2. Takziah diucapkan kepada sesiapa yang kontraknya telah dibatalkan.
3. Kirim salam kepada pemimpin kau yang mencari Ghazali dan Shafie itu.


| Links to this post

Friday, January 19, 2007

Panggilan Kecemasan


[Tengok, bila aku beri makna yang baik. Dengan izin Allah, semuanya jadi baik]

Rasa-rasanya semua orang keliling-keliling aku tahu. Interaksi dan komunikasi sesama manusia tu sangat penting bagi aku. Dan aku suka berkawan-kawan dengan sesiapa. Dan aku suka berbual dengan sesiapa saja.

Sebab: [Knowledge-wise]. Macam juga aku baca blog orang. Tak semua perkara aku boleh alami. Maka sebagai ganti mengalami sesuatu perkara, aku berbicara dengan orang yang berpengalaman. Dan tak semua perkara aku tahu. Maka sebagai ganti aku berbicara dengan orang yang tahu. Dan tak semua perkara aku nampak hujung pangkal, kiri kanannya. Maka sebagai ganti aku berbicara [dan bertelagah secara sihat] dengan orang yang berlainan pandangan. Atau kadang-kadang, aku tahu tentang sesuatu perkara, tetapi berbicara sendirian amat membosankan. Maka sebagai ganti aku berbicara dengan sesiapa saja [wise-wise yang lain malas aku nak cerita. panjang].

Catatan seterusnya dijana oleh perbualan aku dengan Dr. Zaki. Ketika menghantar van ke bengkel tadi. Dalam sebuah MPV. Saat cuaca di Adelaide seperti mahu hujan tapi malu-malu [hujan juga lepas tu]. Catatan ini ditulis lekas-lekas. Saat perut kelaparan. Ha ha.

Sewaktu kecoh-kecoh tentang isu filem Gubra. Ada kenalan aku. Memberi satu premis. Dan perbincangan kami kemudiaannya bertitik tolak dari premis itu.

Katanya: golongan yang berpendidikan Islam dan berkesedaran Islam terlalu takut mahu terlibat dengan dunia seni hiburan [yang pada mereka kotor]. Dan kerna itu, tinggallah orang yang gitu-gitu terlibat dalam dunia hiburan. Dan memang seni bentuk-bentuk sebegitulah yang akan lahir.

Itu satu.

Rancangan-rancangan berunsurkan Islam [dalam VCD, TV] terlalu tipikal. Terlalu jumud. Bukan tidak ada program-program seperti ini. Cuma, bagi kami, terlalu ideal. Kita ambil contoh filem Syukur 21. Gambaran itu rasanya terlalu ideal. Dan masyarakat banyak rasa terlalu susah mahu mencontohi keadaan itu. Kami rasa perlunya program sebegini lebih terbuka. Lebih realistik. Lebih fun. Lebih human. Lebih mudah dicontohi. Supaya masyarakat banyak rasa dekat dengan contoh-contoh atau role model yang ditonjolkan.

Takkan selamanya program Islamik perlu orang berkopiah, bersongkok bagai? Dan skema. Dan tipikal. Dan jumud? Aku sendiri tak tengok. Ha ha.

Cuba buat satu rancangan kanak-kanak. Macam Sesame Street. Konsep yang santai. Dan fun. Dan hip. Tapi masih dalam kerangka yang betul. Takkan takde orang kita yang kreatif? Yang boleh membikin program sebegini?

Atau kita bina watak baru. Satu karakter [atau hero] yang boleh kita jadikan contoh. Yang terasa lebih dekat dengan masyarakat banyak. Kita tonjolkan karakteristik watak ini seperti cara pergaulan dengan ibu bapa, kawan-kawan, cara dia bekerja yang boleh dicontohi. Yang boleh beri impak pada masyarakat banyak.

Itu dua.

Yang satu itu masalahnya. Tapi kita tak boleh menyalahkan membabi buta. Tanpa menyediakan alternatif. Yang dua itulah alternatifnya.

[Bila bercakap soal alternatif, aku tak merujuk pada nasyid yang terlalu hip sampai hilang identiti. Aku tak merujuk pada nasyid yang leleh-leleh, jiwang-jiwang. Aku tak merujuk pada nasyid yang bak kata Dr. Zaki 'mengkopiahkan penyanyi'. Don't try too much la to be hip. Nasyid pop progresif? WTF?]

Kalau dalam bidang sastera, kita ada Faisal Tehrani. Kita ada Nisah Haron. Kita ada Zaid Akhtar. Kita ada bukhariramli. Kita perlu ada orang seperti mereka dalam industri hiburan pula.

Ada sesiapa mahu menyertai bandwagon ini?


| Links to this post

Masalah yang kita pakaikan baju dan sapukan kosmetik tebal-tebal


Ya! Aku kembali. Tapi buku-buku yang aku baca masih lagi menjadi racun dalam kepala otak aku. Membunuh idea-idea aku. Macam sampah. Mengganggu kelancaran 'sungai' ilham aku. Aku tulis tentang persamaan dan perbezaan Mitsubishi Eclipse dan Chrysler-Plymouth Laser [dan bagaimana kepercayaan tipu-tipuan mempengaruhi jualan kereta-kereta ini]. Mahu catat tentang abiliti manusia menukar emosi - macam menukar siaran tivi - dengan suis-suis dan tombol-tombol yang tidak kita ketahui akan eksistensinya.

Tapi aku tak mampu. Aku tulis sikit. Aku berhenti. Aku tulis sikit. Aku berhenti. Serabut. Baca buku banyak memang mendatangkan masalah. Tak tak. Itu bukan masalah. Sebenarnya masalah tu akan jadi masalah, kalau aku memang nak dia jadi masalah. Masalahnya sekarang: aku.

Kalau aku terus-terus jadikan itu alasan, maka sampai bila-bila aku takkan tulis apa-apa. Sekarang aku teringat. Sebuah ungkapan. Setiap sesuatu yang wujud, tidak bermakna melainkan makna yang kau dan aku berikan terhadapnya. Sesuatu yang datang dan pergi dalam kehidupan aku dan kau sehari-hari menjadi negatif atau positif atau neutral bergantung kepada nilai yang kita berikan.

Macam Mawi. Mawi itu tetap Mawi yang sama macam dulu. Dua lubang hidung, dua mata, dua kaki, dua tangan, ___________ [sambung lagi dengan anggota badan kesukaan kau]. Tapi Mawi itu tiba-tiba menjadi sangat-sangat terkenal dan bermakna kerna rakyat Malaysia sepakat memberi makna itu. Dan kalau tiba-tiba kita bersama-sama menarik makna itu. Nescaya, Mawi akan kembali kepada state Mawi pra Akademi Fantasia.

Dan sekarang, aku memberi makna yang kurang tepat untuk keadaan aku. Dan makna-makna yang kita asosiasikan dengan sesuatu keadaan akan jadi makin kuat, apabila semakin selalu kita fikirkan begitu. Analoginya begini. Kau pergi gim. Dan kau bersenam. Dan otot bisep kau makin me ---- hurm --- membesar? ya, membesar! Hal yang sama berlaku kepada sistem neurologi kau. Makin selalu kau fikir macam tu, intensiti makna-makna itu makin kuat jugalah [mungkin ini kita boleh namakan senaman otak].

Dan - ini bukan analogi lagi- memang sesuatu region dalam otak kau dan aku mengembang dan membesar macam otot bisep juga. Michael Merzenich dari University of California telah memetakan bahagian otak seekor monyet yang diaktifkan dengan menyentuh jari monyet tu. Si Merzenich ni tadi melatih monyet tu supaya menggunakan jari tu untuk mendapatkan makanan [ye la. nama pun monyet. makan je la dia tau]. Selepas beberapa ketika, dia tengok bahagian otak yang terlibat mengembang 600%! Dan monyet tu terus menggunakan jari tu walaupun dia tak lagi diberi makan dengan cara tu. Sebab: neural pathway telah dibina.

Konklusi:
1. Makna hadir kalau kau bagi makna. Nak makna baik, berfikir la dengan baik. Dengan positif. Orang kata, kata-kata itu macam doa. Kalau kata-kata kau berunsur kecelakaan macam mana kau nak harap benda baik? What you think [and say] is what you get.
2. Macam otot bisep kau. Latih diri kau supaya berfikir benda-benda baik. Supaya buku-buku yang banyak tak lagi mendatangkan masalah kepada kau.
3. Bacakan 2 konklusi di atas kepada aku. Ambil giliran. Berturut-turut. Nescaya region otak aku yang terlibat akan mebesar. Agaknya. Ha ha.
4. Aku rasa aku nak bukukan koleksi tulisan sekerat aku. Sesiapa mahu tempah?


| Links to this post

Thursday, January 18, 2007

Bloggers United



Adakah ini masa depan blog di Malaysia? Lepas ni kita cerita pasal artis 24 jam. Kata Pakdi.

Jeff Ooi dan Ahirudin Attan di saman New Straits Times Press (Malaysia) Berhad dan konco-konco.

Eh! Tapi artis pun saman orang jugak apa. Pakdi membangkang ayat sendiri.


| Links to this post

Wednesday, January 17, 2007

Fragmen Kicau Burung


Kadang-kadang kite tak tahu. Apa silap kite. Mana silap kite. Mungkin kite ada silap mana-mana. Malah sangat-sangat pasti, mesti ada silap kite. Cuma mungkin kite tak sedar.

Selalu-selalu kite tak faham. Tak faham apa yang patut kite buat. Apa yang kite perlu buat. Apa yang kite mesti buat. Rasa-rasa macam kite dah buat apa yang betul. Dah buat apa yang terbaik untuk kita. Tapi tu la. Macam tadi. Mungkin kite silap. Dan kite masih tak tahu di mana silap.

Selalu-selalu kite nak semuanya berjalan lancar. Macam apa yang kite nak. Macam apa yang kite selalu mintak. Yang terbaik untuk kita. Tapi mungkin sebab silap yang entah di mana tu. Jadi semuanya jauh sayup-sayup. Kadang-kadang nampak. Kadang-kadang kelam. Kadang-kadang tak nampak. Kadang-kadang macam mustahil.

Kadang-kadang rasa macam mati akal. Tapi belum putus asa. Sinar harapan ada. Cuma mungkin terlalu jauh. Luar kawasan liputan. Jauh. Mungkin tak nampak. Mungkin tak sedar. Mungkin sedar. Mungkin nampak. Tapi sebab jauh, amplitudnya berkurang dan berkurang dalam perjalanan. Sedikit-sedikit hilang semasa radiasi.

Moga-moga.


| Links to this post

Friday, January 12, 2007

Bersedia dengan telefon bimbit anda dan ini bukannya rancangan kuiz 'sementara menunggu siaran tivi bermula'


Encik Rahmat pernah membuat ekspedisi. Mencari punca sebuah sungai. Setelah melakukan sedikit pendakian, Encik Rahmat terjumpa satu kawasan - agak-agak sebesar sebuah dewan sekolah luar bandar - di situ ada mata air, di sini ada mata air, di sana ada mata air. Dan mata air yang sedikit-sedikit tetapi banyak ini menjadi punca air sungai yang mengalir itu.

Apabila kita membuang sampah ke dalam sungai [di mana sungai sekarang tidak ubah seperti parit besar darjatnya], air sungai akan membawa segala sampah sarah ini terus ke muara sungai. Dan sungai secara taat dan patuhnya akan memuntahkan segala isi perutnya ke laut. Dan apabila kapasiti sampah yang kita buang ke dalam sungai melebihi kapabiliti sungai untuk mengangkutnya, perjalanan air sungai mungkin akan tersangkut dimana-mana.

Kebuntuan penulis [writers' block] bagi aku terjadi kerana dua perkara. Yang pertama kerana memang tiada apa yang terlintas untuk ditulis [kategori penulis kering idea] macam sungai yang tiada punca air.

Yang kedua kerana terlalu banyak idea yang bercambah, bersimpang-siur membentuk jaringan dan siratan ilham yang tak mungkin lagi dapat difahami sebelum dirungkai. Idea-idea bermacam bentuk seperti sampah sarap yang meng'clog' sungai pemikiran penulis. Cuma tidaklah aku samakan idea itu seperti sampah. Mungkin ada idea semacam sampah bertahap picisan. Dan kalau kau terasa terlalu tak selesa untuk memetaforakan idea kepada sampah, kau tukarkan sampah itu kepada sesuatu yang lebih natural. Mungkin batu-batu besar. Mungkin dahan pokok tumbang. Mungkin daun-daun luruh yang merosakkan kelancaran perjalan sungai tadi.

Seorang penulis wanita lebih sedikit daripada suku abad yang juga seorang pengacara, pernah memberitahu aku, apa yang masuk, itu yang keluar. Apa yang kita baca, lebih kurang itu jugalah yang kita tulis. Betul atau tidak kata-kata penulis merangkap pengacara itu aku tidak pasti. Yang aku tahu, sekarang ada lima buku yang sedang aku baca. Dan aku rasa kelima-lima buku itu berfungsi sebagai batu, sebagai dahan kayu dan sebagai daun-daun luruh - kalaupun bukan sampah - dalam kepala aku sekarang.

Itu sebabnya aku lambat-lambat mengemaskini blog aku [binjai kata aku lama menghilang]. Bukan itu saja. Banyak lagi aku kena buat. Aku perlu belajar, aku perlu masak, aku perlu pegi miting, aku perlu mengalihkan duri di tengah jalan [dan selama ini kau fikir aku duduk menganga berhoye-hoye kat negara kanggaroo ni!].

Hadiah misteri untuk catatan ini:
Bagi pengguna Celcom, aku akan perturunkan kod caj semula bernilai RM30. Siapa cepat dia dapat. Dan kalau kau dah dapat, maklumkan di sini. Supaya aku tahu ke mana halanya duit aku tu [dan supaya pembaca lain tak tuduh aku bagi kod tipu. ha ha].
9672 6614 8786 5275


| Links to this post

Sunday, January 07, 2007

50 posts to Merdeka


Dimulakan oleh Nizam Bashir [pos ke-50]. Diikuti pos ke-49. Pos ke-48. Pos ke-47. Sekarang sedang menunggu Marina Mahathir untuk pos ke-34.

Kita tunggu rantaian pos blogathon ini berterusan. Sampai ke hari Merdeka. Sampai ke pos nombor satu.

Mulakan pembacaan kau di sini.

soalan kerja rumah:
akan adakah 'kawan-kawan yang kita suka' ditag untuk turut serta?
mahu lihat baton ini dapat dirasa paling tidak seorang daripada setiap kelompok. kelompok kecil blogger yang membentuk komuniti blog yang besar di malaysia [ya, malaysia. bukan malaya].


| Links to this post

Thursday, January 04, 2007

Keluar Barisan


Ada sesiapa nampak huruf-huruf, tulisan-tulisan dalam Masuk Barisan macam terabur-terabur? Huruf-huruf, tulisan-tulisan jarak-jarak tak menentu. Macam disalin dan tampal terus daripada fail dokumen Microsoft Word. Ada?

It must be just me then...


| Links to this post

February 2007 December 2006 Home