Sunday, December 31, 2006
Tuesday, December 26, 2006
[medley] Terbalik | Boxing Day | Lagu Raya
Salmonella membayangkan yang bukan-bukan. Membayangkan lakinya keluar berhuha-huha. Berfoya-foya. Dengan betina mana-mana. Bersuka-suka. Menggatal-gatal. Di pusat karaoke. Di kelab-kelab berhampiran anda. Dan perlakuan ini macam kad jemputan untuk rumah terbuka depresi. Depresi datang berduyun-duyun ke pintu hati Salmonella, bersegera memenuhkan rongga-rongga hatinya yang lopong dan depresi tanpa segan menjemput dendam datang sama memakan sisa-sia kebahagiaan di dalam hati Salmonella [pandaipun aku bina ayat panjang].
Bila lakinya balik. Salmonella menunggunya dengan rasa depres dan dendam. Salmonella marah-marah lakinya. Salmonella berperangai bukan-bukan. Tak mahu lagi jaga makan pakai lakinya. Lakinya lelaki sial. Lakinya musuh nombor satu. Lakinya tak sayang dia. Belia benci laki. Lakinya itu. Lakinya ini. Dan itu juga Salmonella dapat. Lakinya tak tahan. Lalu lakinya keluar berhuha-huha. Berfoya-foya. Dengan betina mana-mana. Bersuka-suka. Menggatal-gatal. Di pusat karaoke. Di kelab-kelab berhampiran anda.
Bertemu dengan ahli psikoterapi, Salmonella rasa masalah ini boleh diselesaikan. Salmonella perlu seseorang untuk membantunya menyusun kembali kepingan-kepingan fikiran dalam kepala [aku rasa ahli psikoterapi adalah satu pekerjaan di mana kau akan dibayar lebih untuk kegagalan kau. kau gagal. klien datang lagi. klien bayar lagi. kau gagal. klien datang lagi. klien bayar lagi. kau gagal. klien datang lagi. klien bayar lagi. kau gagal. klien datang lagi. klien bayar lagi. kau gagal. klien datang lagi. klien bayar lagi. kau gagal. klien datang lagi. klien bayar lagi. bila kau berjaya betulkan kepala otak klien kau. klien kau tak datang lagi. klien kau tak bayar lagi. aku bercita-cita menjadi ahli psikoterapi yang tak kompeten].
[sesi terapi]
Macam mana kau tahu untuk membayangkan bukan-bukan? bla bla bla. Kenapa kau fikir terbalik? bla bla bla. Kalau kau nak bahagia kau minta la bahagia. bla bla bla. Yang kau fikir depres apahal. bla bla bla. Boleh ke kau pergi kedai basikal, mintak rim basikal dan expect tuan kedai bagi kau pam tayar? bla bla bla.
[/sesi terapi]
Salmonella membayang-bayang lagi. Kali ini dia meletakkan dirinya dalam bayangan itu. Lakinya keluar berhuha-huha. Berfoya-foya. Bersuka-suka. Menggatal-gatal. Di pusat karaoke. Di kelab-kelab berhampiran anda. Dengan Salmonella sendiri. Bukan perempuan lain. Salmonella menjemput kebahagiaan datang bertandang dalam hatinya sendiri.
Dan bila lakinya balik. Salmonella menunggu dengan hati girang. Salmonella tak lagi marah-marah. Lakinya lelaki romantis. Lakinya baik. Lakinya sayang bini. Lakinya itu. Lakinya ini. Dan itu juga yang Salmonella dapat.

----------------------------------------
Bila lepas Krismas, ada Boxing Day. Mula-mula aku takut nak keluar rumah. Takut ditinju tanpa usul periksa. Sekarang ni yang aku tahu, hari ni boleh shopping puas-puas. Gedung-gedung kapitalis mula dibuka pukul 12 tengah malam. Langsung terus ke pagi. Dan seperti biasa, kalau shopping itu bermain bola, akulah manusia kaki bangku. Betapa tidak berbakatnya aku.
Mat-mat dan minah-minah saleh shopping tak seghairah masyarakat Asia. Yang penuh di gedung-gedung kapitalis tu orang Malaya, Indonesia, orang negara-negara Indo China, orang China, orang India dan lain-lain negara dunia ketiga.
Macam biasa, klik kanan, Save Target/Link
Bila lepas Krismas, ada Boxing Day. Mula-mula aku takut nak keluar rumah. Takut ditinju tanpa usul periksa. Sekarang ni yang aku tahu, hari ni boleh shopping puas-puas. Gedung-gedung kapitalis mula dibuka pukul 12 tengah malam. Langsung terus ke pagi. Dan seperti biasa, kalau shopping itu bermain bola, akulah manusia kaki bangku. Betapa tidak berbakatnya aku.Mat-mat dan minah-minah saleh shopping tak seghairah masyarakat Asia. Yang penuh di gedung-gedung kapitalis tu orang Malaya, Indonesia, orang negara-negara Indo China, orang China, orang India dan lain-lain negara dunia ketiga.
----------------------------------------
Kalau hari raya Aidilfitri, sekarang ini jenuh agaknya saraf auditori kau mendengar lagu raya. Hakikatnya, hari raya Aidiladha memang takde lagu. Aku - seperti seorang superhero yang menghiasai kotak-kotak bijirin sarapan kau - sentiasa sedia menyelesaikan masalah kau. Hasil afiliasi aku dengan yasirtamizi, aku dianugerahkan sebuah lagu medley [ha ha. baru aku perasan. entri medley. lagu pun medley] khas untuk hari raya haji ini.
Sebuah lagu Raihan yang kau biasa dengar [kalaulah kau dengar], sebuah lagi lagu tak pernah dirilis, Mirwana buat khas untuk Hari Raya Haji hari tu. Dimedleykan oleh yasirtamizi. Dan aku telah dilantik untuk menyebar-nyebarkan lagu ini. Silalah. Boleh kau pasang di rumah terbuka raya haji nanti.

Raihan & Mirwana - Medley Jalan Menuju Allah & Guest of Allah
dibukukan oleh BooK pada 7:34 PM | Links to this post
Saturday, December 23, 2006
Jatuh terlingkup
Ssshhh!
Cuba kau diam.
Kau dengar tu? Kesunyian malam menusuk-nusuk telinga aku. Bereflek-reflek, bergema-gema dalam ruang kepala aku.
[Macam sengaja pula entri pendek dua berderet-deret. Ini kebetulan namanya dude!]

dibukukan oleh BooK pada 2:39 AM | Links to this post
Friday, December 22, 2006
Tuesday, December 19, 2006
Kami bosan lalu mencabar kunyah sebanyak mungkin sekaligus

Kebosanan yang amat menghantar kad jemputan ke Stella Creek. Kami akur dengan kebosanan yang amat itu. Peta yang kau tonton tu betul bagi tempat mula [The Village] dan tempat tamat [Stella Creek]. Tapi tipu-tipuan bagi laluan perjalanan.
[Van kami semput-semput. Laluan yang terhampir pastinya menuntut kuasa yang lebih untuk memanjat Adelaide Hills. Laluan yang terhampir pastinya laluan mendaki. Laluan perjalanan terpaksa dipanjangkan supaya laluan kami tidak terlalu mendaki. Berdasarkan teori fizik, kurang mendaki kuranglah kuasa yang diperlukan kuranglah petrol yang digunakan. Dan mengikut teori ekonomi, semakin kuranglah perbelanjaan kami. Jadi kalau kau ada kereta yang berkuasa, peta itu kau boleh jadikan panduan untuk laluan terdekat - tapi peta tu tipu. aku tahu laluan lagi dekat - untuk kau ke sana]
Terima kasih kerna masih stay tuned. Ha ha.
Apa ada di Stella Creek?
Ada ladang ceri. Dalam perjalanan ke mari, banyak ladang ceri. Tapi ladang ini menarik hati. Tiada apa sangat boleh kau buat. Melainkan memetik ceri. Dan makan ceri yang kau petik. Lupakan tentang varieti ceri. Stella. Lambert. Compact stella. Ha ha. Kau makan je. Kalau kau rasa sedap, kau petik lebih. Dark cherry -ceri yang gelap biasanya lebih manis.
Aku pernah ke ladang ni sebelum ni. Konon nak minta kerja petik ceri. Boleh kumpul duit buat balik Malaya balik hari. Kemalasan mengatasi segalanya. Panas bukan main. Nasib baik tadi pergi temperature ala-ala 25 degree. Kalau tak, mesti peluh mencurah-curah ke ladang gandumRekod mengunyah ceri terbanyak disandang oleh Wok [12 ceri Compact Stella]. Diikuti aku [11 ceri Compact Stella]. Kebosanan kami kemudiannya terisi dengan cerita-cerita politik Malaya [dan selama ini kau fikir kami lupa daratan]. Macam-macam cerita. Apa yang boleh aku buat? Menyumpah dalam hati je. Dah tu? Nak buat apa? Nak suruh aku tubuh satu company beli company lebuhraya tu? Nak suruh aku tubuh satu company minyak? Nak suruh aku hadkan pembinaan bangunan kepada tiga tingkat supaya tiada tingkat empat? Ha ha.
Sekian laporan aku. Ada kawan-kawan minta. Tulis la pengalaman kau kat tempat orang. Boleh kami baca. Kami terlalu miskin untuk melancong.
Pengalaman macam ni ke kau nak aku tulis ha?

dibukukan oleh BooK pada 11:06 PM | Links to this post
Tersirat di hati
Setelah puas menengking-nengking. Marah-marah. Dan mengacah-ngacah penumbuk. Encik Zen cuba mengekalkan tahap kemarahan di atas paras memuaskan. Cuba mengekalkan rasa sakit hatinya di atas paras memuaskan. Dan terus-terusan beliau akan berada dalam keadaan begitu. Dalam keadaan sakit hati. Dalam keadaan marah-marah. Dalam keadaan menyumpah-nyumpah. Dia akan cuba menghindari kebahagiaan dan kelapangan hati. Kebahagiaan yang beliau kecapi beberapa detik sebelum beliau marah-marah, akan dicampak sejauh mungkin. Untuk dua hari sudah memadai barangkali.
Untuk dua hari. Setiap detik beliau akan ternak sakit hati beliau sebaik mungkin. Mula-mula dua ekor ayam. Sepasang. Kemudian ayam membiak. Jual telur ayam. Jual ayam. Boleh beli kambing. Kambing membiak. Jual kambing. Boleh beli lembu. Dan terus-terusan ternakan beliau membiak dan berkembang.
Supaya beliau boleh bingkaikan ego beliau. Supaya beliau boleh tayangkan di dinding rumah beliau. Supaya orang tahu beliau pandai marah-marah. Supaya orang lari daripada beliau [supaya konon-kononnya orang hormat beliau].
Orang yang beliau marah?
Aku tengok orang yang beliau marah tu elok je. Berkawan-kawan. Berbual-bual. Bersenang-senang. Bersuka-suka. Berbahagia-bahagia. Berlapang-lapang hati. Tak calar sikit pun kehidupan orang yang beliau marah tu.

dibukukan oleh BooK pada 1:54 AM | Links to this post
Friday, December 15, 2006
Who's driving?
Ramai orang tak tahu guna otak.
Seperti sebuah processor komputer, otak kita tak berapa mesra pengguna. Otak kita akan buat apa yang kita arahkan, bukan apa yang kita nak dia buat. Dan selalunya kita beri arahan salah. Kerana kita tak reti macam mana nak beri arahan kepada otak.
Kita akan baca betul-betul manual untuk menggunakan mesin rumput atau mesin basuh baru. Tapi kita tak pernah nak cari manual untuk menggunakan otak.
Sebab tu agaknya. Kita selalu membiarkan otak kita berkeliaran merata-rata. Dan menghabiskan banyak masa memikirkan kenapa kita mengalami perasaan yang kita tak nak.
Selalu-selalu kita alami perkara macam ni: Kita rasa sangat best. Bahagia. Seronok. Tiba-tiba, ada satu perkara buruk jadi. Dan itu saja sudah cukup untuk menjahanamkan semua rasa bahagia kita. Dan selalunya ia akan meleret-leret. Lepas satu, satu. Lepas satu, satu.
Apa kata kalau kita boleh kawal minda dan otak kita? Macam kita kawal lampu-lampu dalam rumah. Bilik yang kita nak gelapkan, kita tutup lampu. Bilik yang kita nak terangkan, kita pasang lampu. Pengalaman menarik, seronok, bahagia kita besar-besarkan. Pengalaman buruk, pahit, sedih kita selindung-selindungkan. Kita boleh kawal minda dan otak kita seperti yang kita mahu. Dan arahkan dia buat macam apa yang kita nak.
Sikap pertama daripada sikap bertujuh [sekarang sudah lapan kan?] menyuruh kita jadi proaktif. Jadi pemandu dalam hidup sendiri. Dan untuk memandu. Kita perlu tahu memandu. Dalam hal ni. Memandu otak kita. Memandu minda kita. Ke arah yang kita nak. Kan?

Labels:
Kuasa Minda
dibukukan oleh BooK pada 3:42 PM | Links to this post
Tuesday, December 12, 2006
Bermula dengan pengakhiran di dalam minda
'Tumpang tanya. Kat mana pukul berapa?'
'Hujung Shah Alam kat mana?'
Pernahkah kau ditanya soalan macam ni? Aku pernah. Soalan yang pertama ditanya orang dalam imajinasi aku. Ha ha. Waktu imajinasi aku sedikit liar. Disambut gelak tawa rakan-rakan tak berapa sebaya.
Tapi soalan kedua memang pernah ditanya. Membuatkan aku ternganga. Nga! Kalau kampung kecil boleh la kau tanya macam tu dude! Boleh aku jawab surau atau kubur [kan selalu kat hujung kampung?]. Masalahnya ini Shah Alam. Bandar roundabout. Dalam roundabout tu dah tentu kau pusing-pusing. Keluar roundabout ni kau pergi roundabout lain. Pusing-pusing. Jalan dia pusing-pusing dude! Kau sampai balik kat roundabout yang sama. Dan aku rasa Shah Alam ni roundabout gergasi. Mak kepada roundabout-roundabout kecil-kecil tu.

----------
'Akankah kamu beritahu arah mana perlu saya jalan dari sini?' Budak perempuan. Aku lupa namanya.
'Itu sangat-sangat bergantung mana kamu ingin pergi ke.' Kucing gemuk atas tunggul.
'Saya tak kisah sangat ke mana--' budak perempuan tadi.
'Kalau macam tu, tak kisah arah mana kamu berjalan.' Kucing gemuk atas tunggul tadi.
Budak perempuan itu bernama Alice. Baru aku ingat.
nota kaki:
Betul tak aku eja roundabout? Kalau tak, alangkah segannya. Mengulang-ulang kesilapan berulang kali. Ha ha.
pesan:
Jawapan kepada nombor-nombor yang menghantui minda kau sehari-hari. Aku sudah letak di ruang komen. Dan aku masih belum bersedia menggunakan fungsi labels blogger beta ini. Harap maklum.

dibukukan oleh BooK pada 3:36 AM | Links to this post
Saturday, December 09, 2006
Retrospectoscope
Awal tahun. Hari itu. Panas. Asrama kosong. Tiada orang lain. Memang la tiada orang. Kami datang ni. Nak menyambut orang lain la ni. Kami kan ketua pelajar. Haha.
Piei. 'Jom jadi baik!'
Aku. Apahal kau ni? Dalam hati.
Piei. 'Berubah. Dari bising ke diam. Kurang-kurangkan la mereng kita.'
Piei. 'Tak mau buat lawak selalu-selalu. Bising selalu-selalu. Tak nakal selalu-selalu.'
Bau apa ni?
Aku. 'Ok!'
Asrama masih kosong. Hari tetap panas. Dan dari kejauhan. Nampak Hakiim. Berjalan perlahan-perlahan. Membawa beg.
Hakiim Ketua Umum. Kalau kami ketua pelajar. Bermakna kami ketua kepada pelajar? Mungkin. Dan Hakiim? Ketua untuk umum? Untuk pelajar. Untuk cikgu. Untuk pak cik dewan makan yang dah tukar kontrak tapi aku tengok masih dia lagi, rupa-rupanya dia tukar nama company je. Untuk mak cik kantin. Untuk mak cik cleaner. Untuk mak cik jual jambu yang memandu Honda Jazz. Untuk pak cik jaga yang 'blue'. Untuk mak cik pejabat yang selalu offer goreng pisang kat aku. Semua-semua sekali kot! Umum kan semua.
Hakiim tegur kami. Kami angkat tangan. Satu. Dua. Tiga. Tawa pecah berderai. Jangan tanya aku dari mana datangnya. Yang aku tahu. Dan dan tu juga niat murni kami pecah berderai macam pasu yang dilanggar van dewan makan.
nota masa kecederaan:
Kami kemudiannya bersama-sama mengebumi, mentalqin dan membuat sedikit kenduri arwah untuk kucing yang ditemui mati tidak lama selepas insiden di atas. Kucing tu dah mati lama kot. Dah keras. Bau pun... Dan semasa menggali kubur untuk kucing itu. Hakiim tercangkul saluran paip gas ke Singapura. Kot!
Masa kecederaan punya nota masa kecederaan:
Selepas itu. Piei masih lagi Pengerusi Surau. Hakiim masih lagi Ketua Umum. Dan beberapa bulan selepas itu. Aku bukan lagi Setiausaha Agung Lembaga Ketua Pelajar. Letak jawatan. Untuk merasa hidup yang lain. Kot!

dibukukan oleh BooK pada 10:40 AM | Links to this post
Tuesday, December 05, 2006
Monday, December 04, 2006
32728
Ada seorang kawan aku, yang dalam cermin tu, selalu beritahu aku satu rahsia. Dia kata, kalau nak happy, be happy la! Itu la rahsianya, kata dia.
Kawan aku, yang dalam cermin tu, kata lagi, ada orang yang fikir dia happy dan rasa kawan-kawan baik dengan dia. Itu la juga yang dia dapat. Happy!
Ada orang pula, kata kawan aku, yang dalam cermin tu lagi, selalu fikir bukan-bukan pasal orang keliling-keliling dia, selalu rasa dikhianati, dan itu la yang dia akan dapat, dikhianati dan orang keliling-keliling prejudis kat dia pula, dan terus-terusan juga dia mencari-cari sebab untuk itu. Sedangkan sebab itu tak perlu dicari jauh, semuanya ada dalam fikiran dia.
What you think is what you get! Kata dia dalam bahasa inggeris. Kagum aku. Mesti dia belajar tambah tolak.

dibukukan oleh BooK pada 1:00 AM | Links to this post
January 2007 November 2006 Home
Subscribe to:
Posts (Atom)