Thursday, November 30, 2006

OO


Dia mengadu, keliling-keliling dia lelaki, kawan-kawan perempuan tak sama course, jarang jumpa. Asyik-asyik lelaki, asyik-asyik lelaki. Bosan. Nak berkawan dengan perempuan, boleh cerita hal-hal perempuan.

Aku tanya, bukan ke lelaki perempuan zaman sekarang sama? Lelaki tak cerita hal perempuan?

Dia jawab, lelaki tak cerita hal perempuan, lelaki cerita pasal perempuan. Nak kawan dengan perempuan, boleh cerita hal perempuan, boleh cerita pasal lelaki.

Aku oooooooooookan je. Sambil muncung bulat sebesar cincin di jari manis aku.


| Links to this post

Sunday, November 26, 2006

Hey Jude


Mamat-mamat dan minah-minah saleh apabila berjumpa kau. Akan bertanya: 'How is it going mike?' atau 'How are ya mate?'

Bukan bukan. Mamat-mamat dan minah-minah saleh ni bukan nak tahu sangat kau demam dah berapa hari. Atau kau sedang keletihan mengejar bas. Jangan kau menjawab panjang-panjang. Itu hanya cara mamat-mamat dan minah-minah saleh ni menegur kau. Macam Hi. Macam Hey. Macam Good morning.

Dulu. Aku selalu rasa nak menjawab. Tapi sementara aku fikir nak jawab apa. Sementara aku translatekan pemikiran aku ke dalam bahasa inggeris. Sementara aku nak cakap. Mamat-mamat dan minah-minah saleh ni dah 15 meter ke belakang.

Sekarang. Bukanlah sekarang. Beberapa ketika lepas aku sedar. Aku hanya mengangguk bersungguh atau tak bersungguh. Bergantung kepada mood. Apabila ditanya soalan itu. Dan senyum.


| Links to this post

Wednesday, November 22, 2006

...the other side


Aku duduk. Tak tak. Aku mencangkung. Tepi longkang. Air mengalir tak bersungguh. Aku? Aku risau bersungguh. Risau perkara-perkara semalam. Perkara-perkara lepas. Aku seperti manusia lainnya. Selalu begitu. Dan kadang-kadang tak tahu pun apa yang aku risaukan.

Air susu terpercik kat muka.
Ceh! Dia datang lagi. Mamat comel ini datang lagi. Cuma sekarang dia tak bersembunyi dalam cermin. Sekarang dia mencurah susu ke dalam longkang. Menolak air mengalir lebih bersungguh.

Dia. 'Don't cry over spilt milk!'
Huh? Mesti dia belajar ilmu tambah tolak dan ilmu alam dan manusia. Di dalam cermin sana. Kalau tak, takkan dia pandai berbahasa inggeris. Haha.
Dia. 'Susu kalau dah tumpah, kau nak buat apa? Kau boleh nampak. Tapi semua kerisauan kau. Semua ratapan hiba kau. Semua kegundahgulanaan kau. Tak mampu mengembalikan susu itu.'

Tengok! Dia dah mula. Mamat comel ini mula lagi.
Dia. 'Cuma kau perlu ingat. Lain kali jangan cuai. Graviti tak pernah cuai. Dan longkang sedia menanti. Tanamkan itu dalam kepala kau. Tulis. Dan move on!'

Zuuuup!

Dalam bengkel kayu tiba-tiba. Macam babak dalam Matrix. Boleh berubah set sekejap-sekejap. Cuma sekarang Neonya aku. Morpheusnya pun aku - yang satu lagi.

Dia. 'Gergaji serbuk kayu tu!'
Aku. 'Mana boleh. Serbuk kayu tu dah digergaji. Serbuk kayu itu semalam. Semalam kita tinggalkan. Kita gergaji hari ini. Yang semalam kita lupakan.'
Haha. Aku mengajar dia pula.


| Links to this post

Tuesday, November 21, 2006

Selamat Tiga Tahun


Satu
Dua
Tiga

Dah tiga?
Pusing-pusing. Pi mai pi mai tang tu. Berjalan. Berlari. Semput.
Jatuh. Bangun. Melompat. Terjatuh. Bangun. Sengaja jatuh. Bangun.


| Links to this post

Friday, November 17, 2006

Ombak Jahat


Angah. 'Kalau Along, dia tak kisah. Kat mana-mana pun ok je. Rileks je. Kalau abang, dia ok kat luar. Tapi gelabah kalau ibu ayah ada. Adik? Adik kat rumah je bising. Kat luar penakut.'

Kalau disuruh menerangkan adik-beradik aku dalam satu ayat. Ayat di atas akan disenarai pendek. Bakal menduduki antara tangga teratas. Itulah adik-beradik aku: Along [aku la tu], Angah, Abang dan Adik. Empat beradik. Semua lelaki.

Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke bawah.
Adik mengikut perangai happy-go-lucky-nakal-tak-kena-tempat aku. Suka mengutarakan ayat yang tak relevan. Yang tak semena-mena. Suka bising-bising. Cuma kalau kat sekolah dia penakut. Takut mencuba. Bising je lebih.
Abang? Kalau tengok pencapaian abang setakat ni [baru sekolah rendah]. Macam ulang tayang kisah sekolah rendah aku. Penglibatan mungkin tak sama. Tapi berada pada tahap yang lebih kurang sama. Cuma cara Abang bawa diri tak langsung macam aku. Dia pendiam. Dan baik. Lurus. Dan kalau ibu ayah datang sekolah tengok dia, dia gelabah terus-terus. Langsung tak macam aku.

Masa perjumpaan 3 penjuru [ibu bapa, pelajar guru]. Cikgu suruh Abang dan kawan-kawan tulis azam. Dan apa yang mereka nak kalau azam tu tercapai. Abang tulis nak handset baru.

Pagi tadi ibu telefon [technically, aku yang call. lepas talian terputus]. Abang dapat 5A UPSR. Dan dan tu juga ayah aku belikan handset baru. Sony Ericsson. Mahal juga. Jealous aku. Amat!
Abang tak minta yang mahal-mahal. Aku tau. Abang tak macam tu. Ayah aku saja belikan yang macam tu.


| Links to this post

Wednesday, November 15, 2006

Lupamu lupaku jua


Kelas Bahasa Melayu [Malaysia?]
Abad ke-20

Dulu.
Dalam buku teks yang ada cerita budak pura-pura mati lalu main bisik-bisik dengan beruang. Dalam buku teks yang ada cerita Raju, Ahmad dan Ah Seng. Dalam buku teks yang suruh jawab soalan [dan kadang-kadang bina soalan]. Dalam buku teks yang suruh gabung ayat [dan kadang-kadang memecah ayat].

Ada cerita angin dan matahari. Angin mencabar matahari beradu kuat. Aku$ yang sedang berjalan-jalan menjadi mangsa.

Angin. 'Siapa dapat buka sweater budak comel tu, dia kuat!'
Matahari. 'Deal!#'.

Angin mula dulu.
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Sejuk. Walaupun musim panas dan kering. Angin di bumi kangaroo ni tetap sejuk. Angin bertiup lagi kuat. Brrr! Earphone aku tertanggal. Cet! Macam mana aku nak dengar soundtrack cerita aku ni? Sweater aku mengerbang-ngerbang. Sejuk! Aku zipkan sweater aku. Angin tiup lagi kuat. Aku rasa terbuai-buai. Aku kan kurus. Mesti senang ditiup angin. Haha. Aku pegang sweater aku. Berpeluk tubuh. Kenapa la aku tak suka pakai kasut? Kan dah sejuk kaki aku. Makin kuat angin tiup. Makin mengerbang sweater aku. Makin kuat aku pegang sweater aku. Makin kuat aku berpeluk tubuh. Makin kuat angin tiup. Makin mengerbang sweater aku. Makin kuat aku pegang sweater aku. Makin kuat aku berpeluk tubuh. Makin kuat angin tiup. Makin mengerbang sweater aku. Makin kuat aku pegang sweater aku. Makin kuat aku berpeluk tubuh. Makin kuat angin tiup. Makin mengerbang sweater aku. Makin kuat aku pegang sweater aku. Makin kuat aku berpeluk tubuh. Makin kuat angin tiup. Makin mengerbang sweater aku. Makin kuat aku pegang sweater aku. Makin kuat aku berpeluk tubuh.
Lama-lama angin pun penat. Aku? Aku tak. Stamina tinggi. Baru lepas minum iced coffee.

Angin. 'Degil betul budak ni!'
La. Dia baru tau aku degil ka?

Matahari punya giliran.
Tiba-tiba panas. Aku sumbat semula earphone dalam telinga. Aku longgarkan sweater aku. Panas dan berpeluh-peluh. Buka zip sweater aku. Panas lagi. Aku buka sweater aku.
Tara! Matahari menang!

-----------------------------

Dulu.
Aku tak pasti cikgu aku yang salah. Atau cikgu tu sendiri yang tak faham cerita. Tapi setakat yang aku faham. Cerita tu diletak dalam buku teks mengajar murid-murid 'Jangan sombong macam angin'. Dan itu juga yang cikgu aku beritahu.

Sekarang.
Bukan la sekarang. Beberapa ketika dulu la. Aku rasa pengajaran terbesar cerita ni ialah:
1. Memaksa seseorang bukanlah cara yang bagus. Semakin kau paksa, semakin orang tu lawan.
2. Selain daripada 'cat and string theory', aku rasa cerita angin dan matahari ni juga salah satu contoh reverse psychology.

Kenapa cerita sebest ni tak dapat mencapai maksud? Adakah cikgu aku seorang je yang terlupa? Atau cikgu memang tak cukup persediaan [macam cikgu-cikgu ilmu tambah tolak dan ilmu alam dan manusia nak mengajar dalam bahasa inggeris].

Sesiapa yang ada anak, boleh rujuk buku teks Bahasa Melayu darjah 2, kalau tak silap aku. Itupun kalau mereka tak tukar buku teks lagi. Mana tahu, selain ilmu tambah tolak dan ilmu alam dan manusia, Bahasa Melayu pun diajar dalam bahasa inggeris?

Nota kaki:
$. Aku tiada kena-mengena. Sebenarnya.
#. Matahari pandai cakap bahasa inggeris. Mungkin dia belajar ilmu tambah tolak dan ilmu alam dan manusia dalam bahasa tersebut. Harap maklum.

Melawat Lawatan
Kelas Geografi
Kelas Matematik. Ke kelas PJK? Ntah!


| Links to this post

Sunday, November 12, 2006

Mentari menyinari


Dah-dah dah-dah-dah di-di-dah dah-dah-dit di-dah di-dah dah-dit dah-di-dit dah-dah-dah di-di-dah.

Bukan sedikit kawan-kawan aku tanya. 'Kenapa kau tak berblog dalam bahasa penjajah?'

Dan bukan pula aku tak mahu sebenarnya. Bertutur dalam bahasa inggeris. Menulis dalam bahasa inggeris. Bukanlah cara paling efektif untuk menguasai bahasa inggeris.

Dan bukan satu rahsia lagi. Kerajaan Malaya memerintahkan penggunaan bahasa inggeris dalam pengajaran ilmu tambah tolak dan ilmu alam dan manusia untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris.

Dan bukan juga aku mahu untuk membantah tindakan kerajaan. Yang menjadikan pengajaran dua ilmu cabang ilmu itu sebagai cara untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris.

Dan bukan sedikit rasa cemburu aku kepada adik-adik. Yang belajar ilmu tambah tolak dan ilmu alam dan manusia dalam bahasa inggeris. Tentu bahasa inggeris mereka lebih mantap.

nota:
aku ingin mengangkat cap dan membelanja makan untuk Datuk Abdul Ghani Othman.
aku menyokong Dr. Awang Sariyan.

pssttt... aku mahu belajar kod morse. Ada sesiapa sudi mengajar aku ilmu tambah tolak dan ilmu alam dan manusia dalam kod morse?

Melawat Lawatan
Pengajaran ilmu tambah tolak dan ilmu alam dan manusia dalam bahasa inggeris dibantah


| Links to this post

Wednesday, November 08, 2006

You'll Never Walk Alone


Kudin Mansor. 'Paper tadi susah gila! Tak tau la apa jadi tu.'
Aku. 'Kau jangan ingat kau sorang je.'
Kudin Mansor. 'Apasal?'
Aku. 'Aku pun sorang gak.'


| Links to this post

Friday, November 03, 2006

Sakit


[Tiada idea untuk tajuk yang lebih gempak. haha]

Konon-kononnyalah, kawan kita sakit gigi. Dan kita katakan kepada beliau: 'Bestkan sakit tu?' Tentu beliau dilanda perasaan mahu menservis kuda kepala otak kita. Dan konon-kononnyalah, kita tersentuh hot plate dengan jari. Tentu susah bagi kita untuk menghargai sakit.

Tapi, cuba kita bayangkan. Konon-kononnyalah, Tuhan tidak mencipta kesakitan. Tentu kita akan secara slumber sardinnya, meletak tangan [bukan jari. tapi tapak tangan] di atas hot plate sambil berbual-bual atau mengumpul setem. Sedar-sedar waktu nak akad nikah, yang tinggal hanya tapak tangan.

Sakit dicipta supaya kita sedar. Supaya kita menghargai. Dikurniakan sakit supaya kita sedar bila masa nak mengalihkan tapak tangan dari hot plate yang panas. Sama seperti rasa takut. Kalau tiada rasa takut, mesti ramai nak jadi Spiderman panjat KLCC.

Kita seterusnya boleh menyamakan rasa sakit fizikal dengan rasa sakit jiwa. Sakit hati dan sakit emosi. Operasi mereka lebih kurang sama. Rasa sakit jiwa, sakit hati dan sakit emosi tentunya petanda supaya kita cepat-cepat berubah dan bersegera 'mengalihkan tangan dari hot plate yang panas.' Mesej supaya kita mengubah pendekatan atau cuba melihat sesuatu dari sudut berbeza.

Sudah tentu terlalu mudah untuk menyalahkan 'hot plate' itu. Tapi sebagai manusia yang waras, menyalahkan 'hot plate' itu bukanlah tindakan bijak. Menyalahkan kawan, cuaca, pintu rumah, kucing melintas jalan dan lampu isyarat rosak itu lebih mudah. Tapi tentunya itu bukan tindakan bijak. Stephen Covey meletakkan sikap proaktif [ie memegang remote control hidup kita bukan beri kepada orang lain] sebagai sikap pertama dalam sikap-sikap yang bertujuh itu.

Sama seperti sakit fizikal, kalau kita terus menerus membuat sesuatu yang bodoh [ie menghentak kepala lutut ke bucu meja], kita akan terus menerus sakit. Jangan jadi seperti orang yang sakit kerna sebab yang sama 24 jam sehari, 365 [366 untuk 4 tahun sekali] hari setahun. Mereka tidak sedar sudah tiba masa mereka mengalihkan tangan dari hot plate yang panas.

p/s:
aku tertoreh jari sewaktu mengupas tebu semalam [dan aku tahu kamu akan suka komen part ini].



| Links to this post

Wednesday, November 01, 2006

Bukan...



Bukan ini. Bukan ini. Dan bukan ini. Muahaha.


| Links to this post

December 2006 October 2006 Home