Majmuk
Iklan Merdeka versi aku.
Dirakam secara langsung. Secara candid. Tanpa skrip. Tanpa pengarah. Tanpa krew penerbitan. Jadi. Mungkin kualiti gambar tak bagus. Audio tak jelas. Tiang boom masuk frame. Dan perkara lain yang tak kan berlaku. Dalam penerbitan terancang.

Babak 1
Selatan Australia
Abad ke-21
Malam Merdeka
Bait-bait sajak kedengaran.
'...tiada Melayu
tiada Cina
tiada India
tiada bangsa lain
Kita lah bangsa Malaysia...'
Jeda.
Bait-bait sajak kedengaran lagi.
'...agar kita boleh berbangga
Dengan bangsa Malaysia...'
Jeda.
Bait-bait sajak kedengaran lagi. Putus-putus. Ditenggelami bising penonton. Semua mahu bersajak juga. Tetapi malu. Agak nya.
'...kita bersatu......
...
...bangsa Malaysia!
...'
Babak 2Malam Merdeka
Abad ke-21
Selatan Australia
Semua. Makan-makan. Bual-bual. Gelak-gelak. Minum-minum. Makan lagi. Borak-borak. Ketawa pecah sana. Ketawa pecah sini. Minum-minum.
Sana. Sekelompok Cina. Duduk. Makan-makan. Bual-bual. Gelak-gelak. Minum-minum. Makan lagi. Sambil-sambil ambil gambar. Buat kenangan.
Di sudut depan. Sekumpulan Melayu. Duduk. Makan-makan. Bual-bual. Gelak-gelak. Minum-minum. Makan lagi. Usik-mengusik.
Situ. Sekumpulan Cina. Terselit seorang yang tidak dapat dikesan bangsa nya. Berdiri. Ramai-ramai. Makan-makan. Bual-bual. Gelak-gelak. Minum-minum. Makan lagi. Sambung borak.
Sini. Beberapa orang. Melayu. Buat-buat berebut pizza [ya, pizza memang banyak. tak perlu direbut]. Sambil ketawa. Sambil pilih-pilih pizza kegemaran. Sambil borak-borak.
Sana.
Situ.
Sini.
Sana.
Situ.
Sini.
Video kelompok-kelompok. Kumpulan-kumpulan. Yang berdiri. Yang duduk [bersila atau di sofa]. Yang Melayu. Yang Cina. Yang tidak dapat dikenal pasti bangsa nya. Saling bertukar ganti.
Babak 3
Skrin pecah berderai.
Hitam...
terima kasih...
Melawat Lawatan
Iklan Tak Berapa Nak Merdeka
Special Merdeka Feature
It's Nonsense to Celebrate Merdeka

Teks besar tengah layar [warna putih]: Bangsa Malaysia?
Teks kecil: layari http://bukhariramli.blogspot.com
Teks kecil: layari http://bukhariramli.blogspot.com
terima kasih...
Melawat Lawatan
Iklan Tak Berapa Nak Merdeka
Special Merdeka Feature
It's Nonsense to Celebrate Merdeka
| Links to this post