Friday, June 30, 2006

keliru


Dulu. Aku fikir pasaran nasyid tak meluas.

Orang akan fikir. 'Alah lagu nasyid je pun'. Lagu nasyid pun kurang kedengaran kat radio mainstream.
Tapi. Aku silap. Di sebalik kurang nya lagu nasyid di radio arus perdana [kecuali IKIM fm]. Pasaran nasyid dikira amat baik sebenar nya. Nasyid mempunyai fan base yang tak kurang ramai nya. Yang kalau kau cetak saja apa-apa album nasyid. Golongan ini akan beli. Akan dengar. Akan promosi pada rakan-rakan. As long as kau publish album nasyid.

-------------------------------------------------

Dulu. Aku pernah hentak beberapa orang [haha. provokatif la konon]. Aku tanya kan. Kenapa album nya jatuh dalam kategori nasyid. Tapi lagu nya leleh. Melankolik romantika de amor. Kenapa?
Jawab mereka: Cinta itu indah. Setiap manusia ada naluri berkasih sayang. Sesungguh nya itu fitrah manusia bla bla bla bla.... bla bla blah.
Jawab mereka lagi: Oh. Itu strategi pemasaran syarikat rakaman. Artis perlu ikut perancangan syarikat rakaman. Jadi bla bla bla bla..... bla bla blah!

-------------------------------------------------

Budak-budak yang nasyid. Oh silap.
Budak-budak yang terdiri dalam golongan baik-baik. Atau mereka perasan mereka dalam golongan baik-baik. Yang memandang setiap orang sebagai kurang baik. Setiap orang sebagai bersalah. Yang ayat mereka bersira tazkirah. Sehingga perbualan kau akan rasa ganjil. Kerna setiap ayat kau akan mereka counter. Akan ada reaksi untuk setiap ayat kau. Mereka ini akan memandang serong atau kurang enak kepada kau. Kalau kau mendengar lagu R&B. Pop. Soul ballads. Hip hop. Rock and roll. Indie. Rapcore. Atau ___________ [isi genre kegemaran kau].
'Lagha' [camni ke eja kalimah ni dalam rumi. ha ha] kata mereka.

Dan kalau kau bersama mereka. Mereka prefer lagu nasyid. Yang kalau kau dengar. Lebih kurang sama saja dengan semua genre-genre di atas. Genre-genre yang mereka kata kan sebagai lagha itu.

'Memang camtu. Tapi kami dengar mesej nya'. Kata mereka. Sekarang sebagai latihan kerja rumah. Kau cari lagu-lagu bukan nasyid. Tapi bermesej juga. Ada kah golongan di atas akan membenar kan kau mendengar lagu-lagu ini?
Ha ha.

-------------------------------------------------

Ya pasaran nasyid luas. Kau petik je unibersiti mana. Nasyid mempunyai fan base yang amat besar dan kuat juga. Di kalangan pelajar unibersiti.

-------------------------------------------------

Kita lihat sebuah kumpulan nasyid. Al-X kita nama kan nya. Al-X mengeluar kan album pertama. Ada rentak ska. Ada satu lagu rap. Ada lagu pop. Lagu entah apa lagi. Dan album nya itu agak laku la juga.
Dan Al-X akan berkata 'Ya kami ingin memartabat kan irama nasyid. Dan kami yakin lagu-lagu nasyid seperti ini boleh pergi jauh. Kami ingin mendekati anak muda melalui penyampaian yang segar dan bla bla bla bla blah'.

Cuba pula kau bayang kan kalau Al-X ditukar nama nya kepada sesuatu yang tiada Al. Mengeluar kan album yang sama. Lagu yang sama. Dengan barisan komposer yang sama. Barisan penerbit yang sama. Susunan muzik dan vokal yang sama. Tetapi tidak dilabel sebagai nasyid. Boleh pergi jauh kah mereka? Tidak kah mereka akan dipangkah oleh mat-mat dan minah-minah seperti di atas?

-------------------------------------------------

Tidak kah kau fikir yang 'nasyid' itu sebagai satu escapism murahan? Yang dengan meletak label nasyid pada artis itu. Memboleh kan dia/mereka menyanyi apa saja genre dan dalam masa yang sama memboleh kan mat-mat dan minah-minah seperti di atas mendengar lagu tersebut?

Tidak kah kau fikir nasyid itu sebagai satu branding yang berjaya? Strategi pemasaran syarikat rakaman [ha ha. ini bukan ayat aku]?

Nasyid itu adalah label untuk membeli ketenteraman jiwa? As long as it is nasyid kau boleh dengar. As long as it is categorized under nasyid kau boleh layan.

-------------------------------------------------

Tu la. Kau jangan terkejut aku tulis camni. Memang la aku layan lagu nasyid [ops. tak semua! aku treat nasyid sebagai cabang musik. kalau lagu mereka tu tak make sense - music wise, aku tak layan. arrangement bertabur. tak pandai rap nak rap. adoi la. bagi je la rap tu kepada rapper. itu pun aku nak ajar ke?].
Tapi aku sakit. Sakit dengan orang-orang yang pandang slack pada orang lain. Namun dalam masa yang sama. Minah-minah ni jugak lah yang 'hiii comel la mamat X kumpulan nasyid X ni. hiii comel la die.... bla bla bla'

BLAH!

Melawat Lawatan
Membeli Ketenteraman Jiwa
Branding


| Links to this post

Thursday, June 29, 2006

Mata yang bercahaya


Nota kepala:

Hari tu aku bercerita tentang kawan-kawan aku yang perasan jadi auntie dan uncle. Hari ini kita lihat apa kah sebab nya keperasanan mereka itu...

Dia sudah bernama. Tidak lagi memakai codename.


Majlis penyerahan cenderamata untuk cahaya mata

Nota kaki:
1. Oh. Sebenar nya aku mahu tampal kan gambar baby itu. Tapi aku lupa minta kebenaran mama dan abah nya.
2. Book amat gembira. Kata nya ini lah kali pertama beliau datang melawat dan menonton baby kawan sendiri. Aha. Suka betul dia.
3. Abah baby itu sangat gembira dengan kedatangan Book dan Hadi. 'Sebelum ni semua perempuan yang datang'. Abah baby itu pun dengan semangat nya mengajar Book menjadi pelajar Engineering yang bagus. Harap Book tidak lupa. Dia kan selalu lupa.


| Links to this post

Tuesday, June 27, 2006

Book Seorang Penyeluk Saku


Dulu. Pernah kecoh. Dalam MyKad baru tiada ruang untuk memapar kan bangsa si pembawa MyKad itu. Konon nya. Hal ini akan menghapus kan hak istimewa Melayu. Kerna tidak dapat lagi dikesan siapa Melayu siapa bukan. Biasa lah pembangkang. Isu kecil begini pun nak bising. Taktik murahan. Pihak yang benar sudah tentu parti pemerintah. Malah kalau Nombor Satu dulu menyerang Islam Hadhari pun. Dia boleh dilabel melaku kan taktik murahan jugak lah.

Beberapa ketika selepas dulu.
Dia: Ada tulis bangsa kat situ [MyKad aku]?
Aku: Takde. Tapi aku Melayu la.
Dia: Aku pun Melayu jugak la.
Aku: Nasib baik la kita. Dilahir kan sebagai bangsa nombor satu.
Dia: Ada tulis agama kat situ? Aku punya dia tulis Islam.
Aku: Oh. Aku punya dia tulis lain.
Dia: Apa?
Aku: Islam Hadhari!

----------------------------------------

Dulu jugak. Kelas Pendidikan Syariah Islamiah. Kawan aku, Cik F sedang membuat pembentangan. Kalau tak silap aku. Yang ajar kelas tu Ustazah A. Yang ajar subjek yang sama kat kelas aku pula. Ustaz H. Sebelum Ustazah M ganti kan. Sekarang Ustazah M dah pindah ke Negeri S. Ustaz H pula dah naik pangkat ke Jabatan A [macam wartawan hiburan pulak aku ni. ha ha ha].

Cik F: Hikmah menutup... bla bla bla bla...
Cik F: Antara nya ialah... bla bla bla bla...
Cik F: Dalam Surah An-Nur ayat 31... bla bla bla bla...
Cik F: Saya nak tanya satu soalan. Antara karipap yang bertutup dengan tudung saji. Dengan karipap yang terbiar tak bertutup. Yang mana kamu pilih?
Encik M: Ala. Kalau dah lapar. Mana-mana pun boleh...
Aku kemudian nya melompat setinggi boleh. Memukul kepala M dengan kipas Cina. Macam aku pukul kepala Abu jugak lah. SMAASH!!

----------------------------------------

Sekarang. Orang sini dah insaf agak nya. Yang perempuan tak pakai dah skirt-skirt sailormoon paras lutut tu. Kalau pakai skirt pun. Skirt labuh. Dengan stokin panjang. Atau but panjang. Mencecah lutut. Yang dah pandai tutup kepala pun tak kurang juga. Yang lelaki pun sama. Tutup kepala. Siap ada kain ala-ala serban lilit di leher.

Gelombang keinsafan ini. Tidak berhenti di sini. Kalau di kawasan bukit-bukit tumpuan pelancong sekarang. Mereka berbungkus. Sehingga nampak mata sahaja. Dan. Berdasar kan gambar-gambar yang kawan aku kirim dari New Zealand. Di sana tidak kurang hebat juga. Yang perempuan tidak lagi menampak kan lengan nya di khalayak. Oh. Lelaki pun sama.

Apa kah ini semua? Zaman apa ini? Akhir zaman? Ntah.

----------------------------------------

Sekarang juga. Kalau keluar ke mana-mana. Aku terpaksa menjadi penyeluk saku. Semua nya atas keterpaksaan. Jangan salah kan aku. Dr. Mashitah kata kalau terpaksa tak apa [ha ha]. Kesempitan hidup memaksa aku jadi begini. Jalan keluar yang paling mudah. Aku dah cuba sedaya nya. Tapi aku tak dapat lari. Daripada melaku kan nya. Aku terpaksa. Tiada jalan lain. Percaya lah.

----------------------------------------

Selamat datang ke zaman sejuk!
Di mana semua orang berbungkus.
Zaman di mana ramai orang memakai sarung tangan.
Zaman di mana kalau kau tiada sarung tangan. Dan kau kesejukan. Menyeluk saku sendiri adalah jalan terbaik. Dan termurah juga.

nota kaki:
Aku mengucap kan terima kasih. Kepada sesiapa yang berkata 'sejuk, sejuk' setiap 30 saat. Kadang-kadang macam beratib pula. Sejuk, sejuk, sejuk, sejuk. Kerna sebagai seorang [seekor?] alien yang baru mendarat di muka bumi ini. Aku tidak mempunyai reseptor kesejukan. Terima kasih kerna memberitahu aku sekarang zaman sejuk. Maklumat itu sungguh berguna dalam misi aku ke bumi ini.

nota kaki punya nota kaki tetapi tiada kaitan dengan nota kaki:
Barangsiapa yang tag aku. Terima kasih. Kalau kamu buka akaun blogger aku. Ada 3 draf sedang pending. Dan kalau kamu buka handset aku. Ada beberapa catitan kasar [dan topik] dalam perhatian. Sekarang faham lah kamu. Di mana letak nya permintaan kamu itu.


| Links to this post

Monday, June 26, 2006

...


#include [stdio.h]
void main ()
{
char check;
char colour;
printf ("Type in the value for colour : \n");
scanf ("%c", &colour);
switch ( colour ){
case 'R' :
printf("RED \n");
break;
case 'G' :
printf("GREEN \n");
break;
case 'B' :
printf("BLUE \n");
break;
default :
printf(" Black \n");
break ;}
scanf(" %c", &check);
}


| Links to this post

Thursday, June 22, 2006

U Turn


Book sakit kepala. Jangan ditanya. Dia tak pasti punca nya.

Beberapa ketika sebelum itu. Book di airport. Menyambut kawan punya kawan-kawan yang akhir nya jadi kawan nya. Yang membawa nya ke kawan punya kawan-kawan punya kawan punya rumah. Yang akhir nya jadi kawan nya jugak lah.

Dia diheret makan pizza [di Pizza House yang tiada cawan] oleh kawan dan kawan punya kawan-kawan tadi. Kawan yang jadi tuan rumah pun ikut sekali. Di situ Book bertindak sebagai positron kepada electron. Dan enzyme kepada substrate. Dan dalam dibuli masih sempat membuli.

Kawan-kawan yang ramai tadi tu. Suka gelak-gelak. Dan suka gosip-gosip. Book tak terkecuali. Dia turut serta jugak lah. Dan dia lah yang gelak paling kuat.

Beberapa jam sebelum itu. Book mendapat tahu seorang baby perempuan telah lahir. Nur Mardhiah Zulaikha nama nya. Sekalung tahniah untuk kawan Book dan kawan-kawan Book punya kawan. Yang menjadi ibu dan bapa berkuatkuasa serta merta. Dan Book mendapati kawan-kawan seunibersiti Teres Utara nya mula perasan menjadi auntie dan uncle kepada baby comel itu. Book? Oh. Dia tak mahu jadi uncle. Dia mahu jadi rakan sepermainan baby comel itu. Menganggotai Kelab Baby Comel MISSA1. Perasan comel lah dia tu.

Beberapa jam sebelum itu. Book sakit kepala juga. Sakit kepala ubat nya tidur. Dan dia bermimpi. Dia ke Pulau Redang. Seketika cuma. Oh. Book mahu ke Pulau Redang lagi.

Beberapa jam sebelum itu. Book tolong hantar Encik Fisio ke Wayville Showground. Tempat pelajar unibersiti Teres Utara dan unibersiti Selatan Australia menduduki peperiksaan. Dia tolong hantar saja. Yang hantar Encik Mukmin. Dan terus pulang ke rumah.

Beberapa jam sebelum itu. Book di perumahan Syurgawi. Walau pun tak berhasrat bermalam di situ. Dia bermalam juga. Encik Kerang Keras menawar kan katil nya untuk Book tidur. Tapi Encik Kerang Keras tidur terlebih awal. Encik Harmoni menawar kan pinjaman kain pelikat. Tapi Encik Harmoni terlupa juga. Lantas semua tawaran Book tak dapat ambil. Walau pun begitu kentang goreng perancis. Telur goreng. Serta hati gorang bersalut tepung. Telah habis dia kerja kan. 'Takpa, aku tetamu' adalah hujah bela diri beliau.

Beberapa jam sebelum itu lagi. Book tiba di rumah Encik Mukmin. Encik Fisio. Encik Kerang Keras. Encik Harmoni. Dan Encik sambalketuk. Berada di situ sambil dikelilingi pelajar perubatan yang bertiga. Serta seorang pelajar fisiologi itu. Bisa mebuat kan dia keliru. Kawan-kawan nya semua berseloroh mengguna kan terminologi-terminologi anatomi tubuh badan manusia. Oh ya. Hari lahir Encik Harmoni pada saat itu.

Setelah mengundur kan waktu beberapa jam. Beberapa kali. Book masih tak dapat mengenal pasti punca sakit kepala beliau.

Nota kaki:
1. MISSA: Malaysia Islamic Society of South Australia


| Links to this post

Tuesday, June 20, 2006

Hening


Dewan kuliah.
Waktu kuliah.
Encik Pensyarah: Math. Math. Fundamental Theorem of Calculus. Math. Differentiation.
Pelajar Geng Sini: Borak -borak. Gelak-gelak. Borak-borak.
Encik Pensyarah: Math lagi. Inverse functions. Derivative. Math.
Pelajar Geng Sana: Gelak-gelak. Cuit-cuit. Ha ha ha ha.
Encik Pensyarah: Lagi-lagi Math. Chain rule. Definite integral. Tambah tolak bahagi darab.
Pelajar Geng Situ: ZZZzzzzzzzzzzZZZzzzzZZZzzzZzZZZZZZzzzzzzzZzzzZZZz.

Bising. Kadang-kadang.
Kamu minta ikan kembung 2-3 kilo pun dapat. Aku rasa.
Tapi ada cara untuk kamu bagi diam. Kalau kamu pensyarah la.

Encik Pensyarah: Bla bla bla. Now. This theorem here. Why is it SO interesting?
Pelajar Geng Sini: ...
Pelajar Geng Sana: ...
Pelajar Geng Situ: ...

Senyap. Sunyi. Hening seketika.
Kalau Raju turut bersama dalam kuliah itu. Pasti dia berkata.
Raju: 'Malleykat lallu la' [dengan accent India yang pekat].
Dan kalau Abu turut juga bersama dalam kuliah itu. Pasti dia hulur kan [julur kan?] kaki.
Abu: Tackle tackle
Dan kalau aku pun turut bersama juga dalam kuliah itu. Pasti aku lompat setinggi boleh. SMAASH! kepala Abu. Dengan kipas Cina.

Senyap. Sunyi. Hening seketika.
Semut bersin pun boleh kedengaran waktu ni. Aku rasa.
Jarum yang jatuh pun boleh kedengaran waktu ni. Aku rasa.
[Kalau dalam muvee. Akan ada efek. Tumbuhan gurun yang bergulung bergumpal macam selalu ada dalam muvee koboi tu. Ditiup angin melintasi Encik Pensyarah].

Encik Pensyarah: Ok [pasrah]. Why is its so interesting. TO ME?
Geng Situ Sana Sini: Gelak. Gelak. Gelak.


| Links to this post

Saturday, June 17, 2006

art imitates life or life imitates art?


Imaginasi aku kadang-kadang. Terlalu cargon. Fantasi yang macam-macam.
[Oit oit. Bukan fantasi yang tu la!]
:D

Ke Uni dengan telinga bersumbat earphone. MP3 instrumental berkumandang. Kadang-kadang Sabre Dance ~ Vanessa Mae. Kadang-kadang Within Attraction ~ Yanni [tenenenet tet tet tenenenet tenenenet tet tet]. Aku terasa macam berada dalam filem sejeda. Dengan instrumental[iti] itu sebagai sound track.

Kadang-kadang aku suka masuk kan efek filem atau anime. Ke dalam kehidupan. Konon nya lah! Umpama nya. Kalau musim-musim panas macam di Ireland [seperti kata tuan tanah] dan Mesir [bak kata Muzz] sekarang. Mesti efek hidung berdarah [macam dalam anime] yang selalu-selalu terjadi. Ahaks*

Ini sekarang. Fantasi yang boleh diterima lagi lah kan.

--------------------------------------------------------------

Masa aku budak-budak dulu. Masa jahil-jahil dulu. Banyak je benda yang bukan-bukan. Yang aku fikir. Pelik-pelik. Ye la. Nama pun budak-budak. Jahil lagi masa tu.

Masa aku muda-muda dulu. Kalau kelas yang bising tiba-tiba senyap sunyi. Mesti kawan-kawan aku cakap. 'Malaikat lalu'. Bukan budak melayu je. Raju [nama tipikal yang kamu akan jumpa dalam buku teks. Sama seperti Ah Seng, Muthu dan Ah Chong. Dan Abu. Dan Ali. Dan Ahmad] pun sama cakap macam tu.
Raju: Maleykat lalllu la [dengan accent India yang pekat]
Dan aku tak tau mana wujud nya benda ni. Atau fantasi kawan-kawan aku semata.

Kawan aku yang seorang lagi, Abu [selamat datang ke dunia buku teks. ha ha] akan menghulur kan kaki.
Ali: Oit oit. Apa yang kau buat tu?
Abu: Malaikat lalu. Tackle la.

Dan kalau aku kembali ke masa lalu. Akan aku lompat setinggi boleh. Dan akan aku pukul kepala Abu dengan kipas Cina [yang boleh lipat tu]. Macam dalam anime jugak lah. SMAASH!!


| Links to this post

Friday, June 16, 2006

Maattaufiq wannajah



| Links to this post

Wednesday, June 14, 2006

Ada dalam Tiada


Persiapan

Biasa lah kalau nak dekat raya. Laman atau blog atau jurnal ini baru aku tukar kan langsir nya. Alamat rumah aku tetap sama. Perabot ada yang aku tukar. Ada yang aku buang. Ada yang dah beli tapi belum sempat aku susun.

Osmosis
Mungkin aku terpengaruh dengan rakan-rakan tak sebaya. Blog Raiedzall salin kulit. Rumah Cikgu Gitar tukar cat. BP pun ada langsir baru. Kedai buku Ujana Ilmu pun ubah dekorasi. Siap buat apa kata survey kat aku lagi. Mana la aku tak terpengaruh.

Berhasil
Oh ya! Brazil membenam Croatia semalam. Gol Kaka berjaya membuat kan aku terjaga. Lalu aku berpindah. Tidur dalam bilik lagi best! Ahaks*

Sana
Nombor Satu dulu dengan Nombor Satu sekarang apa cerita? Tak seronok betul tengok permainan dari jauh ni. Nak pergi stadium, jauh pulak!

Tak lurus
Hari ni. Sebelum aku start belajar. Apa kata aku ajar kau. Pasal marginal cost. Iaitu sedikit penambahan kos yang perlu kau beri untuk mendapat barang yang lain apabila sesuatu barang yang lain telah kau beli. Contoh nya. Seorang pekilang [pengilang?]. Marginal cost untuk membuat 2001 barang ialah penambahan kos yang perlu dia beri untuk menghasil kan satu barang apabila 2000 barang telah dihasil kan.
Tak paham?

Kata kan kau membeli roti krim. Yang kecil. Harga nya RM 2.00. Tapi kat sebelah nya. Roti Gardenia Banana Paradise yang sedap tu. Harga nya RM 2.10. Jadi, walau pun roti Gardenia yang sedap tu lebih mahal. Tapi marginal cost nya hanya RM 0.10 berbanding kalau kau beli roti krim kecil tak sedap tu.

Manusia memang begitu. Kita suka marginal profit. Sesuatu penambahan usaha yang sedikit. Yang memberi pulangan yang lebih besar berbanding kalau kita tak tambah usaha yang sedikit itu. Penambahan usaha yang sedikit. Untuk hasil yang lebih besar! Siapa tak suka?

Jadi kalau kau. Kau, kau dan aku juga. Tentu memilih roti krim Gardenia Banana Paradise itu [oh. aku lapar. musim sejuk. tatkala salji turun ini. memang begini]. Kan?

Paham dah? Bagus. Jadi macam biasa. Sensei akan beri soalan latihan. Soalan nya. Jadi bagaimana kalau kos untuk benda yang ciput atau tiada barang langsung lebih besar berbanding kos untuk memiliki benda itu. Mana yang kau pilih? Berbelanja lebih untuk tiada benda. Atau berbelanja kurang untuk dapat kan benda yang bengkok?

ha ha ha.

Perayaan
Selamat berhari raya kepada rakan-rakan blogger. Yang sebaya atau tidak sebaya. Ha ha. Yang tak sebaya itu semua nya lebih berumur berbanding aku. Yang masih muda remaja ini.

Melawat Lawatan
International Webloggers' Day
RM 1.113b for the bridge, RM 1.12b for no bridge


| Links to this post

Tuesday, June 13, 2006

Situ Sana Sini


Banyak perkara yang berlaku sekarang. Dan ada beberapa aku mahu kongsi.

Cawan Dunia
Piala Dunia. Aku turut menjadi salah seorang daripada 30 bilion tu [ha ha ha]. Tapi macam biasa lah. Aku hanya menonton 3/16 permainan. Waktu berhenti rehat je. Aku cabut. Duduk dalam bilik.

Lama dan Baru
Di Malaya. Perselisihan antara. Nombor Satu dulu. Dengan Nombor Satu sekarang. Yang dulu nya Nombor Dua. Nak jugak aku balik Malaya. Ye la. Macam tengok bola juga. Tengok tivi dengan tengok kat stadium lain. Takdak feel kata orang.

Perkara ini mengundang reaksi yang macam-macam. Erin masih admire Nombor Satu dulu. Tapi minta supaya Nombor Satu sekarang diberi ruang dengan gaya tersendiri. Yasir juga beranggapan begitu. Macam-macam lagi lah. Pendapat berbeza-beza.
Isu ini kompleks. Dan seperti biasa. Rakyat marhaen hanya tahu sedikit saja. The tip of the iceberg. Terima kasih kepada kebebasan media Malaya.

Sini
Yang berlaku dalam hidup seharian aku pula. Soal penyatuan Sunni dan Syiah. Di blog faisaltehrani Menarik minat aku. Tak kurang juga yang emosi. Nasihat aku. Kita kosong kan minda kita daripada persepsi. Cuba kita kaji dulu. Dengan ilmu. Dengan minda terbuka. Dengan hati terbuka.

Aku cuba juga memahami. Kerna aku jahil. Aku bertanya pada pakdi. Dan pada faisal sendiri. Bak kata pakdi. Faisal itu banyak membaca. Kalau nak faham apa dia sampai kan. Baca apa yang dia baca. Kata dia lagi. Baca dengan niat mengkaji. Jangan melabel-label. Jangan taksub aliran.

Dan bak kata Faisal. Tak semesti nya jadi syiah tu sesat. Kat Malaya sendiri. Depan mata sesat. Kita tak bising. Benda yang terang-terang tak betul. Terang-terang salah. Tak perlu jadi syiah pun kau boleh sesat.

Daki
Aku sebenar nya kagum dengan Mahmoud Ahmadinejad. Presiden Iran. Orang kata dia tak penting kan kekayaan. Tak cari kekayaan. Sebab tu dia hebat. Betul jugak. Nak perintah, perintah lah. Jangan meniaga pula. Kalau nak meniaga. Jangan perintah.

Faisal cerita kan pengalaman dia berjumpa Ahmadinejad. Kot nya, kot lama. Kereta nya. Sedih kata faisal. Sebab tu Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu kata 'Orang gerun kepada dia, sebab dia yang perintah dunia, bukan dunia perintah dia'.

Jauh
Elok kita berjalan ni. Banyak pengetahuan. Mata pun terbuka. Banyak lagi yang faisal cerita pasal perjalanan dia ke Iran. Nanti kalau aku tulis. Dia takde modal lak nak menulis kat blog dia. Ha ha. [dan ya. dia sudah warning!]

Sana
Perselisihan Nombor Satu sekarang dengan Nombor Satu dulu. Disaran kan supaya diselesai kan melalui orang tengah. Soalan nya. Siapa kah yang layak?
Pakdi telah menemui jawapan nya. Tahniah!


| Links to this post

Sunday, June 11, 2006

Ini Album Baru. Ini Baru Album!


4 orang.
Seorang kawan aku. Yang kongsi hari lahir ngan aku juga.
Seorang musuh tradisi team aku. Yang akhir nya jadi junior aku kat INTEC.
Dua lagi? Siapa? Entah!

Akhir nya terbit juga album ni. Lama juga aku tunggu. Sejak Piei selalu lepak bilik aku. Kalau dia balik dari studio. Lambat-lambat.

Aku sendiri tak tahu apa isi kandungan album ni. Yang selalu dicerita kan kepada aku. Album tu tak pakai musik programming. Pakai musik perkusi saja. Dan yang aku tau juga. Album itu dibikin dicelah-celah masa belajar mereka.

Apa pun. Kalau kau rajin. Kau beli la.

Melawat Lawatan
Musik perkusi iringi Kashfy

Lawatan tidak berkait sangat
Book mendapat basikal baru


| Links to this post

Saturday, June 10, 2006

Kembar


Blog ni cam sama je macam aku punya template. Main piano? Piano lesson? Entah!

http://playpianonow.blogspot.com


| Links to this post

Friday, June 09, 2006

kerana


Kenapa aku tulis begitu?

Semasa berdiskusi minggu lepas. Seorang kawan bercerita. Ada seorang India yang baru masuk Islam kecewa. Kecewa kerana sebelum dia masuk Islam. Tak seorang pun orang Islam yang kata 'Islam itu best!'.

Kisah pendek ini. Menerajang minda aku. Kita [aku?] tak pernah berfikir sebegitu. Bahawa agama anutan kita ini sangat best! Ya ya. Kita tahu ini agama diredhai Tuhan. Hanya agama ini di sisi Tuhan. Tapi berapa ramai antara kita tahu. Bahawa deen [aku prefer kalimah ini] Islam ini best dan seronok?

Tekaan nakal aku: Mungkin kita tidak sedar. Komen-komen untuk entri sebelum ini menyangkal tekaan nakal aku. Kita semua tahu. Deen kita ini best. The best. 'The bestest' (tuan tanah 2006). 'The best of the best. Nothing but the best beside the best of all the best always the best' (kingbinjai 2006).

Soalan pertama terjawab. Kita tahu deen ini best. Yang membawa kepada soalan kedua. Berapa ramai antara kita yang mengiklan kan ke'best'an dan keseronokan deen ini? Berapa ramai antara kita yang cuba menonjol kan imej ini?

Mungkin Hamka sedang cuba. Khabar nya beliau dalam proses menjadi orang Islam yang kool (Hamka 2006). Yang lain?

Syaz menulis pengalaman beliau:
And then, in the second semester, I sat next to Maryam Madihah in class. Now, this is a wonderful example of a Muslimah. She was the one who bucked my perception of the Muslim woman with the long tudung. I mean, dia siap baca Harry Potter, fasih berdebat dalam English, pandai pulak tu, dan dalam saku begnya sentiasa tersimpan al-Quran. Not kolot at all. She never forced her beliefs on me. When I asked her about her many differences from the typical Malay Muslim girl, such as her decision to wear the long hijab, she didn’t give me the expected 'because God told us to' answer. Jauh sekali. Dia kasi explanation yang logica grammatica. Dia kata, "Lagi sejuk tau, bertudung labuh ni. Angin masuk. Pastu, takdelah bebudak lelaki kat sekolah agama kita boleh ejek lagi, sebab kita pakai tudung yang jarang."
Pakdi menjawab persoalan mengapa ceramah dakwah kelihatan lesu:

Kenapa ustaz-ustaz kita selalu menerangkan sesuatu hukum agama, kalau ditinggalkan maka hukumnya adalah dosa?

Bukan salah cakap begitu. Memang begitulah hukumnya pun.

Cuma, kenapa disamping menerangkan hukuman dan dosa, tidak sebut apabila kita buat sesuatu ajaran Islam, kita boleh hidup senang di dunia?

dan

Pembawaan ustaz-ustaz kita, siapa tak bayar zakat hukumnya berdosa. Siapa tak pergi haji sedangkan dia mampu, pun berdosa.

Hukum tersebut betul. Cuma kenapa ustaz-ustaz kita tak cakap pentingnya umat Islam kuasai ekonomi biar satu hari nanti semua umat Islam boleh bayar zakat dan semua umat Islam boleh menunaikan haji?

Rakan yang bercerita tadi. Mencerita kan pengalaman berhadapan dengan seorang rakan sekuliah. Seorang Kristian. Apabila ditanya mengapa bersolat? Jawapan yang disangka pasti 'Ala, sebab wajib' atau 'Tuhan suruh' atau 'Solat bukan apa-apa pun. Solat la'. Tapi jawapan rakan aku itu bisa saja membuat sesiapa yang bertanya terkedu. 'Kerna solat itu menyeronok kan'. Jawab nya.

Selebih nya? Terpulang pada kita.
Terus menjalan kan kehidupan seharian. 'Aku tak cukup baik untuk berdakwah'.
Menjatuh kan hukum. 'Siapa tinggal solat berdosa!'
Atau cuba menjadi seorang Islam yang kool.

Oh ya! Sedikit tentang solat. Di laman Hamka yang ini.


| Links to this post

Wednesday, June 07, 2006

sungguh


Islam itu best!


| Links to this post

Monday, June 05, 2006

H2O


Cerita
Dia: Kau tak mimum air?
Aku: Takpe la. Aku jarang minum kalau makan kat sini.
Dia: Air kosong ja.
Aku: Takpe la.
Dia bingkas.
Aku: Oi. Aku nak satu.
Separuh menjerit.

Dia kembali. Dengan 2 gelas air kosong.
Aku: Air kosong free ke?
Dia: Ye la. Kalau tak. Aku pun memang takkan minum kalau makan kat sini.
Aku: Owh.

Set
KNoodle. Aku selalu makan kat sini. Sebab? Dekat dengan uni + Halal. Lagi pun murah. Murah-murah pun. Kalau aku bagi tau kau berapa harga. Lepas tu kau convert kepada ringgit malaya. Kau pun jeles dengan aku. Tambang pergi kerja kau setengah bulan agak nya.

KNoodle [yang kami panggil sebagai Knud] terletak di Pulteney Street. Sebagai gambaran kasar nya. Cuba kau bayang kan kau sekarang sedang memandu kat Pulteney Street. Kau pandu laju. Ala-ala Fernando Alonso. Ditakdir kan Tuhan. Kau lupa apa itu brek. Apa fungsi brek. Dan di mana brek. Nescaya kau akan...
...melanggar Bonython Hall. Dewan yang aku masuk sekali masa taklimat orientasi. Dan langsung aku tak tempuh lagi lepas tu.
Dan mungkin sekitar 30 saat sebelum kau melanggar dewan klasik ini. Kau telah melintasi Knud itu. Dekat kan?

Boleh
Air paip kat sini. Dirawat dengan sempurna. Jadi kau boleh tonggang air paip terus. Memang selamat diminum. Tiada karat. Tiada keruh. Tidak seperti air paip ketika aku menuntut di Bandar Anggerik, Negeri Maju di Malaya dulu. Suka untuk aku ingat kan kau. Perkara ini mereka capai tanpa perlu mereka menukar-nukar syarikat air seperti Negeri Maju di Malaya.

Pendek
Ini bermakna. Perjalananan air itu. Tidak jauh. Sebelum sampai ke gelas aku. Air itu mungkin masih tidur di dalam paip. Jadi kira patut lah. Kalau mereka tak meletak kan harga untuk air kosong. Walau pun mereka bayar bil air. Berapa sangat lah untuk segelas air itu.

Panjang
Hal ini tidak berlaku di Malaya. Untuk menyedia kan air kosong di Malaya. Seorang peniaga perlu menadah air ke dalam [di dalam?] cerek. Menjerang air. Membiar kan air itu sejuk. Menyimpan nya. Menunggu kamu pesan. Begitu sukar dan jauh perjalanan air itu. Sebelum sampai ke tekak kamu. Jadi apa salah nya. Mak cik itu mengena kan bayaran 20 sen untuk segelas air kosong?

Ya ya. Aku tahu apa yang bermain di benak kau. Kita anggap kan saja. Semua peniaga restoran melayu yang kau pergi itu. Menganggap perniagaan itu sebagai ibadah dan jihad [seperti Salsabila Fahim dan Teh Sofia]. Maka mereka akan melaku kan sebaik nya dalam mencapai tahap itu.

pssstt. Gambar itu aku kerat dari nota kuliah aku. Subjek apa?


| Links to this post

Sunday, June 04, 2006

sebab


Kenapa?

The decision to ban the documentary was based on the series of articles in Berita Harian. I need to emphasise this point: No one in Berita Harian has seen the documentary. And no one interviewed by Berita Harian had seen it either.

According to friends of mine who were called up by Berita Harian (and who refused to make any comments), the question that was asked of them was "Do you approve of this Amir guy making a movie glorifying communism and Chin Peng?" This sort of leading question obviously got the answers that the paper was looking for. The people who were quoted were making comments on a documentary they had not even seen. Some of them didn't even know of its existence until Berita Harian told them. In other words, they literally didn't know what they were talking about.
Siapa yang Berita Harian panggil untuk beri respons?
Veteran UMNO, Tan Sri Aziz Tapa.
Seorang lagi veteran UMNO, Tan Sri Zaleha Ismail
Beberapa orang lagi
serta Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad. ha? Noraini Ahmad? Padan le...

Patut la pelajar-pelajar kita selalu disalah kan. Tak kritis. Tak kreatif. Tak berfikiran terbuka. Makan suap Harus disuap [spoon feed]. Bertongkat. Jumud.
Patut la. Kau pernah dengar Kepimpinan Melalui Tauladan? Sebab tu la...

Melawat Lawatan
Why is Lelaki Komunis Terakhir banned in Malaysia?


| Links to this post

Friday, June 02, 2006

Mengata aku


Cerit[a]

Member aku si blackpurple bercerita tentang seorang mak cik yang tau bawak saja.

Kalau
Mungkin kamu fikir. Beliau ingin bercerita tentang perangai orang kita [orang perempuan?] yang tak mahu ambil tahu sangat [soal kereta]. Dan selalu leka sampai lah malang menimpa. Dah terhantuk. Baru terhegeh-hegeh nak mengadah. Tanah dah runtuh. Baru nak terhegeh-hegeh nak marah pemaju. Kalau begitu. Tentu kamu memuji usaha murni BP ini.

Andai
Mungkin juga kamu fikir. Beliau ingin bercerita tentang pertolongan yang beliau beri kan kepada mak cik itu. Ayat 'Mujur juga aku parking disebelahnya...' (BP 2006). Kamu fikir bagai mahu menunjuk kan kesuperheroan BP. Kalau begitu. Tentu kamu mengutara kan ayat nakal. 'Eee. BP tak ikhlas. Menunjuk-nunjuk'. la la la la la [bayang kan ada emoticon bersiul di sini].

Free
Banyak amalan baik. Dan tanpa perlu memerah keringat. Orang kata. Pahala percuma. Kebaikan yang mudah. Ustaz aku kata. Antara sekecil-kecil kebaikan ialah mengalih kan duri atau batu atau kulit pisang atau paku atau tumpahan thousand island daripada laluan pejalan kaki. Atau laluan kenderaan. Setidak-tidak nya. Potensi kecederaan akan berkurangan. Mungkin kamu telah menyelamat kan satu nyawa. Siapa tahu?

Cuba
Setidak-tidak nya. Kamu juga telah menyumbang sesuatu. Ustaz aku kata lagi. Hidup kita ini biar lah memberi manfaat. Jangan tak berguna langsung. Jangan sampai kalau padam nama kamu dalam sejarah peradaban manusia ni. Tak memberi kesan langsung. Setidak-tidak nya. Beri lah manfaat kepada rakan kamu. Yang paling mudah memberi nasihat. Rasul SollalLah 'alaihi wa sallam sendiri berpesan 'Sampai kan walau satu ayat'.

Impak
Kalau tak silap aku. Hamka pernah berkata. Lebih kurang begini. Sewaktu kamu lahir. Kamu yang menangis. Orang lain tersenyum. Biar lah semasa kamu meninggal dunia. Orang lain menangis. Kamu yang tersenyum. Hamka yang berkata tu. Bukan Hamka yang ini.

Contoh
Semalam. Ada seorang pemuda yang baik hati. Membantu seorang tua [di Adelaide ramai orang tua]. Menaiki bas. Itu adalah salah satu amalan yang mulia. Aku tak nak beritahu siapa pemuda itu. Nanti kamu dengan nakal nya mengata kan aku tidak ikhlas dan menunjuk-nunjuk.


| Links to this post

Thursday, June 01, 2006

Berhati-hati di udara



image courtesy of Wikipedia

Tak semua orang suka makan tapai. Kalau aku kata ada 253 orang penduduk Kampung Universiti yang suka makan tapai. Sudah tentu jumlah sebenar penduduk Kampung Universiti lebih daripada itu.

Akhbar kegemaran rakyat Malaya melapor kan. 30 bilion dijangka tonton Piala Dunia 2006. Isteri-isteri yang bakal menjanda seketika. Awek-awek yang bakal kesepian seketika. Dan beberapa lagi golongan yang tidak bahkan rasa meluat untuk menonton Piala Dunia 2006 tentu tidak termasuk dalam 30 bilion ini.

Yang menjadi kemusykilan aku. Populasi planet bumi hanya lah 6 bilion lebih sahaja. Mana datang lagi 24 bilion yang menonton Piala Dunia 2006? Mana pula nak campak golongan yang tidak menonton Piala Dunia 2006?

Akhbar kegemaran rakyat Malaya pun. Menipu macam skim piramid ke?

Melawat Lawatan
Senarai populasi negara-negara di planet bumi

Nota kaki:
Juruterbang diminta berhati-hati. Mungkin ruang udara planet bumi dipenuhi dengan UFO-UFO milik makhluk asing dari planet Nameck. Planet Nibiru. Planet Zargus. Dan jiran-jiran kita dari galaksi lain. Yang berhenti sementara berperang galaksi. Untuk menyaksi kan Piala Dunia 2006. Harap maklum!

p/s:
pakdi, hang ron, BP, king binjai dan aizu:
Waras dalam bingung
Jaga dalam tidur
Ada dalam tiada
Benda yang tiada memang kamu tak kan nampak apa-apa.


| Links to this post

July 2006 May 2006 Home