Wednesday, May 31, 2006

bukan


Screenplay by
Book

Based on an original idea by
bukhariramli

YMI Pictures / Jimbit Production
31st May 2006

Note: The hard copy of this script contained scene numbers and some "scene omitted" slugs. They have been removed for this soft copy.


| Links to this post

Monday, May 29, 2006

Osmosis


Pesan
Sebagai anak muda yang masih mentah. Nasihat ibu bapa seperti 'berkawan tu elok-elok'. Atau 'jangan kawan dengan orang yang tak senonoh'. Amat lah berguna dalam hidup aku. Yang masih muda remaja belia belasan tahun hingusan belum dewasa ini [sengaja dipanjang-panjang kan. supaya cikgugitar tidak lagi menuduh aku orang dewasa yang berlagak muda. bwahaha].

Tepat
Hal ini sebenar nya teramat lah betul nya. Guru Bahasa Inggeris darjah enam aku berkata. 'Kau kawan ngan tokey minyak wangi. Kau wangi. Kau kawan ngan tukang besi. Kau hitam'. Kata-kata itu dilafaz kan ketika aku masih lagi kecil. Sudah tentu aku tidak berapa nak faham.

Sedar
Semakin lama aku hidup. Aku mula mengalami kebenaran kata-kata ini. Aku berkawan dengan semua lapisan masyarakat. Dan aku tahu. Kawan sebaya atau tidak sebaya. Amat kuat pengaruh nya dalam diri. Beberapa pengamatan aku adalah seperti berikut.

Musik
Kalau kau berkawan dengan orang musik seperti cikgugitar. Mungkin perbualan kau berkisar pada Sonar Cakewalk. Pada Adobe Audition. Pada Home Studio. Pada notation. Dan mungkin akan diakhiri dengan ayat. 'Nanti kau tulis lirik. Bagi kat aku. Aku tulis kan lagu'.
Atau kalau kau berkawan dengan orang vokal. Perbualan akan berkisar tentang falsetto. Tentang 'breathing'. Tentang 'humming'. Tentang vibrato. Flat. Pitching. Lari tone. Dan kau kan mendapat nasihat seperti. 'Tiap-tiap malam minum air panas campur limau kasturi'.
Atau kalau kau berkawan dengan artis [nasyid dalam kes aku]. Perbualan kau akan berkisar tentang pahit manis kumpulan itu. Tentang persiapan mereka menuju AIM. Tentang mikrofon yang tak best. Dan mungkin akan disudahi dengan. 'Datang lah studio baru kitorang kat __________'.

Pena
Kalau kau berkawan dengan orang tulis-tulis ni. Perbualan kau akan berkisar tentang bahasa. Tentang penulis mapan. Tentang persatuan penulis. Tentang novel. Tentang kedai buku. Sastera. Dan akan mendapat arahan seperti. 'Kau peram elok-elok. Nanti dah siap. Bagi kat aku. Nanti aku tolong semak kan.' Atau cadangan seperti. 'Tulis lah pengalaman kat sana. Kita perlu kan seorang penulis menulis pengalaman di Adelaide'.

Terlingkup
Contoh ini boleh melitupi apa jua bidang. Apa jua jenis kawan kau. Dengan kawan. Kau boleh diheret ke kancah penulisan. Kancah nyanyian. Kancah pelaburan. Kancah politik. Atau diheret terus ke belenggu dadah. Naik turun kelab. Atau kegemaran untuk makan satay!

Tapi
Sebab yang dinyata kan itu hanya lah sebab. Kau boleh cipta pelbagai sebab. Tapi sebab utama orang tua memberi nasihat kepada orang muda. Adalah kerna orang muda memang mentah. Memang bodoh. Memang tak cukup makan garam. Memang hingusan. Memang... muda! Orang muda sememang nya teramat mentah. Tidak tahu membeza kan mana baik buruk. Mudah percaya dengan apa yang disuap. Dan selalu membuat tanggapan salah. Kerna itu. Kerajaan mengharam kan tayangan filem Lelaki Komunis Terakhir.
Walaupun dokumentari itu tidak memaparkan keganasan komunis, ia boleh memberi tanggapan yang salah di kalangan generasi muda yang tidak mengalami kehidupan pada zaman darurat dahulu.
Lihat. Kerajaan kau prihatin dengan kementahan orang muda. Lain lah kalau Chin Peng tu ahli UMNO. Itu lain cerita.

Melawat Lawatan
Malang Lelaki Komunis Terakhir
Kerajaan tetap haram kan Lelaki Komunis Terakhir


| Links to this post

Friday, May 26, 2006

Tidak kena




Gubra
Seorang mamat China menggelabah. Puan Pensyarah menyuruh nya menulis hasil kerja rumah nya di papan putih. Tapi malang nya. Di buku nya. Dia menulis mengguna kan pen berdakwat putih. Atau pen nya kehabisan dakwat. Mungkin.

Pelita
*ting*
Mentol di kepala nya menyala. Pusing ke belakang dan minta dikasihani. Apam tak mahu beri. Mei pun tak nak. Aku? Aku tidak sampai hati. Aku beri kan hasil kerja rumah aku. Yang aku tulis dengan pena biru itu.


Kant
Puan Pensyarah dapat menghidu kegiatan mamat China itu.
Puan Pensyarah: Who's the nice guy?
Mamat China itu menunjuk kepada aku. Dengan pen marker yang berdakwat biru.
Puan Pensyarah: You should let him suffer a bit.
Kata nya kepada aku.
Kalau dalam filem. Mungkin ketika babak ini. Puan Pensyarah akan mempunyai tanduk. Serta taring.

Puji
Puan Pensyarah mendapati hasil kerja mamat China itu [yang sebenar nya hasil kerja aku]. Mempunyai kata kunci yang dia mahu kan. Dia membulat kan dengan pen marker warna hijau pula. Dan memuji-muji hasil kerja aku itu. Semua nya berlaku tanpa aku sedari. Aku? Aku sedang membelek nota.

Sipi
Vicky - mamat Sri Lanka hari tu - mengetuk meja aku. Aku pandang ke depan.
Vicky: Baik!
Memang patut pun aku ajar Vicky. Baik means fine. Kerna sememang nya. Baik! bukan lah terjemahan yang tepat untuk Good!


| Links to this post

Thursday, May 25, 2006

Masa Itu Emas 2


Di Malaya. Banyak perkara yang kita telah biasa. Sehingga kalau ada pertandingan meneka tajuk berita di Malaya. Kau mungkin akan mendapat kemenangan mudah.

Sepit
Sebagai contoh. Yang terdesak dan penuh helah hanya lah pembangkang. Hal ini sebenar nya selain merupa kan fakta sebenar dan tepat [kerana pembangkang memang begitu]. Selalu diulang-ulang. Tak perlu selesai kan pembacaan kau. Kau tahu juga kesudahan nya.

Tidak turun
Dalam perkembangan lain. Tarif eletrik di Malaya mengalami kenaikan 12%. Dan tidak perlu menunggu lama. Berita yang kau ramal kan: Perdana Menteri kamu berkata kenaikan tarif eletrik wajar. Mulut kau terkumat-kamit mengikut tajuk berita itu. Maklum lah. Kau sudah hafal. Hal ini sebenar nya selain merupa kan fakta sebenar dan tepat [kerana tindakan kerajaan sentiasa wajar]. Selalu diulang-ulang. Tak perlu selesai kan pembacaan kau. Kau tahu juga kesudahan nya.

Amplifier
Dan kata-kata ketua kerajaan Malaya itu. Akan cepat menjadi gema. Berulang-ulang. Berulang-ulang. Berulang-ulang. Berulang-ulang. Dengan amplitud yang lebih tinggi. Semua pakat nak mengulas. Hal ini perlu kau fahami. Tindakan mereka ini tidak lain. Adalah kerna semangat patriotik mereka yang tinggi dan meluap-luap.

Tidak tinggi
Kau memang tak tahu diuntung. Tarif eletrik kau lebih rendah berbanding Tajikistan. Kepulauan Galapagos. Tibet. Nicaragua. Togo. Dan banyak lagi negara.

Psikik
Tajuk berita: Kenaikan tarif elektrik...
Kau: ...munasabah.

Lucu
Sesekali. Kau akan terasa hidup kau diselaputi hiburan. Malaya mempunyai banyak siaran tivi. Stesen radio. Rancangan hiburan. Pendek kata. Hiburan dimana-mana. Begitu suka nya rakyat Malaya kepada hiburan. Sehingga berita akhbar juga menyelit kan sedikit elemen humor dalam laporan mereka:
>>Presiden Transparency International Malaysia, Tan Sri Ramon Navaratnam yakin kenaikan tarif elektrik itu tidak akan dibantah oleh rakyat Malaysia kerana ia tidak memberi kesan langsung kepada golongan miskin<<
Dalam kebenaran kata-kata ini. Terselit elemen humor di sini.

Konklusi
Syabas. Sebagai rakyat Malaya. Kau sudah pandai meneka laporan berita. Jadi kau punya banyak masa lapang. Hasil penjimatan membaca berita itu. Masa yang dijimat kan boleh kau guna kan untuk menanam tembikai terbulat. Membuat dodol terpanjang. Menganyam ketupat terbesar. Membuat kek lapis tertinggi [semua nya makanan. ya. aku lapar sekarang]. Menggali sungai terdalam. Menternak semut terkecil. Atau kalau kau suka melancong. Kau boleh melawat. Menara berkembar tertinggi di dunia.


| Links to this post

Tuesday, May 23, 2006

cukup


Kepunyaan

Ini tanah air kita. Kita diyakin kan begitu. Maka dengan keyakinan itu lah. Tanah kita makin lama makin tergadai. Makin lama makin mengecil. Diserah kan atas nama pembangunan [seperti Ladang Teduh Dulu dalam Tunggu Teduh Dulu]. Pembangunan yang aku dan kau. Sama-sama boleh ragui. Dan dengan keyakinan itu juga lah. Air kita semakin tercemar. Yang ada dijual dengan murah. Kita. Aku dan kau. Sama-sama boleh ragui. Dengan pengurusan air kita. Gantung satu cerita.

Kekayaan
Apa kah kekuatan ekonomi sebenar? Duit. Wang. Kredit kad. Bukan. Berdasar kan sedikit pengetahuan aku. Wang aku dan kau. Tidak lebih daripada sehelai [atau berhelai-helai] kertas kosong. Usah kan perang atau darurat. Aku dan kau. Telah lihat bagaimana pada Julai 1997 ekonomi dunia terbatuk. Dan kahak nya tersembur. Melekit sampai ke sebelah sini. Nilai-nilai yang datang bersama kertas itu. Susut. Secara mudah nya. Boleh difikir kan begini. Kertas itu diberi nilai oleh sistem kewangan. Dan secara logik nya. Apabila sistem itu terjejas [macam 1997] atau runtuh [mungkin berlaku satu hari nanti]. Nilai-nilai pada kertas itu akan tercabut juga [teori kapitalis dan nilai wang tidak semudah ini. ini hanya lah versi mudah]. Gantung satu lagi cerita.

Berharga
Material yang bernilai. Dan nilai nya tetap. Dan boleh pula menjadi sumber kekayaan. Ialah emas. Emas memang bernilai kerana ia bernilai. Nilai nya hampir tetap. Jarang berlaku harga emas jatuh macam nilai mata wang. Gantung cerita ni.

Solusi
Beberapa tahun kebelakangan. Aku dan kau juga. Selalu terdengar [terbaca? ter?] cadangan untuk menggunakan dirham dan dinar. Bagi mengurang kan pergantungan terhadap mata wang Dollar US. Berikut ialah petikan Islamic Dinar dari Wikipedia:

"As a consequence of currency crisis in Asia,..., then Prime Minister of Malaysia Mahathir bin Mohamad proposed introduction of Islamic gold dinar as currency for international trade in Muslim world... ensure that dollar's stability does not effect international trade because Islamic gold dinar was to be tied to price of gold and thus provide stable value of the currency..."

Tun juga memang berminat dengan mata wang emas ini. Sebagai persediaan kita untuk apa-apa yang akan berlaku kepada sistem kewangan konvensional. Cerita ini aku gantung.

Penambahbaikan
Sebagai sebuah negara Islam. Kerajaan Malaya sudah tentu nya akan sentiasa. Suka kepada perubahan yang membawa kebaikan. Satu lagi cerita aku gantung.

4000 darham. WOW!
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri Kelantan, Datuk Husam Musa. Mengusul kan cadangan kerajaan Kelantan akan memperkenal matawang dinar dan dirham. Untuk menjamin dan mengukuh kan nilai mata wang dalam pegangan atau simpanan rakyat. Kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Gantung satu cerita lagi.

Tetapi
Belum mendapat apa-apa penjelasan. Kerajaan Islam Malaya. Telah menolak cadangan ini. Sesungguh nya tindakan pemimpin kamu ini amat lah tepat. Beliau kan ketua kerajaan. Tahu lah beliau. Kamu apa tahu? Kamu ni. Tentu dah dihasut fitnah dan dakyah pembangkang. Hish! Tak lojik langsung kamu ni.

Juga
Selain emas. Tanah dan air. Juga adalah sumber yang bernilai. Kita ada tanah air. Cukup lah tu kot?
:P

Melawat Lawatan
Pusat tidak harus tolak penggunaan dinar, dirham
PM says Kelantan Cannot Issue Own Currency
Kapitalis dan duit kertas
Gold Dinar
Islamic Mint
Capitalist


| Links to this post

Saturday, May 20, 2006

Camouflage


Girls' Lingo

Seorang kawan kata. Kalimah FINE yang perempuan guna kan. Tidak lah bermaksud seperti yang kamu faham. Kalimah ini khas nya mereka guna kan untuk menghenti kan [memula kan?] pergaduhan. Jadi bila perempuan berkata FINE [8 harkat satu nafas]. Jangan lah kamu kembang atau cuba berasa lega. Kamu dalam masalah besar sebenar nya.

Coba-coba
Vicky - seorang mamat Sri Lanka - pada suatu hari bertanya.
Vicky: Apa khabar?
Walau pun aku agak terkejut dengan cubaan mamat ni untuk cakap melayu [siapa ajar mamat ni cakap melayu?]. Aku jawab juga.
Aku: Baik
Dan seperti yang aku sangka.
Vicky: What did you say?
Aku: Baik means good.
Menyedari yang 'Good' bukan lah jawapan yang standard dan sedap untuk 'How are you?'
Aku: Hurm. Err.. it means fine.
Aku lupa beritahu Vicky. Fine aku bukan lah seperti FINE orang perempuan yang 8 harkat satu nafas tu.


| Links to this post

Thursday, May 18, 2006

Main Lampu Suluh


Penafian: Tiada kaitan dengan entri Lampu Picit Adam

Terang
Adalah sesuatu yang terang lagi disuluh lampu. Bahawa di Malaya. Masa yang paling tepat untuk kamu belajar tentang sesuatu tempat adalah ketika pilihan raya kecil.

Kenyalang
Sekarang. Di Malaya khabar nya sedang demam pilihan raya Sarawak [bukan kecil. tetapi negeri]. Dan sekarang adalah waktu yang amat tepat untuk kamu mengetahui betapa maju nya Sarawak. Betapa banyak nya bangunan di Kuching. Betapa hebat nya pembangunan di Sarawak. Betapa berjasa nya pihak yang membawa pembangunan ini. Serba serbi nya Sarawak sekarang ini. Kamu akan lupa bahawa Kuala Lumpur itu adalah ibu negara Malaya. Buat seketika.
Kepala kamu akan disantak dengan Sarawak sepanjang masa. Buat beberapa ketika lagi. Bersabar lah.

Disuluh
Juga. Adalah sesuatu yang terang lagi disuluh lampu. Bahawa di Malaya. Pihak yang menabur fitnah sudah tentu nya pembangkang. Setiap patah kata pembangkang itu. Sudah tentu nya tidak betul sama sekali. Itu kamu perlu maklum. Kerajaan kamu sangat mengambil berat tentang rakyat. Kamu saja yang tidak tahu. Pembangkang juga yang kamu suka. Tahu kah kamu. Setiap patah kata pembangkang itu tidak pernah ada asas nya? Dan kerajaan kamu sangat-sangat prihatin. Jika kamu terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Benderang
Adalah sesuatu yang terang lagi disuluh lampu. Juga. Bahawa di Malaya. Kamu tak perlu pergi jauh untuk mengetahui tentang parti kesukaan kamu. Parti kesayangan kamu. Akhbar-akhbar perdana sedia melapor kan kepada kamu. Gerak kerja parti kesayangan kamu. Persidangan perti kesayangan kamu. Projek amal parti kesayangan kamu. Hatta bagaimana kamu boleh sertai parti kesayangan kamu itu melalui SMS. Pun kamu akan tahu juga. Media yang kamu suka sedia melapor kan kepada kamu.
Amat malang sekali jika berita tentang pembangkang yang kamu cari. Pembangkang kamu tidak pernah buat apa-apa. Bukan media tak mahu lapor kan. Tapi sudah tersurat bahawa pembangkang kamu tidak berbuat apa-apa melain kan dakyah dan fitnah semata-mata.

Ucap selamat
Semoga semua kerusi pilihan raya Sarawak ini dimenangi oleh Kerajaan Barisan Nasional dan parti-parti komponen nya: UMNO, MCA, MIC, SUPP, SPDP, PBB, PRS, TV1, TV2, TV3, Berita Harian, Utusan Melayu dan lain-lain.

Oh ya. Petang ini [18 Mei]. Jangan lupa. Di TV1.
4.05 petang: Kenyalang Gemilang
5.30 petang: Sarawak Gemilang

Melawat Lawatan
Jangan terpengaruh fitnah pembangkang
Tiada asas DAP dakwa demokrasi mati di Sarawak
Sertai UMNO melalui SMS


| Links to this post

Wednesday, May 17, 2006

semalam


Penafian: Aku tulis tanpa edit. Mungkin bosan bagi kamu. Hari Guru setahun sekali.

Semalam Hari Guru. Aku tak pasti [lupa?] kenapa 16 Mei? Tidak silap aku. Berkaitan dengan pengenalan dasar pendidikan. Mungkin.

Beberapa orang cikgu aku menjadi mangsa ucapan selamat aku. Yang paling best tentu nya cikgu aku yang sempoi. Cikgu Azmah. Call aku immediately selepas aku menghantar SMS. Walau pun dia sendiri tak pasti siapa yang baliau call. 10 saat sudah cukup untuk beliau mengenali aku. Aku pun lupa bagaimana aku boleh rapat dengan Cikgu Azmah. Anak-anak serta suami nya pun aku kenal dan kenal aku.

Sepanjang tak sampai 20 tahun aku hidup kat dunia ni. Telah terlalu ramai guru datang dan pergi dalam hidup aku. Tak kurang juga cikgu-cikgu aku yang datang dan tak pernah pergi. Kami terus rapat. Terus jadi macam kawan. Selalu nya, kalau aku terlampau amat bosan di rumah [aku tiada rakan di hometown aku sendiri. sedih]. Aku akan ke sekolah. Aku teramat tahu yang ramai cikgu yang akan boleh aku ajak berbual. Aku tahu Cikgu Azmi. Cikgu Khairul. Cikgu Shamsul. Cikgu Amin. Ustaz Amzarie. Cikgu Zuhata [nanti kita bincang projek ok!]. Cikgu Mahzan. Cikgu Abdullah. Cikgu Zainal [we converse in English. cikgu english aku dulu ni]. Cikgu perempuan aku sekadar kenal gitu je sekarang. Ramai yang aku dah lupa pun nama nya. :P Kerani sekolah Kak Teh. Aku tahu mereka sentiasa mengalu-alu kan kedatangan aku. Dan big boss [guru besar] pun tak pernah marah kalau anak buah dia ni datang sekolah [terima kasih pak ngah!]. Dan selalu nya juga sesi bergelak ketawa akan berlaku. Aku seolah tak pernah tinggal kan sekolah tu. Aku datang. Aku pergi. Tapi aku tak tinggal kan sekolah tu terus. SKST.

Kat SHAMS tak kurang juga. Ramai cikgu-cikgu yang rapat dan terus kamceng. Cikgu Zai yang suka dengan nota kimia kami [geng 6 jahanam] yang berwarna-warni. Ustazah Marzilah yang marah kan aku semasa aku meletak jawatan Ketua Pelajar. Marah. Marah. Kemudian minta maaf. Kemudian nasihat aku. Macam seorang ibu. Cikgu Azmah yang tak letih melayan kerenah kami. Memang patut jadi kaunselor [cuma kadang-kadang terbalik. tak tau siapa kaunseling siapa]. Kaunselor yang juga sama bersusah payah dengan ASSHAMS [kumpulan nasyid aku. di mana kah korang semua?] Cikgu Zabedah [kawan ayah ibu aku] yang bagai kan ibu kepada 5 Islah itu.
Dan ramai lagi.

Bercerita tentang sekolah. Tentang guru. Tentang cikgu. Memang tak kan habis.

Penafian: Aku dah edit banyak kali sebenar nya. Dan sebenar nya aku tak nak menulis panjang.


| Links to this post

Monday, May 15, 2006

Kaki Tiga


Satu kaki
Ubat kaki tiga berharga RM 0.30. Antara produk perubatan terlaris di Pasar Mini Ramli.

Dua kaki
Isle of Man berbendera kan sebuah bendera berlambang kaki tiga. Dulu aku fikir ubat kaki tiga tu ayah aku import dari sana. Dan dulu aku fikir. Negara tu ada orang lelaki saja.

Tiga kaki
Tuan penceramah mencari tripod. Buat sandaran mikrofon nya. Letih la tu pegang mikrofon.
Dia: Kau tau tripod kat mana?
Aku: Tak. Aku pakai blogspot!


| Links to this post

masih


Ya.
Saya tahu.
Usia saya belum mencecah dua puluh tahun pun.

Ya.
Saya tahu.
Saya masih budak-budak lagi.

Puas hati?


| Links to this post

Saturday, May 13, 2006

006


Terima kasih Erin kerna men'tag' aku. 3 hari 3 malam aku bertapa mencari ilham. Sudah lah separuh perkara pelik aku. Kau dah tulis. Terpaksa aku mencari perkara lain. Di sini aku perturun kan enam perkara pelik tentang aku.

Aku tiada kereta dan terpaksa menaiki pengangkutan awam
Perkara pelik paling utama tentang aku ialah, tidak seperti rakyat Malaya lain yang memiliki 5 buah kereta seisi rumah, aku tidak mempunyai kereta. Dan tidak seperti rakyat Malaya lain yang MEMILIH untuk menaiki pengangkutan awam, aku TERPAKSA menaiki pengangkutan awam. Perkara ini aku sedari hanya lah selepas menteri-menteri di Malaya menyaran kan supaya rakyat Malaya berkorban dan mengubah cara hidup. Bagi rakyat Malaya yang lain, mungkin mereka akan mengubah cara hidup. Tapi bagi aku, itu lah cara hidup aku.

Telinga aku mempunyai meter penyukat
Akan ada lampu yang menyala apabila petrol [atau diesel] kenderaan kamu kekeringan. Menanda kan perlu nya kamu mengempis kan saku kamu. Telinga aku juga sebijak kenderaan kamu. Tetapi isyarat dihantar apabila ia penuh. Telinga aku akan bergerak-gerak sedikit. Tahu lah aku sudah sampai waktu nya untuk aku mengorek telinga.

Aku menulis untuk membaca
Mungkin ramai yang pelik. Tak memahami. Tak kurang juga mengeji. Keghairahan aku untuk menulis. Untuk menambah lagi kepelikan mereka. Aku kata kan [salah satu] tujuan aku menulis ialah untuk membaca.

Aku suka Doraemon
Kesukaan kepada Doraemon bukan lah perkara pelik. Yang pelik nya. Aku banyak belajar daripada Doraemon. Sesuatu yang mungkin agak pelik bagi rakyat Malaya yang memiliki 5 kereta. Perkara yang aku belajar daripada Doraemon: Cara yang betul untuk menyebut dinosour dan OK [dulu aku baca ok bukan okey!]. Jalur mobius. Hadiah nobel. Fosil. Teori relativiti. Tahun cahaya. Sistem solar. Dan kajibintang [juga kajibinatang].

Ah! Apa lagi dua?!

Aku susah tidur
Aku perlu berpusing-pusing. Ke kiri ke kanan. Aku perlu habis kan 20-25 buah lagu dalam MP3 player aku. Aku perlu baca 2-3 bab apa-apa buku. Aku perlu shutdown, on semula, browse dan shutdown laptop semula. Semua nya aku laku kan dalam usaha untuk tidur. Yang pelik nya aku hanya memerlu kan seorang pensyarah yang bosan-ya-amat untuk membuat kan kelopak mata aku seberat tayar kapal terbang. [soalan: ada kah aku zalim?]

Aku membawa minyak hijau
Ke mana-mana aku pergi. Ke sekolah. Ke PLKN. Ke matrikulasi. Ke INTEC. Ke Negeri Festival juga. Aku membawa minyak hijau cap kuda. Ibu kata. Untuk kegunaan di masa kecemasan. Tapi aku sangat-sangat jarang mengguna kan nya. Selalu nya orang lain yang guna [kalau kamu rajin. selongkar akhbar tahun 2004. terpampang gambar aku mengurut kaki ketua kem PKN aku yang terkelepet]. Telah banyak bakti nya minyak hijau cap kuda ini. Kepada orang lain la tapi.

Selesai!

Pula
Setelah selesai menulis keenam-enam perkara pelik ini. Aku bersusah payah pula memikir kan. Siapa yang ingin aku tag? Pembaca blog aku yang berblog semua nya lebih berusia daripada aku. Sudi kah mereka bermain permainan budak-budak ini?


Solusi
Aku tag 10 pengomen terakhir yang mempunyai blog. Untuk menambah menarik. Tulis kan perkara pelik bukan saja tentang hidup anda. Tetapi juga tentang karier anda. Anak anda. Blog anda. Suami/Isteri anda. Atau apa sahaja. Supaya tidak nampak terlalu kebudak-budakan.


Mereka
Senarai mereka yang layak ialah:
1. Bukunota [nak ke kau main game ni Nazmi?]
2. Tuan Tanah [Cik Tanah mungkin sudi]
3. Cikgu Gitar [pengalaman pelik semasa mengajar dialu-alu kan]
4. Crimsonskye [Join je la Cik Bibah ek?]
5. Blackpurple [alahai. Kepelikan Jawa pun boleh]
6. Kak Nisah [pelik nya hidup sebagai peguam dan penulis mungkin menarik]
7. Pakdi [kau tulis la gelaran-gelaran pelik yang kau dapat tu]
8. Ron 97 [jangan cerita pasal congkak lagi tau]
9. MamaRisyia [Mama tentu tulis pasal anak]
10. Kelambu [layan ye Encik Azhan. nanti aku kirim bom ke rumah kau]


| Links to this post

Thursday, May 11, 2006

Linkisme II (sekuel)


Boleh dikata kan sekuel kepada Linkisme. Kot.


Sudah
Setelah setahun kehadiran aku. Menulis di pangkalan data percuma ni. Nama aku sudah mula kelihatan di laman-laman kawan-kawan sebaya serta tidak sebaya aku.

Pening
Berbagai kalimah mereka guna kan untuk merujuk kepada diri aku [atau laman aku?]. Book. BukhariRamli. bukhariramli [seperti yang aku suka]. MyBook. Bukhari. Atau apa saja.

Arigato
Terima kasih untuk semua. Yang membaca. Dan meletak link ke laman aku.

Tersipu
Cuma kadang-kadang pabila aku menatap kalimah yang merujuk kepada aku [atau laman aku?] di laman yang aku sendiri tak link kan. Aku merasa segan. Laman kecil aku dilink oleh laman besar yang aku sendiri tak link. Terbalik pulak aku rasa.


:-O
Beberapa hari [atau minggu?] lalu. Aku tertonton kalimah yang merujuk kepada aku [atau laman aku?]. Sesuatu yang bukan luar kebiasaan. Yang luar biasa nya di sini ialah. Lubang hidung aku terus membesar bak batu giling. Kamu bayang kan aku melihat nama aku [atau laman aku?] dicelah-celah nama Uthaya Sankar dan Nazmi Yaakob [bukunota]. Dicelah-celah Mawar Shafei dan Salina Ibrahim. Diletak kan bersama Zaid Akhtar. Berkongsi ruang yang sama dengan Sri Diah.
Kak Nisah menyenarai kan laman aku bersekali dengan laman penulis-penulis besar yang lain!
Cuma mungkin Kak Nisah tak tau aku selalu tukar tagline. Or Is It? adalah tagline sempena sambutan ulang tahun pertama MyBook. Takpe. Aku tukar tagline ke Or Is It? semula. Aku bermain tagline di banner aku saja lah.



| Links to this post

Wednesday, May 10, 2006

Book's books


Buku Dan Brown dan Sean Covey pasti nya bukan dibeli daripada
Ujana Ilmu. Buku Ayah Kita Bos pula ponteng sesi penggambaran
[soalan: di mana AKB aku?]

Nafsu
Manusia didatang kan ke dunia sekali dengan nafsu untuk menemani akal.

Tidak
Minggu lepas hidup aku tidak tenteram. Setiap hari aku periksa kalau-kalau ada bungkusan untuk aku dari Malaya.

Dua
Aku tidak pandai membeli-belah. Nafsu shopping aku kurang. Aku hanya shopping menggila apabila aku berada dalam kawasan liputan kedai barangan komputer. Dan yang paling utama nya. Apabila aku berada dalam wilayah kedai buku. Itu lah dua jenis tempat yang boleh merangsang nafsu membeli aku ke tahap membangga kan.

Suka
Sebelum itu. Kerna aku membeli banyak buku. Encik Shukri cuba merasuah aku. Dengan menawar kan pilihan buku percuma1. Mencari Locus Standi. Atau Impian Tsu Ryi. Aku memilih Mencari Locus Standi. Kerna Impian Tsu Ryi telah aku miliki [dan telah hilang juga].

Hampa
Aku kecewa. Sudah lah terlalu lama aku menunggu. Aku dapati pula. Mencari Locus Standi aku telah diconteng2.

Sudah
Aku telah khatam Ayah Kita Bos dan Tunggu Teduh Dulu.

Mudah-mudahan
Kalau aku rajin. Aku akan bercerita tentang Teduh Dulu. Tentang betik. Tentang rahsia. Tentang kerja Tuhan. Tentang ujian. Tentang sebab. Tentang akibat. Tentang Tunggu Teduh Dulu.

nota kaki buku:
1. Kata nya. Penjimatan daripada perbelanjaan pos. Entah. Aku pun tak paham. Nanti aku meniaga buku aku paham la. Kot.
2. Terima kasih Kak Nisah kerna mencoret dan meng'autograph' di buku itu. Aha. Ter'surprise' seketika.

Ini berita yang baru kami terima
AKB, seperti penulis-penulis nya, tidak reti duduk diam. Dijumpai berkeliaran oleh seorang pembaca blog ini. Entah badi penulis-penulis nya lekat kat buku ni apa.

AKB sedang berkeliaran. Dalam cubaan mengurat rakan-rakan tidak seangkatan.
Biology: Kau tu blook...
Principles of Anatomy: ...kami ni buku teks unibersiti...
Public Health: ...sedar diri sikit.


| Links to this post

Monday, May 08, 2006

rupanya


Satu
Aku kat sini. Kita kat sini.

Dia kat sana. Mereka kat sana.

Aku ketua. Kau pengikut.

Aku beritahu kau. Kita ada prinsip.

Tidak kira betapa betul nya. Tidak kira betapa benar nya. Tidak kira betapa lurus nya. Dia. Dan mereka. Di sana. Kita punya prinsip. Aku ingat kan kau. Aku. Dan kita. Di sini. Tak kan sekali-kali berdiri sebelah dia. Dan mereka. Di sana. Apa-apa pun terjadi. Aku. Dan kita. Tetap di sini. Ini prinsip.

Prinsip ini adalah ketetapan pihak di sini. Satu prinsip yang perlu disokong oleh aku. Dan kita. Di sini.

Menyokong pendirian pihak sini. Juga adalah prinsip. Aku. Dan kita. Di sini perlu patuh.

Dua
Rupanya kalau aku jadi wakil rakyat sebelah parti pemerintah. Aku tidak boleh menyokong usul wakil rakyat sebelah parti pembangkang. Kalau rakyat aku mahu menyokong usul itu bagaimana? Kalau usul itu bermanfaat kepada rakyat aku bagaimana?
Aku wakil rakyat atau wakil parti pemerintah?

Melawat lawatan
Ahli Parlimen kerajaan tidak dibenar sokong usul pembangkang


| Links to this post

sementara


Melalui seorang kawan1.
Aku mendapat tahu.
Agus Salim telah meninggal dunia pagi ini.

Tuan Haji Salim Haji Taib. Suami kepada Puan Mahaya Yassin. Bapa kepada Shazmee Rizal Agus Salim [penulis cerpen Rahsia. tak silap aku].
Berita ini disah kan oleh Kak Nisah di blog nya.

Al-Fatihah.

nota kaki:
1. Kawan rapat. Amat rapat. Sama berkongsi susah senang. Suka duka.


| Links to this post

Saturday, May 06, 2006

Sebahagian kecil


daripada sebahagian kecil. Daripada sebahagian kecil. Daripada sebahagian kecil. Daripada sebahagian kecil. Daripada sebahagian kecil. Daripada sebahagian kecil. Daripada sebahagian kecil. Daripada sebahagian kecil. Daripada sebahagian kecil. Daripada sebahagian kecil. Daripada sebahagian kecil. Daripada sebahagian kecil. Daripada sebahagian kecil. Daripada sebahagian kecil. Daripada sebahagian kecil. Daripada sebahagian kecil. Daripada sebahagian kecil. Daripada sebahagian kecil. Daripada sebahagian kecil. [repeat till fade]

Bersyukur lah.


| Links to this post

Friday, May 05, 2006

Nota lebih panjang daripada entri


nota kepala:

1. Terdapat beberapa kekeliruan tentang entri sebelum ini. Ada yang bertanya melalui YM. Ada yang datang terus ke bilik aku meminta penerangan seperti Matno [bukan nama sebenar].
2. Entri itu terselit 3 peristiwa. Peristiwa utama nya 1 sahaja.
3. Jikalau kamu betul-betul tidak paham. Guna kan lebuhraya. Straight to ampang point. Kamu akan tahu 1 peristiwa sahaja. Kamu hanya perlu baca perenggan berlabel Mula, Lapan, Seminit Sebelum Tamat dan Tamat. Dan Melawat Lawatan. Sahaja. Yang lain kamu langkau. Nota kaki itu pun kamu jangan baca.
4. Harap nya kamu paham. Ameen.

/* mula entri */
Satu
Kata ustaz aku. Mengumpat saudara kita sendiri. Ibarat kita memakan daging saudara kita itu.

Dua
Dia: La... Buruk rupa nya rambut aku ni. Baru aku sedar aku botak.
Beliau: Kau mengumpat diri sendiri ke?
Aku: Sedap tak daging kau?
Dia & Beliau: Ha?
/* entri tamat */


| Links to this post

Wednesday, May 03, 2006

Maka mereka itu di pihak mana?


Mula

Aku pernah selit dalam tulisan terdahulu. 'Tiada paksaan dalam agama' hanya teraplikasi untuk orang bukan Islam. Kata ustaz aku. Ayat ini bermaksud bahawa. Kita tidak boleh memaksa orang bukan Islam untuk mengakui Ke-Esaan Tuhan kita dan memaksa mereka mengakui Nabi Muhammad sollallah 'alaihi wa sallam itu pesuruh Tuhan yang Esa.
Kalau kamu buka tafsir Surah al Baqarah ayat 256. Dan kalau kamu mengguna kan tafsir yang sama macam aku. Kamu akan terbaca: 'Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat...'
Di situ ditulis 'Tiada paksaan untuk memasuki agama Islam'. Bukan 'Tiada paksaan untuk menutup aurat'. Bukan 'Tiada paksaan untuk mematuhi perintah Tuhan'. Bukan. Bukan.

Satu
Aku membuka sebuah pusat latihan perubatan. Akan beroperasi di lot kedai. Oh. Sensitif. Minta maaf. Aku tukar kepada. Aku membuka sebuah pusat tuisyen. Akan beroperasi di lot kedai berdekatan dengan anda.

Dua
Pusat tuisyen aku ini. Dengan motto 'Anak kau dapat banyak A, aku suka'. Pada permulaan ini. Akan hanya mengajar subjek matematik. Biasa lah. Takdak modal.

Tiga
Untuk mengajar matematik ini. Aku gaji kan seorang perempuan. Cantik. Tinggi lampai. Rambut mayang mengurai. Pipi gebu. Mata bundar. Bulu mata lentik menyapa badai.

Empat
Tapi. Perempuan yang cantik. Yang tinggi lampai. Yang rambut nya mayang mengurai. Yang pipi nya gebu. Yang mata nya bundar. Yang bulu mata nya lentik menyapa badai itu. Tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar. Usah kan mengajar matematik. Mengajar subjek apa jua pun dia tidak tahu. Jangan harap la nak belajar kalkulus. Atau pengamiran. Atau statistik. Daripada dia. Memang dia tidak tahu. Kalau kamu kata algebra. Nanti dia ingat kamu promosi pakaian dalam. Memang dia tidak tahu.

Lima
Aku pertahan kan perempuan itu. Bukan kerna dia tinggi lampai. Bukan kerna rambut nya mayang mengurai. Bukan kerna gebu pipi nya. Bukan kerna bundar mata nya. Bukan kerna bulu mata lentik nya itu. Bukan. Aku pertahan kan dia. Hanya kerna dia pernah belajar matematik. Beberapa belas tahun dahulu.

Enam
Soalan aku: Bodoh atau bijak kah aku [dalam kes ini. sahaja!] ? Bodoh tak aku kalau aku mengupah nelayan atau mat rempit yang keciciran sekolah atau juru solek artis atau kaki pancing tegar. Mengajar anak kamu yang bersekolah di sekolah bertaraf elit. Cara-cara untuk menjawab soalan matematik?

Tujuh
Kalau aku diperbodoh kan kamu [dalam kes ini. sahaja! :P ] Maka mengapa kita terdengar kenyataan 'Perbincangan hal agama. Bukan lah hak ekslusif mufti atau ulama'?1 Maka mengapa mereka yang tidak berkelayakan untuk berbicara hal agama. Mula bercakap hal agama?

Lapan
Kakak-kakak dalam Islam memetik Surah Al Baqarah ayat 256 sebagai usaha mereka membanteras 'usaha yang dilakukan bagi menguatkuasa kan keimanan melalui cara-cara kuku besi' [this is their exact word].

Seminit sebelum tamat
Ayat-ayat al Quran mempunyai sebab turun nya. Bagi yang mahir takwil al Quran. Atau sekadar belajar intro to takwil al Quran. Walau pun belajar tak khatam [macam orang yang sedang membebel ini]. Tahu lah kamu bahawa asbab nuzul ayat memberi kan serba sedikit bagaimana sesuatu ayat itu akan ditafsir kan. Dalam konteks yang sebenar. Konteks yang dikehendaki. Ini satu lagi padah jika kita tersalah konteks [tiada kaitan dengan entri Panduan Mengomen].

Tamat
Begitu juga dalil-dalil lain yang Kakak-kakak dalam Islam guna kan. Kalau kamu mempunyai hatta sedikit latar belakang agama. Buka tafsir. Maka tahu lah kamu bahawa. Dalil yang diguna kan mereka sebenar nya tidak langsung berpihak pada mereka. Ha ha ha. Ha ha ha. Ha ha ha. Ha ha ha.

Melawat Lawatan
Tulisan Faisal Tehrani di sini.
Atau kalau kamu mahu sekadar berhibur sambil mencuit-cuit sedikit. Baca tulisan Abdullah Jones di sini.

nota kaki:
1. Pada siapa yang lupa. Beberapa tahun lepas. Persatuan Ulama Kedah dan Persatuan Ulama Malaysia menghantar memorandum Di Raja. Berkaitan isu ini. Isu yang malas sekali aku nak cerita. Kalau kamu beruntung. Ada sebuah buku kecil. Yang di dalam nya terkandung memo Di Raja itu. Dan juga tulisan-tulisan dalam akhbar, surat-surat pembaca dalam akhbar, kenyataan-kenyataan pemimpin dan penulis. Yang menjadi sebab-musabab memo Di Raja itu dihantar.


| Links to this post

Tuesday, May 02, 2006

Autumn Trip 1002


Ya. Aku tidak lupa janji. Ini sambungan kepada Autumn Trip 1001.

Bandar Melbourne yang sesak. Tidak setenang dan sedamai. Bandar kami di Negeri Festival ini.

Kalau kamu rajin. Kamu enlarge kan gambar ni. Dan kamu baca lah jenama produk ini. Aha.

Bersama rakan-rakan di Clayton. Best rumah mereka. Ada air kordial. Orang datang rumah dia. Dia pulak yang tumpang makan bekal kami. :P

Charcoal Chicken yang heboh diperkata kan. Enak sungguh!

Bermain baling selipar. Di pantai tempat kami jumpa mamat saleh yang tak boleh jadi perawi hadith.

Mengambil gambar sambil mendengar tassol.

Wajah yang tidak khusyuk mendengar tassol. Ingin segera ke van. Untuk menikmati RoKet.

'Ibarat kanIslam itu 1. Yang lain-lain itu 0. Kalau kita ada banyak 0. Lapan 0 umpama nya. Dan kita letak kan Islam di hadapan. Kita akan dapat 100000000. Tapi kalau kita letak Islam di belakang. Kita akan dapat 000000001. 1 saja kita dapat!' Nizam mengajar kod binari dalam tassol nya.

Aku juga mengambil gambar bandar Melbourne. Malang nya. Bandar itu tidak duduk diam. Kan dah blur gambar ni.


tassol = tazkirah lepas solat
RoKet = Roti Ketam

nota kaki ayam:
kalau aku rajin. mungkin akan ada autumn trip 1003. kalau aku rajin.

p/s:
mamarisyia dan blackpurple:
komen lah apa-apa. aku takkan marah. aku tidak membincang kan benda serius. dan komen kamu tentunya tak kan menghina al-Quran dan menghina ulama'. Kan? Tidak seperti komen di sana. Dah la dia yang salah konteks. Lepas tu nak marah-marah penulis. Aha. Tentu perkara itu tidak kan berlaku di sini [lagi pun. kita kawan-kawan. tak kan hal sikit pun aku nak marah. ye tak?]


| Links to this post

Monday, May 01, 2006

Panduan Mengomen


Satu

Kalau rakan-rakan sebaya. Atau tidak sebaya kamu berbual. Dan kamu ingin menyampuk. Pastilah kamu perlu memaham kan konteks perbincangan. Amat lah memalu kan kalau kamu. Menyimpang dari tajuk perbualan. Hal ini juga. Sebenar nya teraplikasi sama untuk perbincangan di dalam forum. Dan dalam blog juga [Ron, untuk memuas kan hati kau. Ganti kan kalimah blog kepada jurnal].

Dua
Kalau kamu terkeluar daripada konteks perbincangan. Sama lah kamu seperti pemimpin kamu. Orang berkata soal jambatan. Beliau bising soal pasir. Kan dah keluar konteks perbincangan.

Tiga
Salah satu contoh. Yang boleh kamu rujuk. Ada pada komen-komen pengunjung blog Faisal Tehrani [ah. aku minta maaf. ruangan komen itu sudah ditutup]. Orang bercerita soal 'Lampu dan Cahaya'. Kau bising pasal 'ala filem lain ada part tu, kau pun tengok kan?'. Kau bising pasal filem Six Million Dollar Man. Dan filem Prof Mad. Orang bercerita soal tauhid. Soal agama. Kau bising pasal 'filem tak tutup aurat'. Kau bising pasal 'kenapa tak kondem filem lain?'. Ketahui lah yang kau telah keluar daripada konteks perbincangan. Dan itu menunjuk kan kebodohan kau.

Empat
Tentang seseorang yang berkata aku tulis sesedap ati je. Terima kasih atas teguran. Namun aku menulis setelah aku membuat sedikit rujukan. Dan ternyata. Monash University memang yang paling bongsu dalam lapan adik-beradik itu. Harap maklum.

p/s:
oit. seseorang. aku tau la sape kau. aha. bila nak mai sini? :P


| Links to this post

June 2006 April 2006 Home