Apa kau buat? (baca gaya Adlin Aman Ramli dalam Gangster)
Ikut arahan aku
Berikan 5 kegunaan pokok kelapa
1._______________________
2._______________________
3._______________________
4._______________________
5._______________________
Dengan slumber sardinnya tentu kamu boleh jawab. Di sini aku perturunkan contoh jawapan.
1. Lidi boleh buat penunjuk masa mengaji (boleh gak guru mengaji buat sebat kamu)
2. Sabut boleh guna jadi berus (bukan berus gigi)
3. Daun boleh buat kapal terbang (aku kalau buat ketupat. jadi kapal terbang la)
4. Air kelapa boleh minum (sangat berguna pada pak cik aku)
5. Buah kelapa boleh buat main lawn bowl (dulu masa camping darjah 5)
Sekarang ni. Ikut arahan aku. Lagi.
Berikan 5 kegunaan kamu
1._______________________
2._______________________
3._______________________
4._______________________
5._______________________
Mungkin ada mamat-mamat dan minah-minah yang juga dengan slumber sardin boleh jawab. Tanpa memedihkan mata (macam iklan syampu kanak-kanak la pulak ayat aku ni). Aku umpamanya. Akan tetapi. Amat sedihlah jika kita sendiri pun tak tau apa guna kita hidup. Apakah faedah kewujudan kita di bumi Tuhan ini (macam tazkirah malam Jumaat la pulak ayat aku yang ni).
Bangun pagi esok. Cuba lah kamu senyum. Senyum pada orang lain. Beri lah kegembiraan pada orang lain. Jika yang perkara-perkara lain yang lebih besar tidak mampu kamu lakukan.
Klik
sini untuk menonton apa yang kawan-kawan kita dah lakukan. Sementara kita semua sibuk memikirkan apa yang kita takda. Memikirkan nasib kita yang kononnya sedih sangat. Hiba sangat la konon. Tak tahu diuntung!
Count your blessings la wei. Ni kau sibuk berblog tentang hati kau yang lara. Macam kau sorang je rasa camtu. Macam kau sorang je sedih. Macam kau sorang je la yang bernasib malang. Seumur hidup la cerita kisah luka kau tu. Bright side man!
Jangan lupa. Klik
sini. Bantulah apa kita terdaya.
nota kaki:
blog kamu tu suka hati kamu la.
aku sibuk pesal?p/s:
aku lupa menulis tentang ni hari tu. tau tau dah sampai mereka ke Rawang. pada penganjur. awal awal lagi ku katakan ketidakhadiran.
|