Aku
Tengok Bali Balik balik
Setelah aku rasa bertanggungjawab untuk meneman seseorang menonton Buli Balik
Aku tak rasa pulak nak mereview Buli Balik balik
Cuma sebab kali ini rakan-rakan audiens yang lain (mind you, kali ni bukan bloggers) membuat komen-komen
Filem ni bodoh la
Apa cerita ni wei?
Dan gelak-gelak bodoh mereka pada penamat Buli Balik
Buat aku rasa aku perlu tunjukkan pada mereka yang aku pandai maksud di sebalik bodoh-bodoh Buli Balik
Be Proactive - You Are the Force
'Saya percaya pada diri saya, dan saya dah buktikan saya boleh' - Nordin
'Sekarang lu tengok ini cermin, cakap terima kasih Nordin' - Tan Sri Michael
Dalam beberapa babak ini, Afdlin cuba samapaikan kita adalah penggerak. Kalu hidup ini adalah kenderaan, we are the driver. Walau apa pun kenderaan, walau apa pun bahan api yang kita guna, walau apa-apa pun la, hidup kita hanya bergerak kalau kita bergerak
Semak Surah Ar-Ra'd ayat 11
Kalau dalam Buli, Nordin bersikap reaktif. Mencederakan diri (dan Syaf) kerana Roy. Namun akhirnya, Nordin bersikap proaktif dan akhirnya berjaya menuntut haknya kembali
Dalam Buli Balik, penonton dihidangkan dengan kesan sikap proaktif Nordin. Cuma dalam filem ini, watak Nordin lebih gelap. Sikap reaktifnya membuatkan dia hampir tidak mengenali diri sendiri
Siapa Salah Kena Karan
Kalimah balik dalam Buli Balik bermaksud pembalasan
Seperti gameshow 'bodoh' daam filem ini, siapa yang salah perlu dikaran. Siapa yang buli, kita buli balik
Hidup umpama Roda. Hari ni hari kau, esok giliran aku pulak. Kau ingat kau dah kuat!!!
'Malangnya kat dunia ni, takda yang percuma' - Nordin sambil menumbuk Roy
Cuba kau padankan ayat ini dengan kembar tak seirasnya
'Saya tan sri, saya takda beli punya. Saya tau tan sri nanti kasi free' - Azman (yang sama nama ngan anak)
There's no free lunch, itu yang aku dapat dari buku 48 Laws of Power
Tiada yang percuma. Kau salah kau kena karan. Kau buli kau kena buli balik. Kau buli mamat gigi, mamat gigi bawak geng mari pukul kau. Kau pukul anak bini, anak bini tinggalkan kau. Hidup umpama roda, gunakannya untuk bermain roda impian
Nordin Jadi Roy
Teknik morphing yang baik menunjukkan muka Nordin berubah jadi muka Roy
Aku dan Wok mentafsirkan, tanpa kata-kata Afdlin dah menunjukkan yang semakin Nordin mahu membalas dendam dan membetulkan keadaan, semakin dia hampir menjadi Roy
Tanpa kata-kata. Tak perlu Nordin mengadap cermin sambil cakap, kenape denga aku? ape aku dah buat?
Babak yang sama juga menunjukkan Nordin sedaya upaya melawan kata-kata orang terhadap kegemukannya
Bukan Jualan Langsung
Lawak yang dilontarkan dalam Buli Balik bukan dihidangkan secara terus untuk penonton
'Tapi Dr Selina tertelan lip balm' - Dr Ika. Ayat ni antara dengar tidak je. Camtu gak ayat-ayat yang lain. Umpama bercakap dengan angin je. Tak macam filem lain yang lawak tu dibentangkan depan-depan mata kau je.
Isu-isu macam mak bapak suruh jadi artis (filem dulu-dulu jadi artis tak boleh), restoran servis lambat dan makan rasuah pun sikit-sikit camtu je. Usik-usik sikit je
Berita Sokkaba
Masa Rudy (bukan BlueHikari) kata dia nak baca paper, aku dah agak berita tu akan merapek. Untuk baca berita tu lawatilah
Mat JanReview ini untuk orang yang kata filem ni bodoh
Bagi yang tak banyak soal, OK juga filem ni walaupun kau tak mahu berfikir
Aku berfikir hanya kerana aku mahu kelihatan pandai dengan tulisan aku di blog ini
Haha
Blogger memang begitu
Outro
Ending filem ni memang touching
Kali pertama aku tonton masa special screening for blog community tu lagi terasa
'Kawan-kawan saya semua ada di sini. Saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi kisah hidup saya bla bla. Saya nak berehat dulu' - Nordin
Kalimah nak berehat mengingatkan aku pada lagu Waras
Kami semua blogger diundang ke tayangan khas dan ending filem ini memang terasa. Seolah Afdlin secara peribadinya menyatakan perkara itu untuk kami dan untuk semua peminat yang menyokongnya. Tambah lagi dengan muzik latar lagu Tiada Lagi (dipetik dari album Fuyyo!), lagu yang Afdlin tulis untuk auntie yang meninggal kerana kanser. Huuu.. sedih
Kenapa nada entri aku lain kali ni?
Haha
|