Saturday, July 29, 2006

paranormal


Entri kali ini kita belajar perbendaharaan kata yang baru. Dan terima kasih kepada Bahasa Melayu [eh lepas tu kementerian tukar jadi Bahasa Malaysia. eh.. kementerian tukar jadi Bahasa Melayu semula] aka bahasa ibunda yang banyak meminjam kosa kata Bahasa Inggeris. Aku boleh menulis satu entri. Untuk menambah kosa kata dalam dua bahasa serentak! Sambil mandi gosok gigi [bagi yang slow, ini ialah improvisasi daripada 'sambil menyelam minum air'. Sama seperti 'aku tak pandai main kriket, jangan baling bola lepas tu lari' ialah improvisasi daripada 'baling batu sembunyi tangan'. lembap! lain kali paham kan dulu baru counterattack aku].

Paradox
par·a·dox (pr-dks)

Noun:

1. A seemingly contradictory statement that may nonetheless be true: the paradox that standing is more tiring than walking.
2. One exhibiting inexplicable or contradictory aspects: "The silence of midnight, to speak truly, though apparently a paradox, rung in my ears" (Mary Shelley).
3. An assertion that is essentially self-contradictory, though based on a valid deduction from acceptable premises.
4. A statement contrary to received opinion.

----------------------------------------

Seseorang, sesuatu atau keadaan yang pelik dan ganjil. Kerana mempunyai ciri yang janggal malah terlalu canggung apabila kelihatan bersama. Juga boleh dikata kan sebagai paradoks.

Contoh:
Banyak orang bermigrasi ke tempat yang mempunyai kadar pengangguran yang tinggi.

Kan janggal kalau difikir kan balik?

----------------------------------------

Sesuatu kenyataan yang mempunyai dua bahagian. Yang bertelagah sesama sendiri. Juga boleh dikata kan sebagai paradoks.

Contoh kali ini agak radikal sedikit. Dan jika kamu didampingi oleh seseorang. Yang bertanya soalan seperti berikut. Lari lah. Bagai kan kawanan kambing meluru ke perhentian bas berhampiran anda apabila hujan. Dengan niat untuk tunggu teduh dulu.

Contoh:
Tuhan kau Maha Kuasa kan? Kalau Dia berkuasa, boleh tak Dia cipta benda yang Dia tak boleh pecah kan?

Nampak tak kontradiksi yang cuba disampai kan? Jangan layan soalan ini. Pernah seseorang pesan kat aku. Kalau datang seseorang dengan soalan seperti ini atau 'boleh tak Tuhan kau masuk kan dunia ni dekat hujung jarum ni?'. Tinggal kan! Dikhuatiri jawapan aku terkeluar dari landasan. Logik Islam tidak sama seperti logik pemikiran manusia. Perbincangan Islam mempunyai kerangka yang tersendiri. Logik 'lelaki rogol sebab nafsu, bukan sebab pakaian tidak menutup aurat' [Gol Gincu Series, 2006] tidak sepatut nya kita terima.

Ops. Aku melalut.

----------------------------------------

Soalan kerja rumah:
Adakah orang yang memforward emel bertajuk 'Perkara syirik yang tidak kita sedari' dan selepas itu memforward emel 'kalau kau tak forward dalam masa 5 minit kau akan mendapat kesengsaraan berpanjangan, busung seumur hidup, bini lari, anak kena rogol, bisnes kau lingkup, kawan kau tikam belakang, mak bapak kau tak ngaku kau anak, jiran sebelah fitnah kau, kerajaan naik kan tarif elektrik dan kau tak boleh blog sebab kerajaan nak luas kan akta penerbitan konon nya sebab wartawan media cetak komplen padahal wartawan tu sendiri yang bodoh. patut dia minta kerajaan review akta tu bukan luas kan ke media internet pulak' cuba membuat sesuatu yang paradoks? Atau memang hobi dia memforward emel [as in kalau tak forward emel sehari bagai kan tiada hari esok untuk mereka]?


|

Newer Post Older Post Home