Friday, June 30, 2006

keliru


Dulu. Aku fikir pasaran nasyid tak meluas.

Orang akan fikir. 'Alah lagu nasyid je pun'. Lagu nasyid pun kurang kedengaran kat radio mainstream.
Tapi. Aku silap. Di sebalik kurang nya lagu nasyid di radio arus perdana [kecuali IKIM fm]. Pasaran nasyid dikira amat baik sebenar nya. Nasyid mempunyai fan base yang tak kurang ramai nya. Yang kalau kau cetak saja apa-apa album nasyid. Golongan ini akan beli. Akan dengar. Akan promosi pada rakan-rakan. As long as kau publish album nasyid.

-------------------------------------------------

Dulu. Aku pernah hentak beberapa orang [haha. provokatif la konon]. Aku tanya kan. Kenapa album nya jatuh dalam kategori nasyid. Tapi lagu nya leleh. Melankolik romantika de amor. Kenapa?
Jawab mereka: Cinta itu indah. Setiap manusia ada naluri berkasih sayang. Sesungguh nya itu fitrah manusia bla bla bla bla.... bla bla blah.
Jawab mereka lagi: Oh. Itu strategi pemasaran syarikat rakaman. Artis perlu ikut perancangan syarikat rakaman. Jadi bla bla bla bla..... bla bla blah!

-------------------------------------------------

Budak-budak yang nasyid. Oh silap.
Budak-budak yang terdiri dalam golongan baik-baik. Atau mereka perasan mereka dalam golongan baik-baik. Yang memandang setiap orang sebagai kurang baik. Setiap orang sebagai bersalah. Yang ayat mereka bersira tazkirah. Sehingga perbualan kau akan rasa ganjil. Kerna setiap ayat kau akan mereka counter. Akan ada reaksi untuk setiap ayat kau. Mereka ini akan memandang serong atau kurang enak kepada kau. Kalau kau mendengar lagu R&B. Pop. Soul ballads. Hip hop. Rock and roll. Indie. Rapcore. Atau ___________ [isi genre kegemaran kau].
'Lagha' [camni ke eja kalimah ni dalam rumi. ha ha] kata mereka.

Dan kalau kau bersama mereka. Mereka prefer lagu nasyid. Yang kalau kau dengar. Lebih kurang sama saja dengan semua genre-genre di atas. Genre-genre yang mereka kata kan sebagai lagha itu.

'Memang camtu. Tapi kami dengar mesej nya'. Kata mereka. Sekarang sebagai latihan kerja rumah. Kau cari lagu-lagu bukan nasyid. Tapi bermesej juga. Ada kah golongan di atas akan membenar kan kau mendengar lagu-lagu ini?
Ha ha.

-------------------------------------------------

Ya pasaran nasyid luas. Kau petik je unibersiti mana. Nasyid mempunyai fan base yang amat besar dan kuat juga. Di kalangan pelajar unibersiti.

-------------------------------------------------

Kita lihat sebuah kumpulan nasyid. Al-X kita nama kan nya. Al-X mengeluar kan album pertama. Ada rentak ska. Ada satu lagu rap. Ada lagu pop. Lagu entah apa lagi. Dan album nya itu agak laku la juga.
Dan Al-X akan berkata 'Ya kami ingin memartabat kan irama nasyid. Dan kami yakin lagu-lagu nasyid seperti ini boleh pergi jauh. Kami ingin mendekati anak muda melalui penyampaian yang segar dan bla bla bla bla blah'.

Cuba pula kau bayang kan kalau Al-X ditukar nama nya kepada sesuatu yang tiada Al. Mengeluar kan album yang sama. Lagu yang sama. Dengan barisan komposer yang sama. Barisan penerbit yang sama. Susunan muzik dan vokal yang sama. Tetapi tidak dilabel sebagai nasyid. Boleh pergi jauh kah mereka? Tidak kah mereka akan dipangkah oleh mat-mat dan minah-minah seperti di atas?

-------------------------------------------------

Tidak kah kau fikir yang 'nasyid' itu sebagai satu escapism murahan? Yang dengan meletak label nasyid pada artis itu. Memboleh kan dia/mereka menyanyi apa saja genre dan dalam masa yang sama memboleh kan mat-mat dan minah-minah seperti di atas mendengar lagu tersebut?

Tidak kah kau fikir nasyid itu sebagai satu branding yang berjaya? Strategi pemasaran syarikat rakaman [ha ha. ini bukan ayat aku]?

Nasyid itu adalah label untuk membeli ketenteraman jiwa? As long as it is nasyid kau boleh dengar. As long as it is categorized under nasyid kau boleh layan.

-------------------------------------------------

Tu la. Kau jangan terkejut aku tulis camni. Memang la aku layan lagu nasyid [ops. tak semua! aku treat nasyid sebagai cabang musik. kalau lagu mereka tu tak make sense - music wise, aku tak layan. arrangement bertabur. tak pandai rap nak rap. adoi la. bagi je la rap tu kepada rapper. itu pun aku nak ajar ke?].
Tapi aku sakit. Sakit dengan orang-orang yang pandang slack pada orang lain. Namun dalam masa yang sama. Minah-minah ni jugak lah yang 'hiii comel la mamat X kumpulan nasyid X ni. hiii comel la die.... bla bla bla'

BLAH!

Melawat Lawatan
Membeli Ketenteraman Jiwa
Branding


|

Newer Post Older Post Home