Tuesday, December 27, 2005

A vs B


Dulu
Masa sekolah dulu
Kalau ada pertandingan bola tampar ke bola sepak ke kan
Mesti ada sekolah yang hantar 2 @ 3 team
So, depa namakan la team depa tu SMAP A, SMAP B, SDAR A, STAD C etc
Kalau kat Seremban la
Walaupun team ni lain-lain macam SHAMS A dan SHAMS B (which is unlikely to happen. Sekolah aku tak terer. Nak cukup satu team pun payah), depa tetap bekerjasama
Berlatih sama, buat friendly, guru penasihat pun sama, jersi pun sama
The bottomline is depa tak bercakaran
Ye la nama pun satu sekolah
Takkan la pegi sekolah orang untuk bertanding pastu lawan sama sendiri (lawan here means gaduh)

Tapi baru-baru ni, ada satu insiden pelik
Tak la pelik mana
Ada GPMS A
Ada GPMS B
Tapi depa bercakaran
A kata B tak betul
B kata A tak betul
Presiden pun lain-lain
Organisasi lain-lain
Mesyuarat lain-lain
Nada pun tak sama
Lepas ni kalau orang sebut pasal GPMS, aku kena tanya
'Kau refer pada GPMS sape? Datuk Suhaimi ke Rezzal Merican punya GPMS?'
hish pelik betul
Buat apa gaduh-gaduh
Nama je gabungan
Tapi tak bergabung pun
Ntah la
Aku pun tak tau

Melawat Lawatan
GPMS diterajui dua presiden
Sengketa GPMS berterusan


| Links to this post

Thursday, December 22, 2005

Serius?


Serius
Aku tak pernah serius camni
Semuanya bermula dengan satu soalan
Disambung dengan satu cadangan
Dan aku pun mula memikirkan
Dan konklusi tidak dapat dicari
Patut atau tak?
Orang kata tak baik lama-lama
Lagi cepat lagi bagus
Tapi konsider la jugak
Kalau tak baik lama-lama, option mana yang best?
Tak perlu dulu, buat terus kemudian
Atau buat dulu dan habiskan ketika separuh jalan di sana?
Mana satu yang best?
(Best as in terbaik bukan seronok)
Aku konfuse
OK
Andai kata jadi
Aku hanya ada roughly one month
Dan dalam one month tu jugak, banyak lagi urusan menanti
hmm...
Dan aku rasa aku tak mau rush
Dan aku rasa let it be
Dan aku terus rasa konfuse...


| Links to this post

Ini ada satu cerita


Aku ada banyak cerita yang boleh aku tulis sekarang
Cerita pasal banjir kat Kedah
Cerita pasal kenduri aku yang besar-besaran dan meletihkan serta menguntungkan
Cerita pasal kaki aku sengal pastu aku tampal koyok yang panas gila yang aku rasa menyembuhkan kaki aku dengan membuat kaki aku panas justeru aku tak bother lagi pasal kaki sengal kerana suhu kaki aku pula yang menjadi masalah
Cerita pasal banyak cerita yang aku dah rangka dan aku nak publish kat blog aku ni
Cerita pasal blog aku yang makin suram, orang dah jarang jenguk sebab aku sendiri pun tak bukak blog sendiri
Cerita pasal aku dengan err... forget it...
Tapi semua cerita tu tak boleh melawan aura cerita yang satu ni
Aku dengan slumbernye telah melepasi cut off points yang telah dimaktubkan oleh MARA
Ok aku tarik balik
Menjadi pelajar AUSMAT tidaklah boleh slumber sardin je melainkan kalau kau Albert Einstein
Ok aku tarik balik kata-kata aku (lagi)
Albert Einstein dulu dalam kelas fail math. Dan selama bertahun cikgu beliau yakin yang beliau teramatlah bangang

Prelude 1
Kalau orang yang tak rapat dengan aku dan taktau aku tengah buat persediaan tanya pasal study aku
Aku jawab: UiTM, Shah Alam
Orang X: Amik pe?
Aku jawab (lagi): Engineering
Orang X: Ape? Mekanikal?
Aku jawab (lagi dan lagi): Aa... Err.. Ye ye..

Prelude 2
Kalau orang yang rapat ngan aku dan tau aku tengah buat persediaan
Orang Y: Bila pegi?
Aku jawab: Pergi mana? (Don't ask about study la plz)
bla..bla..
Aku akan jawab lebih kurang je
Feb 2006.. 4tahun.. Engineering.. Tak major lagi.. MARA..
Aku jawab tak ikhlas
Jawapan aku membuat aku sakit jiwa
Macam orang yang tengah menunggu hukuman di kandang pesalah

Tapi sekarang
Aku boleh menjawab dengan konfiden dan tanpa niat mengelak
Segalanya menjadi lega 21 Disember 2005
Aku melepasi cut off points
Itu cerita aku
Cerita yang dijana dari semangat kawan-kawan AUSMAT, kepercayaan dan galakan kawan-kawan lain dan yang penting rasa TAKUT
Takut gagal
Takut kena tinggal sorang-sorang
Takut tak tau nak buat ape untuk beberapa bulan akan datang
Takut tak akan diterima di mana-mana IPTA
(SSABSA adalah seasing anatomi tubuh beruang kutub bagi mana-mana IPTA Malaysia, that means aku kena compete guna SPM)
Takut aku dikatakan membazir masa setahun setengah
(Setahun setengah apalah sangat. Tapi setahun setengah dalam AUSMAT sangat hectic. Kalau aku cite lebih-lebih kau akan cakap 'Ala belajar sume susah'. So tak payah aku cerita lebih. Cukup dikongsi bersama kawan-kawan je)

Ini cerita aku
Tak menarik?
Takpe
Itulah cerita paling menarik untuk aku
Sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun lagi
Sekian


| Links to this post

Wednesday, December 14, 2005

Cuti?


Aku macam kena amik cuti dari menulis dan merapek di blog sendiri
Bukan aku malas
Tapi kat rumah aku takde internet
Dengan aftermath kenduri hari tu tak setel lagi
Adik aku dalam penantian nak bersunat (aku kena hantar)
Dan segala-galanya lagi
Walaupun draf tulisan aku banyak dah siap, tapi aku tak berkesempatan
Menunggu aku update blog sekarang umpama mengharapkan rambut di kepala Khalid Yunus hitam semua (secara semulajadi)
Adoi la
Seksa betul cenggini

Kenduri

Ramai yang tak datang dari datang
Aku tak kesah
At least ada alasan
Yang takde alasan dan tak inform langsung ni yang wat aku geram sangat

Yang memberitahu dan yang beralasan
wanoom: aku ade hal
erin: mak aku baru bukak 1901, aku kena jaga
dug: aku bz
piei: aku demam
akem: aku kat kl
shada: takde transport la buk
nadiah: balik kampung
ena: family wedding
izati: aku baru balik dari jerantut
mizah: aku gi kl
hairul: aku ade family matters sket
Nurul: ade exam, sbenanye taktau pun mak nak datang
tokrimau: tok tak dibenarkan merayau jauh, awek cun tgh sarat
cik wani: rumah kau jauh sgt, nnt kau kawen la akak datang
aimi: jauh la, nnt book kawen kite datang
nizamzakaria: jauh la


| Links to this post

Tuesday, December 06, 2005

Sesungguhnya...


Manusia itu pelupa
Aku lupa meletak tarikh kenduri
Kenduri ialah pada 11hb Disember 2005
datang jangan tak datang

bagi yang tertanya mana aku hilang
rujuk entri Katak Oh Katak sebelum ni ek...
Chow!


| Links to this post

January 2006 November 2005 Home