Tuesday, November 22, 2005

You Are All Welcome!!!


Kawan-kawan aku jarang datang rumah
Depa komplen jauh
Nah meh sini aku jemput korang datang

Ini bukan main-main
Ini betul
Ini bukan cobaan
Aku menjemput:
kawan-kawan tadika
kawan-kawan SK Serting 3
kawan-kawan SMKA SHAMS
kawan-kawan National Service PDS/UM 1/2004
kawan-kawan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
kawan-kawan Australian Matriculation
kawan-kawan International Education Center
kawan-kawan Jimbit Firm, Kelab Bun, Rempit Team & The Cibir's
kawan-kawan Geng Jurnal (aku sms elmaaniq dan tokrimau, yang lain takde no fon.eh! lupa sms buttet)
kawan-kawan forummers Mirwana.net & fareastmusic.com
kawan-kawan YM - yasirtamizi, kak wani, kak uda, kak asiah etc
kawan-kawan bloggers
penka (pendek kata), semua la kawan aku...

Ayah aku
Nak buat kenduri
Khatan dan khatam adik aku
2 ekor lembu tumbang
gile ape
kalah kenduri kawen abang kawan aku hari yang sama
maybe ni rehearsal untuk nikah aku nanti :P
nak test dry run kot
dijemput la semua kawan aku abihkan lauk-lauk yang ada

Camna?
Rujuk pelan yang ada

Dari KL, Serdang, Shah Alam, Subang, ntah mane lagi korang duduk:
turun kat exit Senawang
ikut jalan ke Kuala Pilah
dah sampai Pilah, cari pula jalan ke Bahau
dah sampai Bahau, cari jalan ke Bandar Seri Jempol (formerly known as Bandar Baru Serting)
berpandukan peta, bertreasure hunt la anda semua

Malu bertanya sesat jalan
Kalau dah sampai Raja Alias (formerly known Serting) tanya la orang
Di mana Kedai Ramli Serting Satu
Ramli itu ayah aku
kan aku bukhariramli?
tentunya rumah beliau juga rumah aku

Jangan Konpius
Dulu namanya Serting
Ntah sape pandai-pandai tukar jadi Raja Alias
hangin aku
(Raja Alias takde dalam buku sejarah, Serting ada)
Dulu namanya Bandar Baru Serting
Ntah sape pandai-pandai tukar jadi Bandar Seri Jempol
aku hangin sekali lagi

papehal kontek aku
012-6090564
oleh kerna maxis tak seluas liputan Celcom
(Serting adalah wilayah Celcom)
kau dail nombor ajaib ini
019-3500186
nombor aku jugak la
nombor rumah pule
06-4582061
okay!
You are all welcome!!!

P/s:
inform la ek datang tak datang. senang nak prepare mentally and physically...
kalau tak clear pelan ni, korang right klik, save picture ass as ek?




| Links to this post

Friday, November 18, 2005

Bukhari Punya Nasi


Shah Alam. Dalam tempoh exam. Bosan. Kebosanan menjadi bahan bakar mentol aku. Idea sudah mari.
SMS dihantar: 'Tadi aku makan nasi bukhari'

Respons
Nurul: Nasi bukhari bin ramli1
Mizah: Ahah..Sedap tak? X ingat la penah makan ke tak..Kat ne? Bangge la tu..
Piei: Wah!hebatnya!kagum..kagum
aimi: dh hbs xm? huhu..mkn kat mn?sdp?camne rpe? hehe..xsabar nk blik umah
shamaz aka shammy: huhu.Bgus la cmni.Bru beta tau. Bulih buat nasi rupenye bukhari ni ekh.Nsihat dr org bjk pndai cm beta, jauh kn diri anda dr org2 yg lapa.Hueheh.
elmaaniq: Hhhaa... Tak berpeluang lah aku makan nasi faisal. Untung la kau. So bila nak bukak restoren jual nasi bukhari? Satu lagi. Bila nak ambik buku faisal tehrani?
mun yee: o0o.. ye ke? Kt mane? Sure xsedap kn..hehe

Pemecah temberang dihantar: 'Sbenanye aku kalau makan nasi putih pun kire nasi bukhari. Dah nasik tu aku yang punye'

Respons gelombang kedua
Mizah: Huh.. Tipu aku ye? Ni nak marah ni
aimi: ceh, blh pulak camth. xtgk smallville?
mun yee: Mkn xajak kite..
shamaz aka shammy: huhu.Ye x ye gk ekh.Haha..Xpela, dgn menganggapsme uh nsi bukhari meby dpt la rase cm nasi bukhari real skt.Hehe..Smoga jodoh ko ngn nsi bukhari berpanjangan ye.

Aku nak bukak restoran la gini.
RESTORAN NASI BUKHARI
Menu:
Nasi Bukhari Ayam
Nasi Bukhari Pataya
Nasi Bukhari Goreng
Bubur Nasi Bukhari
Nasi Bukhari Kung Fu
Nasi Bukhari bertatahkan telur dadar beserta sos cili thai

p/s:
Tulisan book jangan diambil pusing
Nasi bukhari sebenarnya nasi macam beriani. Akan tetapi serpihan-serpihan daging telah melakukan tindak balas penggantian terhadap fragmen-fragmen ayam dengan nasi bertindak sebagai pemalar

Nota kaki bukhari:
1. See! Paham aje die ape yang aku nak buat! Tu la pasal...
(tiada hadiah diberikan kepada sesiapa yang mampu menyambung ayat ini)

The Return Of The Boombox
Sempena Hari Raya, Mirwana sedekahkan lagu raya untuk peminat semua
Terimalah EMOSI AIDILFITRI
akmal mirwana:
gema alunan takbir
suara menggegar sepi
hati kerinduan di perantauan
ku sendiri

pernah aku berjanji
pasti ku kembali
bersama permata
untuk mu di hari mulia

naim fareast:
lembayung iman menjangkau lautan
bicara mu ku jadikan pedoman

chorus:
moga berbahagia
menyambut lebaran yg indah
terhapus sengketa dengan kemaafan di hati
melebur dosa di aidilfitri

akbar bro:
aku yang kini jauh
damba keampunanmu
khilaf antara kitakan terlerai akhirnya

along n akbar:
bersama kasih kita
dan cinta yang Maha Esa
ku kan pulang di aidilfitri
untuk bersamamu kasih


| Links to this post

Saturday, November 12, 2005

Peraduan Teka Kacang


Dulu kat pasar malam belakang rumah aku ade peraduan teka kacang. Sekarang peraduan tu dah takde. Bukan peraduan je, dengan pasar malam tu sekali dah takde. Kata ibu, orang yang memegang amanah tu tak amanah. Masing-masing nak belit sana, belit sini. Tapi tu lain cerita.

Yang aku berminatnya, ramai orang yang masuk peraduan tu. Suka betul orang kita nak dapat hadiah. Best kan dapat hadiah?
So, sempena dengan aku nak abih belajar kat shah alam ni, aku nak bagi hadiah kat korang.

Tapi takkan bagi free kot. Camtu mau aku hantuk kepale ke dinding la dulu. Senang je, kau cube teka apakah gambar yang aku guna untuk banner aku di atas puncak blog aku ni. Pastu emailkan jawapan pada aku kat ymi013athotmaildotcom. Jawapan yang tepat (atau terhampir) akan dapat hadiah misteri. Misteri sebab aku tak tau nak bagi apa lagi. Depend pada kau jugak le kan. Kalau kau lelaki takkan aku nak bagi telekung pulak. Kalau kau orang tua, takkan nak bagi Playdoh pulak kan? So, tengok keadaan jugak la. OK?

Kalau takde orang nak jawab, aku bagi la kat sesape nanti...
Book berkata pada diri sendiri:
There's no difference between a person who can't read and who don't


| Links to this post

Thursday, November 10, 2005

Big Deposits. Anyone?


utk yasirtamizi. aku janji dah lama. tapi baru ni aku tulis pasal RBA

Kau pernah main The Sims?
Kan setiap sim yang kau jaga akan ada relationship bar dia dengan setiap orang yang dia pernah jumpa. Kalau diorang baik, bar tu penuh la. Kalau tak baik, kosong la bar kau tu. Ingat tak kalau sim kau takde langsung relationship ngan sim lain, alamat bosan dan kosong la hidup beliau umpama tuala basah yang tersidai di pintu bilik air.

Camtu jugak dengan hidup ni. Kau jumpa sumone, kau bukak akaun kau dengan dia, pastu kau kena jaga akaun tu. Kalau lupa top up, alamat kosong la. Inilah apa yang Stephen Covey kata RBA - relationship bank account. Kat sini, kau yang jadi akauntan.
So, kalau kau banyak akaun maka kau kaya. Akaun yang banyak dan penuh-penuh membolehkan kau hidup dengan aman. Senang gak kau nak minta tolong orang. Ye la, kalau kau takde simpanan, cemana lak kau nak buat withdrawal?
Tapi susah jugak nak bagi akaun kau tu banyak manjang ja. Kat sini aku perturunkan cara mudah nak bagi deposit supaya akaun kau penuh dan sentiasa cargon!

Kata Dale Carniege, keperluan manusia yang paling penting tapi paling tak terpenuhi ialah - pujian. Mak selalu lupa puji anak, cikgu lupa puji anak murid, boss lupa puji pekerja, pembaca blog aku lupa puji blog aku yang cantik. Memang manusia gitu. Jadi, mulai sekarang puji atau greet la orang yang kau jumpa dengan ucapan yang baik. Pepatah Jepun, ucapan yang baik boleh mensuamkan 3 musim sejuk. Pujian tu la yang kadang-kadang buat laki bini bergaduh, buat kita marah-marah. Kan? Beruk yang dipuji dapat belajar sesuatu lebih cepat berbanding beruk yang kene rotan. Basically macam ni la: manusia suka diberi ganjaran.
Bukan, aku tak kata membodek (boleh jugak) atau puji tak ikhlas. Aku bukan suruh kau greet dengan ucapan yang monotone yang lembik macam yang aku dengar bila masuk 7Eleven tu. Greet la orang seikhlas hati yek. Moga-moga kau akan turut mendeposit dalam PBA (personal bank account) masing-masing.
So, next time bila ada sumone tolong kau, ucapkan la terima kasih. At least orang tu takde la memndam rasa, at least orang tu tau berbaloi gak depa tolong kau. Bukan kena bayar pun nak ucap thanx kan?


Book berkata pada diri sendiri:
Don't wait until people are dead to give them flowers...


| Links to this post

December 2005 October 2005 Home