Keawalan, Penungguan, Pengalaman & Kepuasan: Kembara ke RumahPena
Hujan. Sejuk. Malas nak bangkit dari peraduan. Namun aku telah terperangkap dengan ikrar yang aku lafazkan di forum Geju. Aku juga terpedaya pada janji manis Attok yang merasuah aku supaya datang. Maka berbekalkan tenaga dari tosai masala dan milo suam aku mula mengembara. Syed Aldrin yang baru selesai memberi sang kancilnya makan kenyang-kenyang (makanan sang kancil sentiasa naik harga) menawarkan diri untuk menghantar aku sampai perhentian seterusnya. Maka memaculah Syed
Meneruskan perjalanan, aku menaiki kenderaan menjalar yang panjang dalam kesunyian. MP3 aku ada pada insan-yang-patut-aku-pergi-RumahPena-dengan. Dipendekkan cerita, aku terpaksa menukar kenderaan. Juga menjalar tapi kali ini lebih pendek dan lebih mengancam. Aku tersilap perhitungan. Aku sepatutnya terus turun di Perak tatkala berselisih dengan Dato' Maharajalela tapi sebab kebodohan aku, aku terus ke Melaka bersemuka dengan Laksamana Hang Tuah. Hasilnya, jarak perjalanan dengan kaki aku bertambah sekali ganda.
Aku dah nampak TupaiTupai dan aku sudah berada berhampiran Gapena. Tapi sekali lagi sebab aku bodoh, aku berpatah balik dan membuat pusingan 360 darjah dengan TupaiTupai sebagai titik rujukan. Angin sekali aku. Rupanya Rumah Pena hanya beberapa jengkal dari titik asalan aku. Maka secara percuma aku dapat menjelajah bulatan Rumah Pena-Gapena-TupaiTupai.
RumahPena tutup. Sunyi. Lebih sunyi daripada suasana kenduri arwah. Ada seekor sang wira merah terkedek-kedek sebelah aku. Yang aku nampak ada pompuan kat belakang. Aku buat bodoh walaupun aku ada rasa aura Geju yang kuat dari dalam kereta. Oleh sebab takde tempat melabuhkan punggung, aku berjalan semula ke tempat menunggu bas tanpa usul periksa selepas memastikan koordinat RumahPena lekat dalam memori GPS aku. Aku tak berniat menunggu bas. Aku duduk membanci kenderaan. Setiap kereta yang menuju ke arah sana (tunjuk RumahPena)
Setelah merasakan yang aku dah memberikan waktu yang cukup untuk orang Melayu sampai, aku berlari-lari anak (book tipu!-MyBook) ke koordinat tadi. sang wira merah tadi kelihatan dan memperlahankan langkah bila melihat aku. Perempuan-yang-duduk-belakang-sang wira merah tadi keluar dan memperkenalkan diri sebagai Cik Daun (aku dah kata). Aku turut dipelawa menunggang sang wira. Tanpa perlu diperkenalkan, aku tau penunggang sang wira itulah Nazmi. 'Kitorang pegi sarapan tadi', kata Cik Daun tanpa dipaksa.
lain kali sambung...
| Links to this post




