Saturday, May 28, 2005

Hibernasi tamat


Dah lama sangat aku tak post entry ni. Sepatah haram pun takde. Hebat betul penangan mid year ni. Tapi sepanjang tempoh tu, tak pula aku berpuasa online ni. Mungkin kadar blogohol aku sangat tinggi. Dah tak reti nak cerita apa.
Hmm...
Wajah baru, link baru, shoutbox baru, entri baru juga yang takde.
:
Parlimen
:
2 minggu lepas, kat kafe ausmat:
+ Diorang borak ape ha? Hari-hari jumpa.
- Taktau la borak ape.
* Ntah la. Nak borak hal remeh temeh, ahli parlimen dah bincang semua #ni dialog aku, lawak yang aku ciplak dari mat jan#
+ A'ah betul kan? Ape diorang merepek ntah, crite bukan2... #bace ikut intonasi yang betul, pastu cube teka siapa punya dialog#
Lepas tu, cerita tu makin panjang. Tak sangka, pagi2 Isnin yang dingin lagi aku dah hangatkan dengan perbincangan entah apa. Kami bincang isu air di Selangor. Tapi tak boleh lari dari cerita tentang filem Melayu. #eleh, kat parlimen pun boleh ape?#
:
Di sebalik...
:
Orang kata: 'Di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada seorang perempuan'
Betul tak betulnya aku baru sedar. Hahaha.. aku asyik terleka.


| Links to this post

Friday, May 06, 2005

AIM: Ulasan Separuh


tapakmula: ulasan separuh bukan penuh sebab aku hanya ulas apa yang aku tahu dan apa yang aku minat juga ditulis dalam separuh sedar



Tengok dekat: Ruang Tamu rumah aku

Juru Tengok: apam, nazir, izani, jaam, zepul
Juru ulas: woque
Juru pinjam TV tuner: pot
Juru tulis ulasan separuh: bukhariramli
Jurutera masa hadapan: bukhariramli, pot, jaam, izani, apam, nazir juga woque. zepul budak biotek.

Opening Act: Asmaradana oleh Tiara

Ada yang kata miming, tapi woque berjaya mengenal pasti terdapat mic halus pada Tiara (mungkin juga bertujuan mengaburi mata rakyat). Persembahan yang agak mantap dengan koreografi tarian yang menarik siap dengan adegan langsuir terbang!

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album
1. Gerhana Ska Cinta - The New Authentic
2. Rabbani - Yalla Beena
3. Raihan - Allahu
4. Ruffedge - Defined
5. Teh Tarik Crew - What's Next?
Yang menang: Raihan - AllahuRabbani kurang mantap dalam vokal. Macam mana diorang boleh menang anugerah ni dulu? Lagi best kalau V.E tercalon sama. Vokal diorang sangat harmoni dan tersusun jauh lebih baik dari Ruffedge. Rakan sejamming diorang, Mirwana mungkin boleh beri saingan andai.. aku kata andai diorang tercalon.

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita)
1. Juwita Suwito - Brand New World
2. Misha Omar - Aksara
3. Ning Baizura - Erti Pertemuan
4. Siti Nurhaliza - Prasasti Seni
5. Siti Nurhaliza - Siti Nurhaliza Live In Concert 2004
Yang menang: Siti Nurhaliza - Prasasti Seni
Aku minat Siti sejak dulu. Tanyalah klasmate aku masa darjah 6, for sure diorang ingat lagi. haha.

ALBUM POP ETNIK TERBAIK
1. Balaghah - Syura
2. Binafsha - Waheeda
3. Kekasih Kerinduan - Nas Adila
4. Sawo' Matang - Noraniza Idris
5. Taat - Rohana Jalil
Yang menang: Sawo' Matang - Noraniza IdrisDah dijangka.



Persembahan calon artis baru terbaik
The Times lahir dari serpihan OAG. Waheeda amat menarik perhatian juru tengok sampai diorang paksa aku snap gambar sebanyak mungkin, yang terbanyak sekali malam tu.

Artis Baru Terbaik
1. D-Va
2. Farahdhiya
3. The Times
4. Vince
5. Waheeda
Yang menang: Vince
Vince menang mudah. D-Va dan The Times masih sibuk mencari tapak. Beri mereka peluang untuk mewarnakan muzik Malaysia.



Hikmah Kembara oleh Mirwana
Boyz II Mirwana? haha.
Afdlin kata Mirwana alternatif kepada Raihan, Rabbani. Memang pun. Satu persembahan yang aku tunggu. Secara jujurnya, aku hampa. Persembahan yang bagus tetapi tidak mencapai standard Mirwana sebenar. Show Mirwana kat Seremban yang aku tengok lagi best dari malam tu. Ketiadaan Faizal memang memberi kesan. Hafiz yang bersuara lembut nampak agak bersusah payah nak bawak part bridge Faizal. Akmalmirwana kata kat aku, mic tak balance so vocal harmonizing tak jelas. Suara Along tak dengar sangat pun. Tapi bila aku dengar dan tengok balik, ok jugak. Telinga aku memang terlatih untuk mengupas suara-suara yagn bercampur.



Album Nasyid Terbaik
1. Raihan - Allahu
2. Hijjaz - Damai
3. In Team - In Team '04
4. Mirwana - Mirwana
5. Rabbani - Yalla Beena
Yang menang: Raihan - Allahu
Puas hati dengan kemenangan Raihan even aku sangat gembira kalau Mirwana menang tapi agak mustahil. Konsep urban nasyid Mirwana sukar menumpaskan Raihan. Aku taknak komen pasal InTeam. haha. Boleh baca post aku kat forum mirwana.net (alamak, tertulis!).

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM ALBUM (LELAKI)
1. Ezad Exists - Paragon
2. Saleem Iklim - Bunga Emas
3. Tam Spider - Nazraku
4. Vince - Vince
5. Zainal Abidin – Puteri
Yang menang: Zainal Abidin – Puteri
Melihat kepada kreativiti, karisma dan pengalaman, semuanya memihak kepada Zainal. Aku memang minat Zainal sejak lagu Hijau masa aku kecik-kecik dulu. Vokal dia memang hebat, live performance atau album.

Anugerah Kembara
Calon yang aku letak sendiri:
1. Pop ShuvIt: Urban artist yang membawa muzik diorang ke US, Australia, UK especially Jepun. Pop ShuvIt sangat diterima khalayak Jepun. Even, album diorang pernah release kat Jepun sebelum release di Malaysia.

2. Raihan: Pernah menang anugerah ni. Raihan berjaya mempopularkan nasyid ke UK, Perancis, Europe, South Africa. Pencapaian yang membanggakan untuk artis nasyid.

3. Siti Nurhaliza: Takyah banyak cerita semua orang pun tau. Tapi aku pelik, malam tu tak disebut pun dalam klip tu tentang performance Siti kat Albert Hall. Nak simpan untuk tahun depan ek?
Yang menang: Siti Nurhaliza

My Boy Lollipop oleh Gerhana Ska Cinta
Reez mesti suka. Aku tak sengaja menyukai kumpulan ni (Reez punya pasal!). Variasi dalam persembahan muzik diorang menarik.

ARTIS INGGERIS TEMPATAN BARU TERBAIK
1. Altered Frequency
2. Disagree
3. Gerard Singh
4. Juwita Suwito
5. Shelly Leong
Yang menang: Disagree (Jaam melompat-lompat)Aku mencari nama Gerhana Ska Cinta. Serius aku tak kenal @ tak penah pun 2-3 nama yang tercalon. Sape hah?

VIDEO MUZIK TERBAIK
1. Henry Ooi - Scarecrow (Disagree)
2. Henry Ooi - Suicide Note (Disagree)
3. Yusri - Seksis (Anita Sarawak)
4. Virginia Kennedy - Awan Yang Terpilu (Ning Baizura)
5. Virginia Kennedy - Senang Tari (Ning Baizura)
Yang menang: Virginia Kennedy - Awan Yang Terpilu (Ning Baizura)
Din Beramboi berlakon serius pun aku nak gelak!

Persembahan Medley Peserta TV Realiti
Dina, Jac, Zahid dan Farah - Menyemai Cinta Bersamamu, Selagi Ada & Keabadian Cinta
(Lagu Terbaik 2001, 2003 & 2004 kalau korang lupa)
Dina - best
Zahid - layu je
Farah - Susah gile nak bawak lagu Ning
Jac - lupe lirik? haha

ARTIS HARAPAN (baca: artis yang datang penuh harapan)
1. Bob
2. Farah
3. Nana
4. Sahri
5. Zahid
Yang menang: Farah breep breep!
Dimonopoli oleh muka yang penuh berharap datang audition AF. Peserta Malaysian Idol tak cukup kuat harapan mereka lantas tak tersenarai. Nana pun kuat berharap? Nana ke (tu. macam mana boleh tercalon)?Nota: Tahun lepas takde anugerah ni. Takde calon. Tahun ni ada sebab orang kata tahun ni turning point untuk muzik Malaysia. Aku kata lagi banyak rancangan realiti lagi ramai orang berharap (boleh la masuk calon kategori ni).

ALBUM INDONESIA TERBAIK (ni pulak baca: album indonesia yang popular kat malaysia)
1. 30 Hari Mencari Cinta - Sheila On 7
2. Cahaya - Kris Dayanti
3. Eiffel... Im In Love - Melly
4. Hanya Memuji - Marcell
5. Pria Terhebat - Sheila On 7
Yang menang: 30 Hari Mencari Cinta - Sheila On 7
Album Indonesia Terbaik di Malaysia hmmm.. Album Indonesia Popular di Malaysia hmmm.. aku pun tak tahu maksud sebenar kategori ni.Terbaik dari Indonesia such as PeterPan, Dewa (Laskar Cinta) dan lain-lain tak kelihatan. sebab tak popular kat malaysia. Siapa pulak kita nak pilih album Indonesia terbaik?Nama kategori patut diubah.

Syurga Idaman & Tak Mengapa oleh Orkes Nirwana
Penghargaan buat orang lam(a), peringatan buat orang baru. Lantas tanpa berfikir panjang, Woque mendownload lagu-lagu tu. Layan!

Anugerah Wirama - Frankie Cheah
Honestly, aku tak kenal! Tapi ucapan berapi-api macam ahli politik menabur janji tu memang penuh makna. Artis-artis yang tak cukup makan pastu makan syabu, sendiri mau ingat!

ALBUM HARD ROCK TERBAIK
1. Dendam - Amuk
2. N. T Virus - Kristal
3. Otai Jamm - May
4. Perhentian Objektif - Viper
5. Real X - Real X
Yang menang: Otai Jamm - May

KULIT ALBUM TERBAIK
1. Fareeq (Kid) - D-Va (D-Va)
2. Kacun - Bermulanya Satu Evolusi (New Boyz)
3. Nizam Rahmat - Erti Pertemuan (Ning Baizura)
4. Rauna Jud - Prasasti Seni (Siti Nurhaliza)
5. Urba Ad - Sawo Matang (Noraniza Idris)
Yang menang: Erti Pertemuan

RAKAMAN ALBUM TERBAIK
1. Hanafi, Fadzli Fauzy, Shashi, Zairi & CL Toh - Nazraku (Spider)
2. Jig & Aliff - Bunga Emas (Iklim)
3. Mac Chew - Puteri (Zainal Abidin)
4. Mat, Ramlan Marzuki, Azlan Abu Hassan, Adnan Abu Hassan,Amir, Calvin, Ami, Zairi - Aksara (Misha Omar)
5. Peter Chong, Aubrey Suwito - Brand New World - Juwita Suwito
Yang menang: Puteri
Aku pun tak tau camne kategori ni dinilai

SUSUNAN MUZIK TERBAIK DALAM LAGU
1. Aubrey Suwito - Seindah Biasa
2. Edry Abd Halim - Seksis
3. Firdaus - Bagaikan Sakti
4. Firdaus - Dialah Di Hati
5. Mac Chew - Sakit Yang Sakit
Yang menang: Seindah Biasa
Aku suka lagu ni. Firdaus sape hah? Firdaus Mahmud ek?

ALBUM INGGERIS TEMPATAN TERBAIK
1. A Slice of The Pie - Gerard Singh
2. At The End of The Day - Disagree
3. Brand New World - Juwita Suwito
4. Drones - Seven Collar T-Shirt
5. The New Authentic - Gerhana Skacinta
Yang menang: Juwita Suwito
Aku ingat anak, rupanya adik. Selama ni dengar dalam radio je. Tengok-tengok memang ada rupa Aubrey!


Ada Apa Denganmu oleh Peter Pan
Sayang Abe tak tengok sama.

ALBUM POP ROCK TERBAIK
1. Nazraku - Spider
2. Paragon - Exists
3. Puteri - Zainal Abidin
4. Def Gaf C - Raw
5. Un. Metal Volume 2- XPDC
Yang menang: Spider - Nazraku
Aku suka Spider & Exist. Sama-sama membawa kelainan. Tapi aku cari jugak nama Pop ShuvIt.

ALBUM POP TERBAIK
1. Misha Omar - Aksara
2. Ruffedge - Defined
3. Ning Baizura - Erti Pertemuan
4. Siti Nurhaliza - Prasasti Seni
5. Vince – Vince
Yang menang: Erti Pertemuan
Aku tak pernah dengar album penuh. Tapi overall berpuas hati.

LAGU TERBAIK
1. Dialah Di Hati - Aidit Alfian, Habsah Hassan & Siti Nurhaliza
2. Erti Pertemuan - Aidit Alfian, Loloq, Ning Baizura & Jay Jay
3. Pulangkan - Ajai, Suhaimi Baba, Habsah Hassan & Misha Omar
4. Awan Yang Terpilu - Li Li Zhen, Loloq & Ning Baizura
5. Relaku Pujuk - Rustam Mustafa, Mohd Khirin Omar – Spider
Yang menang: Awan Yang Terpilu
Antara kategori yang menarik bagi aku. Kategori ni lagi meriah kalau ada Lagu Rindu Siti Nurhaliza. Yasin yang memang dah menulis lirik dan lagu sejak form 2 dah menghasilkan lagu yang bagus. Patut diberi perhatian.

ALBUM TERBAIK
Calon: Semua pemenang kategori album xxxxx terbaik.
(xxxxx: kategori pop etnik, pop, nasyid bla bla)
Yang menang: Nazraku - Spider
Agak terkesima lah ye kate Izani

Medley Siti Nurhaliza
Akhirnya dapat tengok the other side of Siti. Siti memang the best. Tapi kalau terus dengan keSitian, dia tak boleh ke mana. Persembahan penutup tu membuktikan yang Siti mampu beri perubahan dan tak berada di takuk Siti yang lama.




Hos: Afdlin Shauki & Bob LokmanDiorang bijak kontrol audiens. Lawak-lawak yang terkawal dan sesetengahnya penonton sangat lampi (baca: lambat pikap). Lawak-lawak yang mencabar minda. Tapi terlalu banyak part mereka bersendirian. So, agak bosan.

Nota tapak kaki: Better than ABP. Banyak juga pencalonan yang mencarut eh... mengarut!





| Links to this post

June 2005 April 2005 Home