Wednesday, April 20, 2005

Mungkin Nanti


Mungkin kalau diizinkan Allah, aku nak cerita sikit pasal satu talk yang aku pergi ni.

Muhammad P.B.U.H (peace be upon him) according to Various Scriptures

Tempat: Dewan Asrul Ayob eh! Arshad Ayub, Cemara
Penceramah : Bro Shah Kirit bin Kakulal Govindji

Tadi masa dalam kelas, ada 2-3 orang kawan aku yang mereviewkan talk ni. Yang tak pergi pula kata rugi diorang tak pergi. Nanti aku tulis dia punya isi secara ringkas hek?


| Links to this post

Tuesday, April 12, 2005

Aku Yang Terlambat Post Gambar


Ni ada gambar-gambar masa lawatan ke rumah nak yatim tu. Dah lama nak post tapi asyik terlupa saja.





Kumpulan 2 dengan Pot sebagai ketua kumpulan.



Kumpulan 4 : Juara keseluruhan. Ketua: Nazir. Aku pun sama menyelit even takde kaitan langsung dengan kumpulan ni (aku kan person in-charge) sebab.. cheer kumpulan diorang aku punya idea.


| Links to this post

Sunday, April 10, 2005

Streamyx Yang Lembap


Dah 2 hari aku tak online. Last sekali hari Jumaat, tu pun dengan data transfer yang ciput bangat. Aku tak pasti berapa kandungan blogohol aku (rujuk la buku nota. Nazmi, sori aku link tanpa kebenaran). Tapi aku mengalami simptom0-simptom yang pelik sepanjang ketidakupayaan aku untuk menatap frenster, circles, blog dan berbagai-bagai lagi nikmat Allah yang akan aku kecapi semasa aku beronline.
Bayangkan macam mana kalau streamyx tu demam 2 bulan. Parah!


| Links to this post

Aku Yang Gembira


Alhamdulillah
Aku berada dalam keadaan emosi yang sangat baik hari ini
Setelah 3 bulan...bla bla bla
Berbaloi juga aku keluar dari comfort zone aku, melawan dan berperang dengan jiwa sendiri.
Korang tak paham?
Takpe aku memang kadangkadang macam ni. Suke cakap benda yang orang tak paham. Pot sebagai roommate faham sangat perangai aku yang pelik ni.


| Links to this post

Aku Tertipu!


Tadi aku keluar nak beli CD-R. Nak burn mp3 track untuk member aku.
Dialog ni berlaku masa aku nak beli CD-R tu:

+Ada CD-R?
-Nak berapa keping?
+Sekeping berapa?
-Awak nak berapa?
+5
-RM 1.40

Dia pun bungkus dan bagi kat aku. Aku hulur RM 2. Sambil tu aku dengar dia kata "RM 7 dik"
Oleh sebab banyak cerita aku pun kata aku tersilap bagi.

Wargh! Aku tertipu. Ingat RM1.40 untuk 5 keping. Rupanya RM1.40 sekeping. EE... Jimbit betul.
Baik aku beli kat Giant tadi. Eeeee...... Bengang...Bengang


| Links to this post

Tuesday, April 05, 2005

ABP yang membengangkan aku


Tak tahu kenapa kali ni semangat aku membara nak tonton anugerah ni. Mungkin rehearsal sebelum AIM nanti. Berlatih tengok anugerah sambil study maths.
Aku bengang sebab Mirwana tak menang.

Pembaca yang jadi penyampai agak kaku. Dialog yang terlontar takde intonasi, sama macam nada aku bila bercakap dengan kapten kapal masa kem hari tu (Rujuk post: KemBinaInsan Ausmat16).
'Baik Punya Cilok' oleh Afdlin, Awie, Hans dan AC. Mindset mengatakan Afdlin memang penghibur yang versatile makin kuat. Dah terbukti. Seorang pelawak, pelakon, komposer, pengarah, penyanyi, pengacara yang baik. Vokal mantap. Aku cari album Afdlin tapi tak jumpa.

Sekarang baru aku puas hati kenapa Jac boleh jadi Malaysian Idol. Gabungan Jac dan Hazami (aku tak terfikir artis lelaki lain yang boleh ganti Hazami untuk persembahan malam tu) mempamerkan kehebatan vokal masingmasing. Hazami dah memang diketahui seorang guru vokal (tak silap aku sebahagian peserta Malaysian Idol anak didik Hazami.Tak tahu la.Aku pun lupa kat mana aku dengar @ baca). Meremang bulu roma aku masa slot diorang ni.

Amalina Che Bakri pun ada malam tu (kan best kalau aku ambil 17 subjek dulu?) Tampil untuk monolog sebelum slot Raihan dan Ramli Sarip-satu escape yang bagus dari suasana meriah ABP. Hiburan tanpa pengisian tak membawa kita ke manamana. Aku respek pada Ustaz Asri (walaupun aku tak suka Rabbani menang) yang sempat beri peringatan tentang restu ibu bapa masa ucapan beliau. Tapi aku kurang selesa dengan kawankawan yang sama menonton kata: 'La! Sempat pula nak berceramah!' Bagi aku setiap masa kita perlu ingatmengingati kan?

Reshmonu sangat energetik dengan Hey Waley. Tapi sayang adrenalinnya tidak mengalir sempurna kepada audiens sebab mic buat pasal. Tak semenamena aku membayangkan Aznil berlari sambil berjoget, lantas menyerahkan mic dengan cara tersendiri.
Yusof Haslam dapat anugerah khas? Maka lengkaplah kerugian aku menonton anugerah ni....

Kesimpulan: Aku terpaksa bersengkang mata nak siapkan take-home-quiz specialist maths yang tak siap lagi.


| Links to this post

Melawat lawatan


Pelawat: Ahli Ko-PLN aku + lagi satu kumpulan Ko-PLN lain (Ko-PLN: Kokurikulum pelajar luar negara)Dilawat: Rumah Anak Yatim Al-Khairiah, Klang

Mulamula sampai, aku sangat pening. Macam tak konfiden je boleh sukses. Aku sangat takut dan sibuk nak memastikan semua berjalan lancar.
Masa tu baru aku terfikir, aku lupa belajar komunikasi kanakkanak. Memang susah, baru aku terfikir macam mana susahnya fasi kat kem hari tu jaga kitorang. 2-3 kali juga aku rasa nak hilang temper. Nasib baik tak hilang terus. Ada sikit elemen panas baran dalam diri aku rupanya.

Tapi, hasilnya sangat memberangsangkan. Kami sangat happy, kawankawan aku lebih budakbudak dari budakbudak kat sana. Kami sangat happy, buat tempat tu macam tempat kami. Makan macam rumah kami. Minum macam rumak kami. Rasa macam ni kami punya jamuan. Bezanya jamuan ni free (HEP support) dan kami perlu 'bekerja' untuk jamuan ni (no free lunch kan?)

Dan sebagai pengarah program, aku ada kuasa veto untuk menukar aktiviti sesuka hati aku. Haha. Langsung tak sama dengan proposal yang aku hantar kat HEP. (aku dah agak.program pasti akan ada pindaan.lagipun proposal dibuat tanpa aku tahu suasana tempat dan penguni). Aku terpaksa jadi McGyver, operate and renovate aktiviti untuk kesesuaian. Balik pun lebih cepat dari perancangan. Masingmasing aku tengok dah penat sangat dah.
Dan sebelum aku lupa, program ni sangat banyak dipengaruhi dengan elemen daripada kembinainsan kami. At least, berguna juga kem tu.

Terimakasih untuk Miss Mea dan Miss Roslinda, fasi kitorang yang tak kacau sikit pun program tu. :)
Terimakasih untuk Hanim dan May secretary yang buat proposal sampai 6 kali (HEP 'suka' dengan proposal tu. Tu pasal diorang minta banyak kali)
Terimakasih untuk ketua AJK program, Kadok yang dalam diam push aku untuk aku gerak dan Didi yang membantu pengendalian program, dah jadi macam assistant aku untuk hari tu.
Terimakasih untuk semua AJK tertinggi Fini, Shazril, Fizah dan Nazira.
Terimakasih untuk semua kawankawan aku. Korang memang happening!


| Links to this post

Maxis yang kedekut


Sejak 2-3 hari lepas, Maxis akan caj setiap panggilan yang dibuat walaupun sekadar 2 saat atau pun akak kawan korang yang jawab panggilan (your call has been forwarded to bla bla...)

Akibatnya, komunikasi percuma tapi singkat (ada orang panggil 3seconds, ada yang kata walkie talkie, tak kisah la apa istilah pun) tak dapat dinikmati lagi. Bagi aku dan kawankawan, ini sedikit sebanyak mengganggu tugasan dan jadual seharian.

Bayangkan terpaksa taip mesej sematamata nak ajak kawan turun makan (nak call 4-5 saat sekarang dah 20 sen, tak berbaloi!). Kalau dulu boleh la call: 'Makan,makan' dengan rasa bongkak dan ego tanpa risau tentang kredit.
Hmm..


| Links to this post

Duitku beterbangan




Tak tahu kenapa lepas kembinainsan aku dilanda penyakit kegilaan membeli barangan komputer. PC fair yang baru lepas, aku beli combo drive dan keyboard. (tu pasal dalam post sebelum ni korang semua boleh tengok banyak salah ejaan.keyboard aku dah lama)Aku berhutang dengan Woque. ATM KL Sentral dan ATM Putra Plaza telah mengkhianati aku!

2 hari lepas, aku ke Low Yat. Woque nak beli mp3player, Paan kirim beli keyboard dan Supep juga kirim mp3player. Misi aku: beli RAM sematamata. Tapi sebab aku ni memang penuh dengan jatidiri Melayu (baca: dengki, tak-boleh-tengok-orang-lebih), aku turut bemurah hati membeli mp3player. Rabak duit aku.

Dalam monorail, aku teringat iklan budibahasa yang dalam LRT tu. Aku teringat juga betapanya bodohnya orang (bukan orang sebarangan. Wakil rakyat kita juga) yang kata iklan tu tak menggambarkan realiti sebenar. Patut suruh diorang naik LRT dengan aku. Baru diorang tahu apa itu realiti sebenar menaiki LRT. Jangan harap aku nak bagi diorang duduk (sesekali je aku jadi baik, offer kerusi kat orang. Waktuwaktu lain, HARAM!).

Kawankawan aku (aku sekali la tu) sangat teruja tengok macam mana track monorail yang satu bercabang dua tu menukar haluan. Membuktikan kitorang minat teknologi, bermina juga nak tengok benda macam tu. Takde la kerja nak tengok benda bukanbukan je....


| Links to this post

May 2005 March 2005 Home