Monday, March 28, 2005

Kisah 17 A1 ke 17 1A



Tibatiba aku teringat tentang cerita ni.
Orang kita memang cepat lupa. Kejap saja kita bisingbising lepas tu mesti diam, ada cerita baru, cerita lama pun lupa. Harapharap pengajarannya kita tak lupa.

1. Amalina menyalurkan semangat Malaysia Boleh juga Melayu Boleh (tiada kaitan dengan melayu boleh yang ‘tu’) ke jalan yang sepatutnya. Amalina membuktikan Malaysia Boleh (dan seterusnya Malaysia Buat) lebih sekadar membuat popia terpanjang, sandwich tertinggi dan limau terbulat. Membuktikan Malaysia boleh buat benda yang senonoh dan sedap didengar.

2. Amalina membuktikan bukan semua budakbudak umur macam aku hanya tahu melepak, merokok, habiskan duit makbapak. Menampakkan kita masih ada remaja berwawasan yang menjadi harapan. Remaja walaupun sukar difahami, sangat berbaloi kalau ibubapa, guru, sekolah cuba nak memahami (aku menulis dari sudut pandangan remaja ni). Sekolah + guru perlu fleksibel dan jangan ingat hanya sematamata mereka hidup lebih lama dan lebih banyak makan garam, tak semestinya mereka memahami sepenuhnya jiwa remaja masa kini. Aku dah banyak tengok macam mana sekolah + guru menutup ruang perbincangan dan menyelesaikan masalah remaja melaui perspektif sendiri. Boleh kita analogikan macam seorang pesakit yang batuk, jumpa doktor. Tapi doktor, dek kerana bongkaknya kerana merasakan tahu segalagalanya tanpa memeriksa dan bertanya, terus saja membalut kaki pesakit. Kan ke bodoh?

3. Amalina memilih untuk menjadi pengejar dan pencipta kejayaan bukan mangsa keadaan. Satu ciri terpenting untuk menjadi manusia proaktif.

Aku tak tahu kenapa aku bangga dengan kisah ni. Setiap kali aku tengok, aku tonton, aku baca kisah ni mesti punyalah aku rasa ada aura masuk dalam badan aku.


| Links to this post

Kem Bina Insan Ausmat 16



Tempat :Kem Jugra, Banting
Tarikh :25- 27 Mac 2005
Peserta :185 orang pelajarpelajar AUSMAT 16 tak kira bangsa,tak kira juga budak MARA, budak JPA atau budak Pet


Tulisan ni didedikasikan untuk kawankawan AUSMAT juga kawakawan lain yang tanya kat aku apa benda Kem Bina Insan ni? This one for you.
Aku taknak cerita detail sangat. Macam kemkem yang lain, mesti ada riadah, kuliah subuh maghrib, qiamullail. So, skip la bendabenda yang common ni.

Modul 1 : Intention and Mechanism

Dalam mencapai kejayaan, kalau keupayaan penuh 100%, berapa banyak nak letak untuk matlamat, berapa pula untuk cara?

Peserta disuruh berdiri beberapa meter dari whiteboard.
Matlamat: Pergi ke whiteboard dan turunkan autograf
Syarat: Setiap orang perlu pergi ke whiteboard dengan cara tersendiri. Tak boleh sama dengan orang yang terdahulu.
Apa yang dah jadi: Macammacam gaya budak Ausmat ni berjalan. Ada yang sambil baca buku, sambil tutup muka, sambil tepuk tangan tak kurang juga yang menyerlahkan bakat clubbing diorang. Yang merangkak pun ada (desperate la tu).
Kesimpulan: Dalam hidup kita ada banyak matlamat yang kita nak capai. Tapi setiap matlamat ada banyak cara untuk mencapainya.
Matalamat 1%. Cara 99%

Modul 2 : Uda dan Dara


Berdasarkan cerita Uda dan Dara yang diperdengarkan, pelajar perlu pilih siapa yang bersalah di atas kematian Dara. Pendayung sampan (meminta pakaian Dara sebagai bayaran menaiki sampan), ahli ibadah (menghalau dan memukul Dara yang meminta bantuan pakaian kerana menyangka Dara adalah syaitan yang menyamar), tukang kayu (yang merogol Dara semasa Dara di dalam hutan) atau Uda (yang menolak Dara kerana Dara sudah tidak suci)?

Persidangan ala mahkamah dijalankan. Aku memilih Uda bersalah dan aku bertanggung jawab membentangkan untuk kumpulan aku (kumpulan aku paling besar. Mungkin budak Ausmat tak terima orang yang tak setia pada cinta).

Komen peribadi aku :
Waktu kumpulan lain membentang kenapa watak pilihan diorang bersalah, kumpulan lain sibuksibuk-terhegehhegeh nak kata watak pilihan diorang lagi bersalah sedangkan setiap kumpulan diberi peluang. Diorang cuma perlu mempersoalkan ke’bersalahan’ watak yang diceritakan tanpa mengaitkan dengan watak pilihan sendiri.
Waktu aku menyatakan Uda bersalah atas kematian Dara, ada peserta yang mempersoalkan kenapa aku lepaskan TUKANG KAYU. Pada awalawal aku ke depan, aku dah kata kes aku bukan kes rogol dan aku tak kata tukang kayu tak salah.
p/s : Untuk budak Ausmat, aku bukan nak panjangkan perbincangan. Aku tak tegakkan kenapa aku perlu menang, cuma sekarang aku persoalkan cara kita mengendalikan kes tu. Komen anda dialualukan.

Kesimpulan : Watakwatak tu mewakili aspekaspek sikap manusia.
Pendayung sampan – Materialistik
Ahli agama – Orang yang berilmu agama
Tukang kayu – Nafsu
Uda – Kasih sayang dan kemanusiaan

Modul 3 : Emergency Boat

Part I
Kapal yang dinaiki akan karam. Semua 185 orang peserta perlu berjumpa dengan kapten kapal merayu untuk mendapat tempat dalam bot kecemasan dan menyatakan matlamat hidup mengapa mereka perlu dibenarkan terus hidup.

Komen peribadi aku: Saat ni, aku rasa dalam 185 orang tu, akulah yang paling bodoh sekali. Waktu ini aku menyedari keegoan aku. Aku bukan tiada matlamat, tapi apa yang aku luahkan pada kapten kapal sounded empty and soulless.Keegoan aku yang tinggi menutup kebenaran. Aku sendiri rasa keegoan aku waktu tu. Kenapa orang lain menangis merayu, aku tak? Aku paling gagal dalam bahagian ni, tapi bahagian ni lah yang paling berjaya menyedarkan aku. Aku gagal di sini.

Part II
Aku tak nak cerita banyak. Banyak aspek kerahsiaan yang perlu dijaga.
Setiap peserta diberi 5 lidi, 1 untuk disimpan, 4 lagi diberi kepada orang yang mereka benarkan untuk hidup. Lelaki sama lelaki, perempuan sama perempuan.

Komen peribadi aku: Apabila ditanya kenapa beri lidi kepada orang tu, ratarata peserta yang ditanya (termasuk aku) kata, ‘Dia kawan baik saya, saya percaya kat dia, dia roommate saya bla bla bla’. Kalau ikut pertauran kita patut beri kepada orang yang kita rasa berbaloi kalau dibenarkan hidup bukan kerana kawan (ini pendapat aku berdasarkan arahan). Dan aku sangat berharap semua kawankawan aku boleh mencontohi seorang peserta yang disoal tu yang buat betulbetul sepenuh hati.
Part paling touching dalam kem ni.

Modul 4 : Kembara Minda: Caterpillar dan Blind Trail


Peserta berjalan dengan tangan bertutup mata berkumpulan macam caterpillar atas jalan tar. Seksa tak seksa.
Peserta dengan bertutup mata berjalan, merangkak dan merayap ikut tali yang disediakan. Tali dianalogikan sebagai pedoman hidup. Yang susahsusah tu sebagai rintangan dalam hidup.

Komen peribadi aku: Seksa betul. Aku nak give up, tapi bila fikir pasala kawankawan aku jadi kuat. Kawankawan jadi sumber inspirasi dan motivasi.
Masa rumusan, ada dibangkitkan tentang keegoan. Aku setuju la. Cuma nak tambah, dalam hidup ni kena ada ego, jangan patuh tak tentu hala. Aku sangat tak patuh dalam game ni, aku merangkak bila fasi suruh aku merayap. Sebab aku rasa merangkak lagi senang. Kalau ikut game memang aku salah, tapi dalam real life, kalau ada cara mudah kenapa nak susah (of course la ada pertimbangan yang jadi limit)? Aku memang radikal. Aku tak boleh patuh kalau aku tak faham kenapa buat macam tu, selagi aku tak puas hati kewajaran aku buat sesuatu dan selagi aku rasa ada jalan mudah.
Ego juga perlu untuk kekuatan diri. Aku tengok orang tanpa ego yang lurus bendul nak mampus la yang ramai hancur. Tak boleh melawan keadaan, selalu jadi mangsa keadaan.
Tapi aku tak tampil bercakap, baik aku simpan sendiri. Nanti fasi ingat aku berhujah dengan diorang lak nanti. Tahutahu sendiri sudahlah....

Kesimpulan
Aku kenal diri aku.
Letih dan penat. Tapi sempat juga aku pergi PC fair. Untungla, PC fair dapat, Kem Bina Insan pun dapat pergi.
Banyak manfaat bagi yang nak mengenali diri sendiri.....


| Links to this post

Aku, Woque dan Sepet




Poster ni aku dapat dari website rasmi Sepet

Tak perlu aku ulas banyak. Aku dah baca banyak sangat ulasan tentang Sepet dan bila-bila masa aku boleh terpengaruh dengan semua tu, aku tak nak jadi ‘amplifier’. Nanti lecturer aku kata aku plagiarise. Tulisan ni sekadar pengalaman aku menonton Sepet, bukan review tentang set, props, plot, lakonan dan apa-apa lagi. Aku nak jadi penonton filem yang ‘bersih’, tak tahu apa-apa. Lupakan semua teori-teori dan semua istilah perfileman yang memeningkan aku. Yang pasti, sebagai seorang penonton yang tak tahu tentang filem pun, Sepet sangat menarik perhatian.

1hb Mac 2005

Aku hanya mampu mempelawa Woque ikut. Bukan aku tak nak ajak yang lain macam sebelum-sebelum ni. Tapi, aku nak menghayati filem ni, pergi satu batalion tak membantu penghayatan aku dan yang pasti ramai kawan aku tak menyukai filem Melayu. Mungkin aku takut akan berkecil hati kalau on our way back diorang bergotong-royong mengutuk filem ni – boleh bawa gaduh nanti.

Tarikan Sepet sangat kuat. Aku keluar semata-mata untuk Sepet. Hasil Yasmin Ahmad sebelum ni, Rabun memang aku suka. Sepet perlu aku tonton macam mana aku bangat gile tengok iklan Petronas. Bagi aku Sepet dan Rabun adalah versi panjang iklan Petronas. (Aku suka iklan budi bahasa yang dalam LRT tu. Woque gunakan iklan tu untuk menentang aku)

Aku terus terdiam lepas habis filem tu. Seingat aku, aku seorang saja yang beri standing ovation untuk Sepet. Sangat outstanding bagi aku. Dan aku terus mendiamkan diri 10 minit lepas tu.

Balik tu, aku dan Woque rancak berbincang, cuba mengupas lapis lapis Sepet. (Sebab tu aku bawa Woque, orang lain takkan faham apa yang aku cakap). Beberapa soalan timbul. Apa maksud Yasmin dalam adegan Orked dan Jason transit dekat an abandoned bus stop? Aku rasa, kalau filem Melayu yang biasa, mesti diorang letak scene Jason dan Orked jalan dalam hujan, lagi romantik. Tapi kenapa adegan transit di abandoned bus stop?

Ending filem ni sukar ditelan. Macam-macam pendapat yang aku dengar. Pendapat aku macam ni : Orked mencipta ilusi Jason menjawab panggilan tu. Keinginan dia nak dengar suara Jason menyebabkan ilusi tu terjadi. Tu pandapat aku, sebab memang aku macam tu. Suka membayangkan aku dapat apa yang aku nak, mendengar apa yang aku nak dengar, merasa apa yang aku nak rasa.

Banyak lagi aku nak tulis, tapi biarlah aku simpan. Yang penting Sepet memang best dan aku sendiri tak sangka yang lepas-lepas tu ramai kawan aku yang menonton juga, memberi pandangan positif. Puas hati aku.

Favousrite scene aku
Orked cakap, “I don’t like everything Chinese. It’s not about like them because of their race, it’s when you hate them. That’s the problem.
Orked gaduh dengan apa-nama-ntah, boyfren Lin tu. Rasanya dah hafal dah dialog diorang. Selalu sangat aku ulang tayang.
Mak Orked cakap, “Your job is to love us, not understand us”

p/s: aku tak sabar nak menonton Gubra pulak. Rasa-rasa bila boleh release?


| Links to this post

Wednesday, March 23, 2005

Mirwana Punya Album


Review Album Mirwana : Mirwana



MyNote:

1. Aku tahu album ni dah lama kat pasaran, tapi banyak sangat yang aku bengang dengan diorang ni yang buat aku nak sangat tulis pasal debut (?) album Mirwana ni.

2. Aku juga tahu yang apa yang aku tulis ni meleret-leret, panjang sangat. Silap-silap boleh jadi mini muzium untuk Mirwana

3. Untuk pra-dengar, aktiviti serta forum Mirwana, klik sini

4. Ni album yang aku tunggu-tunggu. Lepas release album Terima Kasih Guru, diorang agak tenggelam. Pergi bertapa kat Gunuung Suara. Tapi ada juga jadi back up artis macam dalam lagu Redha – Hazami, Rindu PadaMu – Yasin dan mengiringi persembahan pentas untuk Waheeda, Vince dan Raihan




TRACK 01 : HIKMAH KEMBARA

First time aku dengar lagu ni kat Era. Pelik, macam mana boleh ada kat Era. Ingatkan DJ tu sebut Nana ke, Spanar ke Argentina ke, tapi berdasarkan susunan muzik dan vokal, memori aku masih kuat untuk mengenali Mirwana.
Lagu ni memang best, sesuai dengan martabat dan darjat sebagai first single. Intro oleh Akmal dengan suara rendah yang agak slumber. Masa part bridge, aku ingat suara Yasin, sifoo Mirwana tapi rupanya suara Faizal, ahli terakhir yang join Mirwana menggantikan Shahrir Hani.
Masa show kat Terminal One hari tu, Faizal kata lagu ni membawa banyak pengertian pada Mirwana disambut deengan senyman dan jelingan oleh ahli-ahli Mirwana yang lain. Macam ada satu rahsia yang diorang simpan.
Pernah jadi juara pilihan utama nasyid IKIM. Sekarang berada di tempat ke 9.


TRACK 02 : PERMATAKU

Chorus memang harmoni. Chorus ala-ala slow sentimental macam Lagu Untuk Ibu – Brothers dan Venusia – OAG ni membuai jiwa. Along dikatakan mempunyai pic suara tertinggi berbanding rakan-rakan Mirwana yang lain. Dan ni terbukti dengan part bridge yang tinggi tapi ada dengar macam suara tu terlalu ditekan. Boleh perbaiki next time.
Macam-macam spekulasi orang buat tentang lagu ni. Aku tafsirkan untuk ibu kita. Ada yang tafsirkan lagu dari seorang suami untuk isteri dia, tapi dalam Mirwana ni Faizal seorang saja dah kahwin (baru dapat baby boy. Korang mesti pelik dengar nama anak dia : Mikaeel Zidane). Kalau couple yang gatal tu, boleh juga tujukan untuk awek juga balak korang.


TRACK 03 : INNI AKHAFULLAH

Lagu favourite Mirwana untuk show, maybe sebab lagu ni agak lain dari yang lain dan diorang selalu bawa lagu ni dengan iringan gitar oleh Faizal dan Akmal. Lagu yang agak rancak ni kededngaran sesuai dengan susunam\n muzik oleh Azman Abu Hassan. Macam biasa, opening oleh Akmal. Kelantangan vokal Faizal digunakan dengan baik dalam lagu ni (walaupun mula-mula aku dengar macam irritating sikit suara Faizal ni).
Lagu ni kedengaran energetic dan macam yang aku cakap, lain dari yang lain.
Menceritakan tentang seorang ahli ibadah yang diganggu seorang perempuan. Sebab tu lirik nya ‘kumenjauh, tak mahu kutempuhi, perjalanan yang suram ini’. Lirik ni (bukan cerita ahli ibadah ni) macam boleh relate sikit salah satu komponen dalam life aku.


TRACK 04 : KHALIFAH #1

Ciptaan sepenuhnya oleh Syah Mohamed, bekas ahli kumpulan Brothers (kenapa Brothers suka tukar ahli, tapi last-last macam unite je. Contoh macam Yasin, ahli Brothers tak diketepikan dalam show die)
Menceritakan tentang Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang merupakan khalifah pertama.
Vokal utama sepebnuhnya oleh Izzat. Suara mendayu-dayu Izzat memang kena deengan lagu ni. Aku suka part bridge, suara back-up tu, ntah siapa ntah, silap dengar macam Izzat back up suara sendiri. Back up tu sustain je voicee dia. Macam mana dikontrol ntah.


TRACK 05 : JANJI KITA
Ciptaan sepenuhnya oleh Akmal. Akmal adalah salah seorang pemain peranan penting dalam album ‘Cry For Freedom’ di mana separuh daripada semua lagu dalam album tu dia yang susun. Otai tak otai, masa tu baru form 5.
Sekali lagi suara lantang Faizal diperkotakkatikkan dengan baik. Bridge lagu ni pendek saja tapi kreativiti Mirwana dalam menghasilkan back up yang best dan tak membosankan patut dipuji. (aku bengang betul sengan kumpulan nasyid yang suka guna back up huuuuuu yang sama untuk semua lagu dalam semua album diorang macam kumpulan.......)
Antara lagu favourite aku, nice and simple.


TRACK 06 : KU HADIR PADAMU

Aku pun tak tahu apa lagi aku nak tulis. Seolah-olah mengulang benda yang sama. Permulaan yang slow sesuai dengan tema yang dibawa. Sekali lagi gandingan suara Izzat dan Faizal menjadi taruhan. Chorus yang slow juga lambang pengharapan kepada yang maha Esa. Part bridge aku suka. Antara back up tersusah dalam album ni. Ntah berapa lapis ntah suara. Aku sendiri tak dapat cam suara masing-masing. Suara lantang Faizal je yang jelas.

TRACK 07 : AKU TANPA CINTAMU DUET BERSAMA JAY JAY

Ciptaan sepenuhnya Mujahid Abdul Wahab – one of the most influential composer dalam industri nasyid selain Yasin Sulaiman. Antara komposer yang merevolusikan nasyid dengan album NowSeeHeart – Berjalan, Melihat , Mentafsir. Jejak beliau boleh ditemui dalam album Saujana – Rahsia, Firdaus – Cinta dan Harapan dan Junjungan Mulia 3.
Setelah habis semua track dirakam, Mujahid berpendapat yang lagu Mirwana sedap semuanya, tapi semuanyna pop R&B, tak cukup power untuk menambat pendengar Melayu. So, lahirlah lagu ni.
Lagu ni 2nd single untuk album ni. Dengar macam lagu 80-an je dengan susunan muzik macam tu.
Lagu ni touching sikit la lirik dia. Macam kena je dengan diri aku yang selalu lupa janji dengan Tuhan. Kekuatan vokal Jay Jay sangat menyerlah. Baru aku sedar tahap suara Jay Jay macam ni rupanya.
Sekarang Johan carta pilihan utama nasyid IKIM (aku jarang dengar carta ni. Banyak sangat lagu yang kalau aku dedngar jadi bosan-nak-tido. Sama la Nasyid Minggu Ini kat TV1 tu. Macam la ada 2 kumpulan nasyid je kat Malaysia ni)

TRACK 08 : MAMA PAPA

Satu-satunya lagu acapella (ikut kata al masaar a capella ialah cara ejaan yang betul) dalam album ni.
Tapi, aku sangat tak berpuas hati dengan lagu ni. They could do better than this. Masa show kat UIA, PJ, kawan aku Piei kata Mirwana bawa lagu ni 3 times better than in their album. Maybe some technical problem when recording, I guess.
Aku lebih suka gabungan suara Mirwana dalam lagu Raudhah, Dunia Batu Kaca dan The New Quranic Generation. Like I’ve said they could do better than what this track offers.

TRACK 09 : TERIMA KASIH GURU

Remake yang agak mengecewakan bagi sesetengah peminat.. Dulu lagu ni favourite aku. Tapi versi baru ni lebih rancak dengan tempo yang agak laju, so hilang ‘feel’. Memang lagu ni sedap didengar tapi versi lama lebih mudah dihayati. Juga terdapat improvement dari segi susunan vokal menunjukkan diorang ni tak kering idea. Tapi kat certain parts kualiti lagu ni jatuh. Macam lari-lari sikit. Ntah la, aku tak tahu apa yang slack.

TRACK 10 : KHABAR CINTA

Senikata oleh Syah Mohamed, senikata oleh Aidit Alfian. Mula-mula memang aku tak faham lirik ni, tapi diorang kata pasal Rabiatul Adawiyah. Ntah la. Lagu ni simple dan sempoi, boleh dengar pengaruh Aidit yang kuat dalam lagu ni. Tapi, bila sampai part bridge tu, aku rasa suara Faizal agak menekan lubang telinga aku. Patut dikawal, but it’s a nice try.

TRACK 11 : TAKDIR PENENTU

Buah tangan pertama Faizal. Dengan susunan muzik akustik, lagu ni simple. Senikata yang berbaur cinta (tapi tak disebut secara nyata, lebih tersembunyi. Aku prefer macam ni daripada lagu nasyid cinta bosan-campur-nak-muntah lain yang kadang-kadang buat aku geli) yang santai. Sometimes, this song really find its own way to my heart.

Book : Aku suka album ni. Kalau ia macam air batu campur, aku rasa sukatan gula, kacang, cendol, cincau dia berpatutan la. Terpulang la, mungkin korang nak cendol lebih atau gula melaka bertatahkan laici.

Lagi dan lagi

Setiap ahli Mirwana ada sumbangan (selain dari menyanyi la) untuk album ni. Takde seorangpun yang jadi ahli kongsi tido-mati-hapah-tak-reti yang kerja nyanyi je apa yang orang suruh. Diorang ni berbakat dan berilmu, tu yang penting.
Aku sedang tunggu retro album diorang. Aku nak dengar remake The New Quranic Generation.

Peace!


| Links to this post

Monday, March 21, 2005

Halal vs Haram


Baru- baru ni gempar pasal sosej yang halal disalut dengan usus babi.Aku tengok sendiri kat tv. Ya Allah! Gelinya...Camtu ke diorang buat sosej.Eeeee....
1. Masa mula-mula kegemparan ni tercetus, istilah khinzir digunakan. Tapi lepas-lepas tu istilah babi, yang sepatutnya digunakan (dah benda tu memang babi, nak buat macam mana, mengapa perlu kite seolah-olah menutup kebabian babi dengan istilah khinzir?), mengingatkan aku pasal wabak J.E yang melanda negara tak berapa lama dulu. Mula-mula dulu pun kite kata khinzir, at last kita terpaksa akur untuk menggunakan babi tanpa perlu berselindung.
2. Kita perlu berterima kasih pada syarikat yang melakukan jenayah tersebut. Kalau tak, korang tahukah kita yang hanya 6 orang pegawai JAKIM yang ditugaskan untuk memantau kehalalan makanan kita untuk Malaysia ni. Aku yakin untuk satu KL pun belum cukup lagi. Nampak sangat yang sesuatu perlu dilakukan...
Nasib baik hal ni didedahkan.
3. Pengajaran: Jangan harap orang nak jaga hak kita kalau kita sendiri sambil lewa. Kalau kita buat dek je..diorang lagi la kan? Kita terlalu bertoleransi dalam hal ni. Ntahla, tak tau aku.
4. Sekarang Kementrian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ambil alih daripada JAKIM untuk uruskan hal ni. Seolah-olah setiap pertubuhan atau organisasi yang ada konsonan I tak pandai buat kerja. Siapa yang nampak lemah? Sebelum ni kisah JAWI yang dikecam hebat termasuk oleh sebilangan pembesar apabila JAWI membuat tangkapan di sebuh kelab malam salah seorang yang terlibat seorang artis (satu Malaya dah tau siapa artis tu)
so.......???


| Links to this post

Sunday, March 20, 2005

Coming soon


Oleh kerana kekurangan masa, connection pun lembap macam kulit katak, so aku sempat senaraikan postpost aku yang akan datang

1. Aku, Woque dan Sepet
2. Kisah calon SPM yang dapat 17 1A ke A1.. mane satu entah
3. Review Album
Mirwana-Hikmah Kembara

Ok. Dan ade beberapa lagi yang dalam perancangan.


| Links to this post

My First Post


Assalamualaikum....
Aku dah simpan lame cita-cita aku nak punyai blog sendiri.Kesempatan yang ada ni aku gunakan sebaiknya.Ni blog pertama aku...post pertama aku.So, bagi aku maybe blog ni jadi medan untuk aku bereksperimentasi.Masih lagi malu-malu dalam dunia blog.
Untuk mulakan dunia blog aku, elok juga kalau aku ceritakan macam mana aku boleh terlibat dalam kancah per'blog'an ni.


Al-kisahnya begini.Aku tengah cari maklumat tentang Faisal Tehrani yang memang aku minat sejak sekolah menengah lagi.Dan-dan pula aku jumpa dengan blog 'Kisah Seorang Limau Nipis' milik Nizam Zakaria. Heh! Pernah juga aku berbual dengan abg Nizam ni.Tak tau dia ingat ke tak?

Aku kurang pasti apa terjadi lepas tu.Kesibukan nak SPM masa tu membuatkan aku sendiri pun lupa apa yang aku buat.Memori aku pun tak boleh sedut kuat sangat.Tapi lepas tu aku jumpe pulak blog SultanMuzaffar. Maka lepas tu, makin luas pandangan aku terhadap dunia blog.
Banyak juga konsep blog yang aku jumpa.Ada yang buat e-novel macam
Nizam Zakaria, ada yang buat ulasan seni macam SultanMuzaffar, ada yang buat ulasan filem macam tontonfilem. Senang cerita, macam-macam konsep ada. Ni yang membuatkan aku mahu juga berblog dengan segala yang aku ada.Aku juga mahu berkongsi pengalaman, meluaskan pengalaman. Akhir kata, dengan lafaz yang mulia 'Bismillahirrahmanihrrahim' aku merasmikan blog aku sendiri.Nak suruh Pak Lah rasmi die sibuk.Hari tu baru beliau merasmikan Anugerah Seri Angkasa.

Wallahu'alam


| Links to this post

April 2005 Home